Pilihan Raya Kampus Bermula - Pro Aspirasi vs Pro Pembangkang. Sapa Menang?
September 27, 2007
Semalam saya ambil cuti sakit. Migrain. Resdung. Hari ini perut pula memulas-mulas. Tak tau kenapa. Angin banyak sangat dalam perut kot. Boleh demam dibuatnya.
Di universiti-universiti milik kerajaan pun tengah dilanda demam. Demam yang ini lain macam sket, mereka kelihatan begitu aktif, agresif dan ada juga yang menggila. Kalau salah makan ubat boleh jadi huru-hara dibuatnya.
Demam Pilihan raya kampung (PRK) memang sudah menjadi satu perkara yang menarik untuk dilihat, lebih-lebih lagi saya juga pernah terlibat dalam jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar di sebuah kolej ketika dahulu. Perang poster dan perhimpunan pelajar sudah menjadi satu agenda wajib sepanjang kempen pilihan raya kampus. Situasinya sama seperti pilihan raya umum atau kecil, cuma bezanya ia tidak sehebat pilihan raya kecil di Ijok.
Kali ini saya lihat barisan propembangkang bakal menguasai kerusi-kerusi panas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
Seperti di UPM, beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi telah mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM, salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.
Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.
Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.
Setelah itu, Yee Yang telah menghubungi Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Othman Jailani yang mengesahkan bahawa tiada sebarang operasi dijalankan pada malam tersebut.
Risalah tersebut juga menyatakan bahawa pada keesokan harinya, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.

*Motor siapa yang kena simbah cat ni???*
Namun, setelah polis berhubung dengan pihak keselamatan, mereka mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu ialah pihak Unit Tugas Khas (UTK) dan laporan polis hanya dibuat sekiranya UTK enggan memulangkan semula barang-barang yang dirampas.
Kemudian mereka telah pergi ke Jabatan Keselamatan tetapi pihak UTK tidak mahu melayan aduan mereka. Akhirnya, pihak UTK mengeluarkan satu surat mengesahkan rampasan terhadap barang-barang milik Yee Yang.
Sementara itu, bilik Pengerusi BMB, Mohd Taufiq Mahmud juga telah dijadikan mangsa oleh Pengetua dan Pegawai HEP pada 13 September sehinggakan motosikal beliau telah dikunci pada keesokkan harinya.
Selain itu, risalah tersebut juga mendakwa terdapat juga insiden yang membabitkan motosikal mahasiswa yang disabotaj serta diletakkan notis ugutan supaya tidak terlibat dalam PRK.
Woahhh. Panasnya kerusi!
Nota: Gerakan bawah tanah ala ‘mafia’ di Universiti?
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
2 Responses to “Pilihan Raya Kampus Bermula - Pro Aspirasi vs Pro Pembangkang. Sapa Menang?”
Got something to say?






















































Harap2 pilihan raya kampus telus dan bersih.
nak gak tengok sejauh mana telusnya pilihanraya kampus kali ini.
p.s: dengar khabar, kali ini tidak semeriah mana sebab penuntut nak ambik peperiksaan.