Amaran! Jangan Tiru Perbuatan Ini di Rumah!
September 18, 2007
Kabaaaa booooommmm!!!!
Meriahnya zaman kanak-kanak saya waktu itu. Setiap bulan puasa, malamnya kami akan ke satu lokasi ‘rahsia’ untuk menjalankan operasi ‘perang’ dengan blok sebelah menggunakan meriam ‘tembetung’ dan meriam besi.
Pasukan kami dianggotai seramai 5-10 orang. Dan sasaranĀ pada malam itu adalah pasukan meriam kampung sebelah. hohoho
Dummm dammm .. kaaaa boommmm… macam-macam bunyi. Mak ayah sibuk sembahyang terawih, anak-anak pula leka bermain dengan mainan ‘berisiko tinggi’ ini.
Kenangan ini tetap saya kenang walaupun ketika kecil saya pernah mengalami peristiwa hampir putus jari gara-gara membakar mercun merah cina (nyesal tak guna woott).
Dan ini adalah kisah yang saya baca di akhbar Harian Metro Online hari ini. Akibat mahu meniru aksi abang bermain bom karbaid dalam bekas plastik minyak masak menyebabkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mungkin hilang penglihatan selepas terkena serpihan letupan di muka dan mata.
Dalam kejadian di Taman Setia Budiman, Bedong di sini, kira-kira jam 6.45 petang semalam, Mohd Fitri Daud bersama abang, adik, masing-masing berusia 10 dan enam tahun serta seorang rakan menyalakan mancis lalu mencampakkannya ke dalam bekas plastik itu.
Mohd Fitri cedera di kedua-dua belah mata dan muka, manakala abangnya, Mohd Asyar Adha, dan adiknya, Ahmad Azfar, serta rakan mereka, Mohd Aulia Mohd Shukri, 10, cedera di muka dan tangan.
Mereka berempat dipercayai mangsa pertama mercun buatan sendiri tahun ini apabila terkena serpihan letupan bekas plastik mengandungi karbaid itu.
Seorang abang mangsa, Mohd Hafiz Daud, 23, berkata bekas plastik mengandungi karbaid itu ditinggalkan seorang daripada adiknya berusia 14 tahun di depan rumah apabila gagal meletupkannya petang kelmarin.
Kepada yang ada adik-adik, sedara-mara atau anak-anak pastikan mereka tidak bermain dengan sebarang mercun atau bahan yang boleh mengakibatkan letupan. Takkan kita ingin mewarisi rekod setiap tahun sebagai mangsa letupan meriam dan mercun buatan sendiri.
Saya tahu rakyat Malaysia ini kreatif dan memiliki kemahiran mengubahsuai apa juga bahan kajian. Tetapi pastikan memiliki ilmu yang cukup dan tidak melakukan dijalan yang salah.
Biarlah kita berhari raya kelak dalam keadaan yang cukup sempurna. Tidak hilang jari, tidak hilang kaki, tidak hilang tangan, tidak hilang mata dan tidak hilang telinga.
Kat kampung korang ada lagi ke main menda alah nih?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
12 Responses to “Amaran! Jangan Tiru Perbuatan Ini di Rumah!”
Got something to say?





















































Janganlah main mercun ..
insurans tak cover woo….
tapi kalau diorg ambik insurans macam mana pula tu zool? hehehe
mercun membahayakan kesihatan dan alam sekitar
asap mercun boleh buat kita asma.. hehehe
mercun memang best untuk ubat mata, obat kaki tangan, obat seluruh badan. nasib tak baik akan menjadi mangsa kpd mercun buatan sendiri… dah banyak menda nama mercun nih dihumorisekan di mana2 jua agar jangan bomm buatan sendiri atau mana2 yang bernama mercun sekalipon…
diceriterakan dalam kartun pulak ada yang berbalut sakanpun nak main mercun lagi. betapa mercun itu menjadi kegilaan yang amat giler sungguh laaa…
biasalah setiap kali nak start bulan ramadhan. berdentam dentum bunyi bomm buluh nih. setiap minit ada sahaja bunyinya lentam lentum lentam lentum… dan tahun ini sama dengan tahun lepas…
Aku cukup menyampah dengan budak budak yg main mercun dekat dengan masjid semasa orang tengah sembahyang terawih tu, rasa nak penampar aje, bukan datang nak sembahyang tapi memekak je….
semoga adik m hariz tak jadi macam kawan-kawan yang main mercun tu yer…
p.s: dapat kasut raya dengan kapal terbang raya yer?
hehe..main mercun..dulu masa aku kat kampung takde sape pun pernah cedera..coz semuanya amek langkah berjaga-jaga..safety first walau ramai yang berani lebih dari pandai..hehe..siap sukat lagi..kabait manyak mane, letupnya camne..wa..cam ahli bom plak…
aku gak pernah main..paling tak dapat lupa meriam buluh..main kat tepi sungai..wa..seronok tak ingat masa nak cari buluh..dan siapkan..walaupun ramai tak kasi..itu la yang best masa pose kat kampung..erm..teringat balik kekawan aku dulu…
yang duk cedera tu coz banyak lebih pandai dari berani..hehe..paham ke?erm..konon kreatif, tapi taktau ape akibatnya..nape tah..ish3..pada bebudak yang baru kenal bunga api tu, tak lupa gak mak bapak, awasi anak anda di bulan puasa..hehehe
cerita mu sama dengan cerita ku.. hohohoho
yerlah, masa saya membesar di kampung takada pula kes kengkawan yang cedera main meriam. Jika dikenangkan kembali, semua ini adalah satu kerja gila dan tak sepatutnya dicontohi orang lain.
jom ke Masjid.
Noorizam, aku ada mercun saiz besar buloh, kalau nak gitau ok. Konpem meletup satu kampung. Juga sesuai untuk digunakan untuk menghalau kanak2 yg suka buat bising waktu semayang terawih.
Tu adik aku yg kene la dol… suke ati korang je ckp. taktau citer sebenar diam! brite tu pon len yg aku citer len yg diorg tulis.