Mencari Passive Income dengan Menulis Buku
September 20, 2007
Semasa saya menghadiri bengkel Cashflow 101 kelolaan kelab bicara jutawan yang lalu, satu perkara yang saya pelajari untuk menjana pendapatan pasif adalah memilih beberapa hartanah yang berpotensi. Menulis juga boleh memberikan pendapatan pasif kepada kita, jika kita tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya. Menulis di blog juga mampu memberi pendapatan tetapi adakah ia pendapatan pasif?
Kita diberi peluang untuk menjana pendapatan diblog melalui program adsense, adbrite, clicksor dan sebagainya dan ianya bukanlah satu pendapatan pasif sebaliknya adalah pendapatan sampingan sahaja. Pendapatan pasif menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan adalah tidak berulang sebaliknya pendapatan yang berulang-ulang masuk ke poket kita.
Hari ini beberapa penulis blog atau mereka yang menjalankan perniagaan di internet juga mengambil peluang untuk memiliki setidak-tidaknya satu jenis pendapatan pasif. Bagi yang menyertai jual beli di lelong.com.my pasti mengenali siapa eruwan gerry. Beliau adalah seorang penulis buku mengenai rahsia raja lelong terbitan syarikat True Wealth Publishing. Kemudian ia diikuti dengan Irwan Dahnil dengan bukunya yang bertajuk “Buat Duit Dengan Sms”.
Dan sebentar tadi juga saya menjenguk blog Shuth dan mendapat khabar mengenai penampilannya di satu segmen Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM. Apa yang diwar-warkan, Shuth bakal melancarkan buku yang masih lagi ‘rahsia’ kepada umum dan ianya bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Tahniah Shuth!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Mencari Passive Income dengan Menulis Buku”
Got something to say?





















































semakin byk rahsia akan dibongkarkan. masihkah ada peluang lagi ker org baru cam aku utk menjelajah netbiz!? kerana margin semakin membesar.
Kalau keluar panduan bagaimana nak jadi penulis buku kan bagus. mesti ramai yang nak buat buku sendiri.
peluang masih ada selagi hayat dikandung badan. selagi manusia terus memburu peluang keemasan untuk membuat duit atau buat duit untuk kehidupan masa kini atau masa depan… dan kebanyakan dari kita tidak akan lari dari cerita makan terutama dalam bulan puasa…
sahur dan berbuka dan beraya sakan… pasti melibatkan perihal makan dan makan dan makan…
eh ini citer pasal buku daaa…
berusahalah kawan ku.
tapi bukan senang nak jadi penulis buku kan?
kena ada bakat. betul tak?
hang pose ke idak nih abdfatah? hehe
Kabar gembira!! Buat yang suka nulis-nulis, buat penulis muda, buat para blogger, buat temen2 yg hobi nulis tapi belum bisa buat buku, belum percaya diri, sekarang sudah ada medianya, Situs Komunitas Penulis Indonesia,
Penulis-Indonesia.com, kayak Friendster tapi khusus buat yang hobi nulis, penulis, pujangga, penulis naskah, blogger…
fasilitasnya juga cukup oke, lengkap dgn alamat pribadi untuk profil, blog, dan album…ada chatnya juga loh
rame buanget loohh aktifitasnya!!
Baru dibuka 1 Januari 2008 lalu, skrg membernya sudah 300an
Semoga bermanfaat
Cepetan gabung ya
di sini alamatnya :
Penulis-Indonesia.com atau tanpa tanda -
PenulisIndonesia.com
Memang patut internet biz dijadikan sumber income yang tidak kacau tugas hakiki kita.Amat sesuai untuk kakitangan awam.