Blogger Profesional bercakap mengenai BlogRush

September 22, 2007

Nak tambah pengunjung lagi? Kita sudah tahu pasal technorati, feedburner, digg, weblogs, bulkfeeds blogrolling, weblogalot, blo.gs, blogpeople, blogstyle, blog-search dan banyak lagi. Hari ini satu lagi servis percuma yang boleh membantu anda mendapatkan pengunjung baru ke blog anda.

BlogRush satu lagi perkhidmatan terbaru yang dilancarkan dan seringkali dibincangkan oleh blogger-blogger professional dunia bagaimana mereka menambah pengunjung dan jumlah pembaca di blog mereka.

Sebentar tadi, saya telah pun mendaftar di BlogRush. Mudah dan pantas semasa mendaftar. Tiada maklumat yang rumit diperlukan. Akan tetapi saya masih lagi belum mencuba secara sepenuhnya disini tetapi daripada review kebanyakan blogger lain, mereka yakin bahawa widget dari BlogRush mampu menarik pengunjung ke blog mereka..

Caranya ialah dengan memasukkan widget BlogRush ke blog anda di mana ia akan memaparkan tajuk-tajuk artikel di blog lain yang berada dalam kategori yang sama dengan blog anda. Anda akan mendapat “syndication credit” untuk setiap kali widget tersebut dipaparkan dan “syndication credit” tersebut akan menentukan kekerapan tajuk artikel blog anda dipaparkan di blog-blog lain.

Ada sedikit perbezaan dengan widget MyBlogLog yang saya gunakan ketika ini. BlogRush masih lagi tidak membenarkan widget yang dipaparkan diubahsuai mengikut kesesuaian blog.

Satu perkara lagi ialah, buat masa sekarang BlogRush hanya menerima blog di dalam Bahasa Inggeris sahaja (bagi mereka yang memiliki blog adsense, ini adalah kelebihan kepada anda). Jadi jika anda mempunyai blog di dalam Bahasa Inggeris dan ingin menambah jumlah pengunjung, daftarlah dengan BlogRush sekarang

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Blogger Profesional bercakap mengenai BlogRush”

  1. titan on September 22nd, 2007 6:10 am

    Dah daftar 2,4 har lepas. Ada kat blog. Tak caya meh gi tengokla..

    Hehe. Semua orang cite pasal blogrush sekarang..:)

  2. abdfatah on September 22nd, 2007 8:51 am

    meh kita jenguk blogrush percuma dan menarik trafik dengan jayanya…

  3. Noorizam Shah on September 22nd, 2007 10:49 am

    saya punya widget belum ada yang related dengan post.. hehehe

  4. Zul on September 22nd, 2007 3:53 pm

    Blogrush akan launch the Blogrush Flavor dalam 2,3 hari ni, so user boleh pilih customized color.

  5. am on September 22nd, 2007 5:42 pm

    yer…lepas 6 hari pasang blogrush… stat blog am naik mendadak.. tiap hari sentiasa naik belum jatuh2 lagi… suka sangat..

  6. titan on September 22nd, 2007 10:01 pm

    blogrush flavour dah keluar. So, gi la usha sikit. Kita dah leh tukar colour selain kaler hitam..

  7. Noorizam Shah on September 22nd, 2007 11:18 pm

    masa untuk godek2 blogrush

  8. shah on September 23rd, 2007 12:34 pm

    Boleh tahan…sempoi bebeh

  9. sufi on September 24th, 2007 9:59 am

    camne nak nak register

  10. Noorizam Shah on September 24th, 2007 10:07 am

    sufi.. klik sini

Got something to say?