Balik kampung.. buka puasa!!

September 16, 2007

 

Selamat hari minggu,

Hari ini saya berada dikampung. Hari ini juga, kami adik-beradik akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah kami. Semakin usia meningkat, semakin sulit untuk meluangkan masa bersama. Jadi hari ini, saya gunakan masa yang ada untuk bersama-sama mereka. Anda sudah balik kampung halaman berbuka puasa bersama keluarga? Raikan mereka!

Sebentar tadi saya menerima emel dari seorang hamba Allah bertanyakan alamat emel Tan Sri Mokhtar Al Bukhari. Maaf, saya tidak menyimpan emel peribadi Tan Sri Mokhtar Al Bukhary. Saya cuma menulis mengenai keperibadian beliau dan sehingga kini saya tidak pasti samada Tan Sri Mokhtar memiliki laman web peribadinya atau tidak. Jadi kepada penghantar emel, dukacitanya saya tidak dapat membantu anda.

Akan tetapi, saya akan cuba hebahkan di sini, kepada sesiapa yang memiliki emel peribadi Tan Sri Mokhtar Al Bukhari atau mempunyai alamat lengkap untuk dihubungi agar dapat membantu pembaca blog mendapatkan maklumat ini. Mungkin dengan bantuan pembaca sekelian dapat membantu pembaca dan pelawat lain menyampaikan hasrat dan hajat masing-masing.

Berikut adalah petikan emel yang saya perolehi:

Assalamualaikum w.b.t,Nak minta bantuan tuan, apa email address Tan Sri Mokhtar AL-Bukhari kerana Masjid kami kekurangan kewangan dan kelewatan kerana penukaran bumbung dan sedikit pembesaran. Buat masa sekarang kami solat Jumaat dan Tarawih kat bawah kemah dan jika hujan kami kesejukan. Kami berharap dapat siap sebelum Aidilfitri.

Jika tuan boleh membantu sibarkan ke alam internet saya dahului dengan ucapan terima kasih

Abu Hanipah b Said
Pen S/Usaha Masjid Al-Rahmah,
Taman Bukit Rambai, 75250,
Melaka.
H/P: 019-2760014

Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan sempena bulan Ramadhan al Mubarak ini bolehlah menghubungi nombor berkenaan.

P.s: Pastikan anda menyemak segala butir-butir daripada pemohon sumbangan agar tidak berlaku sebarang kesulitan atau penipuan. Terima kasih.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

12 Responses to “Balik kampung.. buka puasa!!”

  1. shah on September 17th, 2007 9:24 am

    Aku firt time buka posa kat umah mak mertua..kumpul ramai2..berbuka ramai2 ni memang best..

  2. Noorizam Shah on September 17th, 2007 9:57 am

    shah baru kahwin jugak ker? ;)

  3. zool on September 17th, 2007 10:33 am

    Er.. aku rasa jangan buat keputusan dulu ye..
    nanti aku semak dulu betul ke apa yang diorang tulis nie..
    nampak cam daif sangat pula masjid tu…
    aku baru tanya orang berdekatan tapi takde plak cerita pasal kedaifan masjid nie…
    so zam… harap minta pengemel terbabit minta bantuan kepada Kerajaan Negeri Melaka…

  4. Noorizam Shah on September 17th, 2007 12:07 pm

    kalau ikutkan emel dia dari masjid negeri al-azim.. so memang pendapat saya pun sama juga.. elok rujuk dengan kerajaan negeri.

  5. shah on September 17th, 2007 1:56 pm

    aku dah nak masuk 2 anak dah..ahak ahak.

  6. shah on September 17th, 2007 1:58 pm

    Hah aku nampak 1 benda berharga Noorizam Shah,…lampu minyak tanah..boleh letak dlm ebay.com tu..ahak ahak ahak

  7. zool on September 17th, 2007 2:04 pm

    Ye ker.. pada aku kena hati-hati nie..
    sebab musykil plak…
    pada aku hati-hatilah sebab banyak kes penipuan nie…
    dulu penah ada orang menyamar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah..
    so jangan mudah percaya ye..

  8. Noorizam Shah on September 17th, 2007 2:34 pm

    hohoho.. idea yang lumayan tu.. semalam masa di kampung, saya tanya ayah saya

    “ayah, mana pergi semua majalah-majalah lama yang bertimbun dulu”

    ayah saya jawab sambil membongkokkan badan mencangkul pasir “dah jual pun kat cina surat khabar lama”

    aduih.. kalau saya kutip dulu, majalah-majalah tu dan lama tentu boleh jual kat ebay.

    ayah saya tanya pula kat saya “boleh jual ke majalah lama tu?”

    jawapannya …. so.. shah.. boleh jual ke tak majalah lama tu? hehehe..

    dulu saya ada kumpul majalah kartun pahlawan seperti harimau kumbang, dewata raya, pedang setiawan. dari siri 1 sampai ke siri ke 100 ..hohoho.. tapi dah kena rembat dengan tokey surat khabar lama..

  9. Noorizam Shah on September 17th, 2007 2:35 pm

    oh.. saya pernah dengar kisah tu.. so berhati-hatilah.. rujukan kepada pihak yang sepatutnya.

  10. shah on September 17th, 2007 3:03 pm

    Aku rasa boleh jual…buat dlm bentuk bundle..kalau jual satu-satu susah org nak beli..buat lah siri 1-5 ker..belum cuba belum tahu..tapi apa nak rugi..listing free jerk kan kan.. ahak ahak.

  11. Noorizam Shah on September 17th, 2007 6:32 pm

    saya yakin boleh jual.. tapi apakan daya.. semua koleksi komik/majalah tu dah dijual.. itu yang frust tu.. hehehe

  12. abdfatah on September 18th, 2007 12:20 am

    harimau kumbang? jangan main2 sikumbang wordpress ada tu tengah menjenguk… miahahahaa…

    majalah lama yer? ada potensi jugak. dah lama tak jumpa dengan lampu minyak tanah nih… sezaman dengan lampu minyak tanah gantung yang besar seketul tu… nak tahu google laaa.

Got something to say?