Anda Bayar RM103.05 sebulan untuk koneksi GPRS?
September 24, 2007

Wargghhh… memang amat tertekan sungguh dengan connection internet saya sejak beberapa hari ini. Mana tidaknya, saya melanggan 3G tapi yang saya dapat adalah GPRS (kadangkala GSM) sahaja. Sedikit pelik, kediaman dikawasan bandar utama tiada liputan 3G? Adakah saya dipermain-mainkan oleh Celcom?
Lebih menyakitkan hati apabila saya mohon untuk tamatkan langganan saya, operator Celcom umpama main tarik tali dengan saya. Ohhh… kenapa lah susah sangat nak matikan akaun saya.
Saya mula gunakan celcom 3G sejak 5 bulan lalu. Dan saya perlu membayar RM103.05 setiap bulan, untuk masuk ke laman web eBay.com saya boleh menghabiskan masa dengan makan malam, menonton televisyen siaran satu jam, mandi dan laman web yang saya nak masuk, masih lagi tak lepas-lepas. Apa nih?
Saya bayar bil bukan untuk menunggu loading sehingga 1-2 jam. Sehingga post ini ditulis, connection 3G data card saya masih lagi teruk. Tolong berikan saya connection 3G yang pantas! Orang-orang CELCOM sila ambil perhatian!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Anda Bayar RM103.05 sebulan untuk koneksi GPRS?”
Got something to say?





















































aku masih dlm pemerhatian tuk mengguna 3G tp klu ada problem camni, blh jadi tawar hati
yer megat, saya tgh menanggung seksa dengan Celcom 3G nih..
rasa macam tak berbaloi guna 3G Celcom Data Card.
aku pun pakai 3G celcom tapi dak guna data card tapi guna telefon nokia N70 sebagai moden…. boleh tahan jugak lajunya. kalau kawasan 3G meman laju jugak
tapi kalau nak lebih laju pakai digi
http://www.enai10.com
free submit link directory
3G ini liputan dia menyeluruh ke? takkan kawasan macam USJ yang elit ini tak dapat 3G?
Aku guna Maxis 3G Broadband, bayar RM73 sebulan tapi modem gedabak la..biasanya hari hujan la connection drop ke GPRS..Kalau tak HSDPA..tapi overall, mmg slow la kalau guna wireless ni. Apa boleh buat, nakkan connection jugak kan?
entahlah no komen laa buat masa nih. belum guna 3G lagi buat masa nih sebb takder telefon 3G. selamat duit en dari menjadi mangsa celcom buat sementara waktu nih? mangsa? apokehal…?
Salam. Saya baru seminggu guna Celcom 3G Broadband Unlimited Pakej RM68 sebulan. Setakat ini connection speed boleh tahan. Kadang-kadang tu ada juga terbantut beberapa jam. Saya guna 3G phone untuk connect ke Internet dengan sambungan Bluetooth. Sebelum ni guna Maxis 3G Unlimited. Connectionnya laju juga dan jarang terbantut. Tapi sebabkan nak yang lebih murah itu yang tukar pakai celcom ni. Tengoklah lagi sebulan dua, kalau still banyak kali terbantut kenalah tukau ke Maxis balik. Lokasi saya ialah sekitar Petaling Jaya Selatan dan Jalan Bangsar. Sekian.
RM68? kira murah la tu.. pakai 3G phone yer? oohhh saya tidak ada 3G phone.. kena tangkap satu nih.
[…] more here: Do you pay RM103.05 a month for a GPRS connection / Anda bayar 103.05 sebulan untuk koneksi GPRS? Interestingly, a commentator on that blog also comments on Maxis 3G - he mentions that on a rainy […]