Tribute to Arwah Adik Nuril @ Nurin Jazlin

September 25, 2007

Redup wajahmu,
Sayup kutatap,
Hilang dalam pencarian,
Ku temui satu kesedihan

Pemergianmu diratapi,
Deritamu turut dirasai,
kesakitan, kesengsaraan
Sungguh memilukan
Kisahmu terus diingati,

Tidak hilang walaupun ditiup angin,
Tidak akan kering walaupun daun berguguran,
Akan terus tersemat dalam hati ini,
Dalam lubuk sanubari setiap insan
Yang cintakan kasih sayang

- Dari
Noorizam Shah dot com


Saksikanlah semua Rakyat Malaysia! Saksikan Video Klip ini. Hayati kesedihan, kesengsaraan dan penderitaan seorang kanak-kanak yang tidak mampu menanggung penderaan oleh kezaliman manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Popularity: 34% [?]

Sphere: Related Content

Comments

21 Responses to “Tribute to Arwah Adik Nuril @ Nurin Jazlin”

  1. vangardx on September 26th, 2007 8:19 pm

    hm..jgn biarkan kisah ini tenggelam dek isu2 lain..

  2. Noorizam Shah on September 26th, 2007 10:20 pm

    bagi yang ada ucapan madah.. so boleh tribute kat sini..

  3. Noorizam Shah on September 27th, 2007 11:40 am

    KPN nafi pembunuh Nurin Jazlin ditangkap

    Oleh KHAIRUL AZRAN HUSSEIN

    PETALING JAYA 26 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran kepada media supaya tidak membuat spekulasi berhubung penahanan seorang lelaki disyaki pembunuh kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin.

    Menurut Musa, media tidak seharusnya melaporkan cerita yang boleh mengganggu siasatan polis.

    ‘‘Tiada tangkapan (dalam kes Nurin Jazlin setakat ini), jangan buat cerita yang tidak betul kerana nanti akan mengganggu siasatan.

    ‘‘Kita juga akan memanggil penulis terbabit dan menyiasat dari mana dia mendapat maklumat yang tidak benar itu,” tegas Musa kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama petang ini yang mendakwa polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin.

    Penangkapan itu dibuat di Lebuh Ampang di sini.

    Menurut laporan itu, suspek yang bekerja sebagai ‘orang tengah’ di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis telah menunggu untuk menahan lelaki itu.

    Bernama yang memetik sumber polis berkata, serbuan tersebut dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa lelaki itu mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin.

    Suspek juga disyaki terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di Kampung Baru di ibu negara baru-baru ini.

    Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

    Dia ditemui mati 27 hari kemudian dalam sebuah beg yang diletakkan di depan premis perniagaan di Petaling Jaya pada 17 September lalu.

    Ujian forensik mendapati Nurin Jazlin mati selepas didera secara seksual.

    Polis mendapat beberapa ‘petunjuk’ baru dalam usaha mengesan pembunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mati selepas didera secara seksual, 17 September lalu.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ketika ini pihaknya tidak mempunyai suspek lain, kecuali lelaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi mayat Nurin Jazlin ditemui.

    Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan apakah petunjuk baru yang telah diperoleh polis itu.

    “Kita berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    - Utusan Malaysia

  4. fieza on September 28th, 2007 8:30 am

    memang btul apa yg d katakn olh mereka suma,pembunuh 2 patut d hukum dn d seksa sblm d hntr kpd polis….biar dia rasa mcm mana deritanya adik nurin…..

  5. Noorizam Shah on September 29th, 2007 9:50 am

    Kes bunuh Nurin: Empat lelaki ditahan reman seminggu
    PETALING JAYA 28 Sept. - Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini memerintahkan empat lelaki ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Nurin Jazlin Jazimin.

    Perintah tahanan reman terhadap keempat-empat lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Nurmala Salim tengah hari tadi.

    Dua daripada suspek dibawa ke mahkamah pada 11.30 pagi dengan menaiki van polis, manakala dua lagi, yang menaiki van polis yang lain, tiba 20 minit kemudian.

    Kekecohan kecil berlaku di luar mahkamah apabila seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu bertindak kasar menendang seorang jurufoto akhbar ketika sekumpulan jurufoto cuba mengambil gambar dua suspek yang menaiki van kedua sejurus selepas van itu tiba di pekarangan mahkamah.

    Jurufoto itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Keempat-empat mereka ialah antara lima orang termasuk seorang wanita yang ditahan oleh polis di Shah Alam malam tadi bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Nurin Jazlin.

    Polis bagaimanapun membebaskan wanita itu.

    Kesemua tahanan kemudian dibawa ke Bukit Aman.

    Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lepas setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

    Pada 17 September, mayatnya ditemui dalam satu beg sukan yang ditinggalkan di sebuah kedai di Petaling Jaya.

    Kanak-kanak itu dipercayai menjadi mangsa penderaan seksual.

    Kehilangan dan kematiannya mendapat liputan meluas media. - Bernama

  6. Noorizam Shah on September 29th, 2007 9:50 am

    Lima suspek kes bunuh Nurin Jazlin ditahan polis
    KUALA LUMPUR 28 Sept. - Polis menahan lima orang termasuk seorang wanita berhubung pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam, malam tadi.

    Mereka berumur antara 27 dan 33 tahun. Turut dirampas dalam serbuan itu dua buah kereta dan lima buah telefon bimbit.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak itu.

    Soo Kee berkata, tangkapan itu dibuat hasil daripada maklumat orang ramai.

    Sementara itu, daripada maklumat yang diperolehi, tangkapan itu dipercayai yang pertama sejak “Ops Sunti” dilancarkan bagi menjejaki pembunuh Nurin Jazlin selepas mayatnya ditemui pada 17 September lepas.

    Tangkapan pertama dibuat di Jalan Persiaran Bistari di Seksyen 7, Shah Alam melibatkan satu pasangan, kedua-duanya berumur 33 tahun, yang tinggal di Bukit Kuda, Klang.

    Susulan daripada itu, tangkapan ketiga dibuat di sebuah rumah kedai di Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam membabitkan seorang lelaki berumur 28 tahun yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat, Kelantan.

    Difahamkan suspek itu cuba melawan ketika ditahan dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah kereta Proton Iswara daripada lelaki itu.

    Pemberita yang menunggu di Hospital Kuala Lumpur sempat melihat kelima-lima mereka dibawa polis ke hospital itu pada pukul 9.20 pagi, dipercayai untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

    Keempat-empat lelaki yang ditahan itu tiba dengan menaiki sebuah van polis berwarna putih, manakala wanita itu dibawa berasingan dengan sebuah kereta polis.

    Kesemua lelaki memakai baju-T berwarna merah jambu bertulis “Lokap Kuala Lumpur” manakala wanita itu, yang kelihatan mengandung, memakai baju kurung hitam dan bertudung putih serta tangannya tidak bergari.

    Mereka kemudian dilihat keluar dari Jabatan Forensik HKL setelah dipercayai selesai menjalani ujian DNA sebelum dibawa oleh polis, dipercayai ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

    Tinjauan di rumah keluarga Nurin Jazlin di Seksyen 1, Wangsa Maju mendapati pintu rumah mereka berkunci dari luar.

    Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lepas setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

    Pada 17 September, mayatnya ditemui dalam satu beg yang ditinggalkan di sebuah kedai di Petaling Jaya.

    Pasukan khas “Ops Sunti” bagi menjejaki pembunuh Nurin Jazlin terdiri daripada anggota polis dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, IPK Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Petaling Jaya diketuai oleh Soo Kee. - Bernama

  7. vangardx on September 29th, 2007 9:29 pm

    bro..aku ade letak gambar dia kat blog..wah..ranking blog kau dalam search engine blh tahan jgk ye.. :D

  8. Noorizam Shah on September 29th, 2007 9:52 pm

    dah tengok.. and TQ .. nih tengah dok main keyword SEO nih.. nak naikkan rating kat alexa.com.

  9. Noorizam Shah on September 30th, 2007 6:22 pm

    ‘Penjaga’ Nurin ditahan — *Wanita Indonesia direman seminggu *Beri makan sepanjang mangsa ‘disimpan’

    Oleh: UMAVATHI RAMAYAH

    WANITA warga Indonesia yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam. – Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ.

    KUALA LUMPUR 29 Sept. – Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai bertanggungjawab memberi makan kepada Nurin Jazlin Jazimin sepanjang tempoh mangsa ‘disimpan’, ditahan polis di bazar Ramadan, Nilai, Negeri Sembilan berhampiran pasar raya besar Giant, tengah malam tadi.

    Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu kini lima orang.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

    Wanita yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual pakaian itu juga akan disiasat sama ada dia merupakan wanita berbaju merah dan berseluar biru yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi penemuan mayat Nurin Jazlin.

    Rakaman itu memaparkan wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an berada paling hampir dengan tempat mayat mangsa ditemui.

    Sumber memberitahu, sebaik ditahan pada kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama polis daerah Petaling Jaya, wanita itu terus dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan.

    Polis turut merampas dua buah telefon bimbit serta lima keping kad SIM daripada wanita berkenaan.

    Sumber itu memberitahu, siasatan awal mendapati wanita yang ditahan itu tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan lain.

    “Kita tahan wanita itu cuma untuk membantu siasatan. Saya harap semua orang terutamanya media bersabar dan memberi laluan kepada polis untuk menyiasat kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

    Pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini, wanita yang memakai baju berwarna kuning serta berseluar coklat itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dekat sini.

    Bagaimanapun, wanita terbabit tiba-tiba rebah di pintu masuk mahkamah sehingga memaksa polis memapahnya masuk ke dalam mahkamah.

    Majistret Maimunah Aid kemudian mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

    Kelmarin, polis menahan lima orang berusia 27 hingga 33 tahun termasuk sepasang suami isteri dalam beberapa serbuan di Shah Alam pukul 11.30 malam sebelum membebaskan wanita itu selepas keterangannya direkodkan.

    Sementara itu, Bernama melaporkan, wanita yang ditahan itu membuat beberapa panggilan telefon kepada Rakan Cop untuk mengetahui perkembangan dalam tugas polis mengesan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ketika itu masih hilang.

    Sumber polis berkata, siasatan awal menunjukkan wanita berumur 23 tahun itu menggunakan sekurang-kurangnya lima kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan) dan dua telefon bimbit untuk membuat panggilan itu serta menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepada Rakan Cop.

    Dia juga dipercayai menghubungi Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, ketika kanak-kanak itu mula hilang dan memberitahu bahawa Nurin Jazlin berada dalam jagaannya, kata sumber itu.

    Ketika menahan wanita itu, polis merampas dua telefon bimbit dan empat kad SIM, kata sumber itu.

    Bagaimanapun, tanpa disedari polis, wanita itu meletakkan satu kad SIM, iaitu kad kelima, di bawah lidahnya.

    Sumber itu berkata, wanita terbabit cuba menelan kad SIM itu, dipercayai mengandungi maklumat berhubung panggilan yang dibuatnya kepada Jazimin, semasa dia dibawa ke mahkamah tengah hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya selama tujuh hari.

    Ketika itulah dia rupa-rupanya tercekik kad itu dan hampir pengsan, kata sumber itu lagi.

    Bernama difahamkan pegawai penyiasat ASP Loh Pei Pei kemudian membawa wanita terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi mengeluarkan kad SIM itu.

    Polis turut membawa wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira 3.30 petang ini untuk diambil darahnya bagi ujian DNA.

    Hubungan antara wanita itu dengan empat suspek lelaki yang ditahan semalam masih belum dipastikan.

    Nurin Jazlin dilaporkan hilang selepas dia bersendirian ke pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini pada 20 Ogos.

    Pada 17 September, mayatnya yang tidak berpakaian dijumpai dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah lot kedai di Petaling Jaya. Dia juga mengalami penderaan seksual.

  10. adeq on October 1st, 2007 12:30 pm

    erm…pembunuh yang wat nurin cam gitu memang patut dihukum dengan sekejam-kejamnye…biar die rase ape yang nurin dan family die rase…dan jangan pulak kes ni tak de kesudahan…tergantung cam tue je…

  11. adnilza on October 2nd, 2007 12:54 pm

    Orang yang bunuh adik nurin tak layak di panggil binatang pun… Binatang pun aku ingat lagi baik tak de sumbat timun atau terung walau seganas mana pun. Kalau aku dapat si Setan tu mahu aku sumbat petola tak pun letak miang buluh kat dia punya kalau pembunuh tu Setan Betina, dan kalau si pembunuh tu Setan Jantan mahu aku sumbat batang mop lepas tu pijak .l. ramai-ramai. Senang cerita Setan ni tak boleh mati dalam tempoh sebulan tapi siksa betul betul biar dia rasa, kenal dan tahu perkatan menahan sakit yang teramat. Kalau boleh si Setan ni letak kat tempat public biar orang ramai tengok dan belasah. Rasanya ramai yang nak sangat belasah Setan macam ni… Selama mana dia siksa adik Nurin sampai mati, selama itulah Setan ni harus di siksa. Aku harap sangat pihak yang berkuasa hentam cukup cukup Setan Setan ni… Biar dia rasa siksa di pukul manusia lepastu continue siksa dalam kubur.
    Dari tarikh aku tahu adik Nurin dah meninggal dan di bunuh dengan kejam, setiap hari aku tension dan nak menangis macam hati aku di siat siat. Aku nih dah macam tekanan perasaan hari hari pikir apa hukuman yang sewajarnya untuk si Setan Setan ni. Kalau ikut undang undang mesti penjara, sebat tak pu gantung sampai mati. Pada aku itu tak cukup. Aku harap sangat kerajaan pikirkan satu undang undang baru, iaitu siksa dulu baru jatuh hukum. Siksa kat public baru ada impact skit….

    Apa apa pun takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin.

    Buat adik Nurin Jazlin hanya doa yang mampu aku hulurkan setiap kali lepas solat, semoga rohnya di cucuri rahmat.

    AKU SAKIT HATI!!!!

  12. pelajar SMKKAP on October 2nd, 2007 1:29 pm

    ASSALAMUALAIKUM…
    kepada keluarga adik nurin jazlin,kami warga SMKKAP,mengucapkan takziah dan sabar menempuh dugaan yang mendatang..sesungguhnya pemergian adik nurin amat kami rasai walaupun kami tidak mengenalinya.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.allah lebih menyayanginya….aminnnnnnnn….
    al_fatihah….

  13. STUDENT YANG GERAM!! on October 2nd, 2007 1:38 pm

    assalamualaikum….
    buat keluarga adik nurin takziah dari kami…buat pembunuh yang xberhati perut dan berperangai macam binatang yang binatang pun tak berperangai camtu!!!!!
    AQ TAK PUAS HATI DENGAN PEMBUNUH TU!!!PENGECUT!!BACUL!!!AQ DOAKAN KETURUNAN KAU AKAN TERIMA NASIB YANG SAMA MACAM APA YANG KAU BUAT PADA ADIQ NURIN!!!HIDUP KAU TAK KAN SELAMAT DUNIA AKHIRAT!!!BACUL!!!!KAU TUNGU BALASAN UTK KAU!!!!KAU PATUTNYE DIBOGELKAN DAN DIARAK DEPAN ORANG RAMAI!!PASTU APA YANG KAU BUAT KAT ADIQ NURIN,KAMI SUME BUAT PULAK KAT ENGKAU!!!TAMBAHAN:SULE KO PUNYE TU DULU PAKAI KAYU BALAK TAJAM N PASTU BARU REJAM SAMPAI MATI!!!!!AMCAM???ADE BERANI KA????
    GERAMMMMMNYEEEEE AQ!!!!!!

  14. JATI NEGARA on October 2nd, 2007 2:26 pm

    SAYA SARANKAN KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA AGAR DAPAT KITA PERANGI SEGALA JENIS BENTUK JENAYAH YANG ADA DI NEGARA KITA KINI,KITA SEMUA HARUSLAH BEKERJASAMA DENGAN BADAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDAHG DENGAN LEBIH DEKAT LAGI AGAR PENJENYAH-PENJENAYAH INI DAPAT DIHAPUSKAN KESEMUANYA.DAN PERANAN KITA SENDIRI SEBAGAI SEORANG RAKYAT YANG PEKA TERHADAP KESEJAHTERAAN HARUSLAH DI PERTINGKATKAN DENGAN LEBIH SERIUS.JANGAN AMBIL SIKAP TIDAK APA DAN TANAMKANLAH DI DALAM HATI DAN KEPALA OTAK KITA SEMUA DENGAN COGANKATA “PERANGI PENJENAYAH,HAPUSKAN MEREKA DAN SAYANGILAH KELUARGA ANDA DAN SEMUANYA.

    SERTAILAH SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA, AGAR SAMA-SAMA KITA DAPAT PERANGI SEGALA BENTUK JENAYAH DI MALAYSIA.

    FIKIR-FIKIRKANLAH SEKIRANYA KEJADIAN SEBEGINI BERLAKU TERHADAP SALAH SEORANG DARI AHLI KELUARGA KITA…APA KITA NAK CAKAP.

    HAPUSKAN PENJENAYAH DENGAN HUKUMAN YANG SECUKUPNYA,JANGAN BAGI PELUANG KEPADA MEREKA INI…NYAHKAN MEREKA DARI BUMI MALAYSIA INI, DISEBABKAN MEREKA SEMUA ORANG DAPAT SUSAH…

    PENGUBALAN UNDANG-UNDANG/PENALTI TERHADAP SEGALA BENTUK HUKUMAN JENAYAH HARUSLAH DIKAJI SEMULA DAN DIUBAH MENGIKUT PEREDARAAN MASA.KALAU TAK DIUBAH SI CELAKA PENJENAYAH INI SEMUA AKAN BERMAHARAJALELA. LAKUKAN SEKARANG.

    KEMPEN JENAYAH HARUSLAH DIADAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI SERATA MALAYSIA TANAMKAN SIKAP BENCI TERHADAP PENJENAYAH DAN MUSNAHKAN MEREKA SEMUA.(TAPI SAPA NAK START DULU YE?…SAMPAI SEKARANG MASIH TIDOR LAGI..MANA DIA SIKAP BERTANGGUNGJAWAB KITA SEMUA HA!..DAH JADI MACAM NI MASIH TIDAK APA..LAKUKAN SEKARANG…ADAKAN KEMPEN PERANGI JENAYAH SECARA BESAR-BESARAN DI SELURUH MALAYSIA AGAR MASYARAKAT LEBIH PEKA TERHADAP PERSEKITARAN MEREKA.GABUNGKAN SEGALA MEDIA MASA YANG ADA..DAN JADIKAN SATU HARI PERLANCARAN SECARA SERANTAK DI SELURUH MALAYSIA.(ADUIH!…SAKIT HATI AKU KALAU NAK CAKAP…)
    TOLONGLAH….SEMUA KITA KENA BANGUN DARI TIDOR KITA…BERSAMA -SAMA KITA MEMBANTU PIHAK BERKUASA UNTUK MELAKUKANNYA.

  15. admin on October 4th, 2007 9:29 am

    majlis tribute to nurin jazlin

  16. bryent on October 11th, 2007 1:56 am

    i,m proud to be a malaysian but the crime that happen in town its getting my head blow up to max level.Today its happen for Nurin family tomorow wl be in my family or yours so why wait for things to happen lets everyone in malaysia give hands to police department to catch all this perverts and those are create a crime my support wl be always there to catch those animals that still moving in town.Our deepest condolence to Nurin,s family .Say no to crime we need peaceful country

  17. adam on October 11th, 2007 10:06 am

    sembahyang hajat beramai-ramai agar sidurjana itu tak tenteram hidupnye..

  18. Yanie on October 11th, 2007 4:18 pm

    A’kum… Walaupun kes Adik Nurin masih dalam siasatan pihak Polis, aku mendoakan PEMBUNUH DURJANA itu dapat ditemui dan menerima PEMBALASAN setimpal dengan ape yang telah dilakukan terhadapa Adik Nurin. In my mine… Orang yang melalkukan kekejaman itu bukan manusia tapi IBLIS yang bertopengkan manusia….Perbuatannya tak dapat diterima akal manusia yang waras..PILU hati ini membaca kisah yang dilaluinya. Tak dapat juga ku bayangkan bagaimana siksanya anak kecil ini menanggung siksa…SYURGA MENANTI MU SAYANG WAHAI BIDADARI KECIL. KAU KEMBALI KEPADA TUHANMU DALAM KEADAAN YANG SUCI SAYANG. DAMAILAH KAU DI SANA.

    Harapan ku cuma satu. Moga PEMBUNUH menerima balasannya.Aku yakin dan pasti..

  19. Noorizam Shah on October 12th, 2007 9:22 pm

    Kes bunuh Nurin: Tiga lelaki dalam CCTV hubungi polis

    KUALA LUMPUR 12 Okt. - Siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin telah mengubah haluan positif awal hari ini apabila tiga lelaki yang kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah menghubungi polis.

    Mereka muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada tengah malam tadi bagi memperjelas kehadiran mereka di luar kedai tiga tingkat di No.31, Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya, di mana mayat Nurin Jazlin, 8, ditemui dalam beg sukan pada bulan lepas.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee mengesahkan bahawa ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah mereka yang muncul dalam segmen kedua rakaman CCTV itu yang disiarkan kepada awam oleh polis semalam.

    Katanya, lelaki berkenaan dalam lingkungan usia 30-an, dilihat keluar dari kereta Perodua Kenari berwarna perak pada 16 September lepas.

    “Pegawai-pegawai saya telah mengambil kenyataan mereka.

    “Bagaimanapun, seorang wanita berbaju merah dan jeans berwarna gelap masih belum menghubungi kami,” katanya di sini hari ini.

    Soo Kee berkata, ketiga-tiga lelaki itu memberi kerjasama penuh kepada polis berhubung rakaman CCTV itu sambil menjelaskan bahawa mereka tidak akan menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

    Segmen pertama rakaman CCTV pada pukul 1 petang 16 September lepas menunjukkan imej seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dengan membawa sebuah beg sukan jenama Diadora berwarna biru dan hitam.

    Lelaki itu sambil membuat panggilan telefon dilihat berlegar-legar di kawasan itu dan lebih kurang dua minit selepas itu lelaki berkenaan dilihat mengangkat beg itu dari motosikalnya dan meninggalkan beg itu di tepi tangga tingkat bawah premis itu lalu beredar dari kawasan berkenaan.

    Mengenai gambar bedah siasat mayat Nurin Jazlin yang disebarkan dalam internet, Soo Kee berkata, siasatan sedang dijalankan.

    Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini dilaporkan hilang pada 20 Ogos lepas setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju di sini. - Bernama

  20. nani on October 24th, 2007 9:37 am

    Misteri wanita berbaju merah dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat mayat kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin, 8, ditemui, terjawab selepas wanita berkenaan tampil membantu siasatan polis, Sabtu lalu.

    Polis kemudiannya mengambil keterangan daripada remaja perempuan berusia 15 tahun itu sebelum dia dibebaskan.

    Gadis berkenaan tampil selepas tujuh hari tiga lelaki menaiki sebuah Perodua Kenari yang aksi mereka turut dirakam menerusi CCTV itu memberi kenyataan kepada polis pada 13 Oktober lalu.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, wanita itu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya.

    ‘‘Polis mengambil masa beberapa jam untuk merekod keterangan daripada wanita berkenaan dan polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

    Christopher memberitahu, hasil siasatan menunjukkan gadis berkenaan tampil kira-kira satu jam selepas beg yang berisi mayat Nurin Jazlin diletakkan di kaki lima sebuah bangunan kedai sederet di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada 16 September lalu.

    Tegasnya, tumpuan polis kini adalah kepada usaha mengesan seorang lelaki yang mengangkat beg Diadora berisi mayat Nurin Jazlin dari raga motosikal sebelum meninggalkan beg itu di tepi tangga sebuah kedai di situ.

    antara tag popular, video klip nurin jazlin, gambar bedah, gambar nurin di internet, kisah terbaru, kes nurin jazlin, nurin jazlin jazimin, gambar terbaru, pembunuhan nurin,

  21. nak on November 23rd, 2007 11:28 am

    sangat sedih di atas apa yg menimpa adik nurin. marilah sama2 kita mendoakan agar org yg bertanggungjawab atas apa yg berlaku pd adik nurin segera ditemui dan menerima pembalasan(dunia dan akhirat) yang setimpal….Amin..

Got something to say?