Salah Faham Ketika Puasa
September 19, 2007
PADA pandangan saya, kita boleh mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh umat Islam sepanjang Ramadan terbahagi kepada dua yang paling utama, iaitu takwa dan keampunan.
Perihal objektif takwa ini disebut dengan jelas di dalam ayat 183 surah al-Baqarah manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata daripada hadis sahih mengenai Sayiditina Aisyah ra yang bertanya kepada Rasulullah SAW doa yang perlu dibaca apabila sedar sedang mendapat Lailatul Qadar.
Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadan sering tergugat akibat kekurangan ilmu dan keprihatinan umat Islam sekarang. Antara yang saya maksudkan adalah:
Makan dan minum dengan bebas selepas batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum, dia dilarang makan dan minum lagi atau melakukan apa juga perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.
untuk bacaan lanjut sila klik sini
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































