Tips Bagaimana Untuk Memperolehi Komen di Blog
September 14, 2007

*Gambar dicopy dari http://achmadi.net *
Bertemu lagi,
Bulan Ogos yang lalu, saya melihat peningkatan pengunjung dan pemberi komen yang amat ketara. Nama-nama pemberi komen seperti AbdFatah, Shahraduan, Titan, Vangardx, mardiana dan mereka yang lain telah membantu populariti blog ini.
Ramai juga kawan-kawan yang bertanyakan bagaimana untuk menguruskan sebuah blog seterusnya mendapat komen yang banyak dalam sesebuah blog. Mungkin blog saya ini tidak memiliki komen yang banyak bagi satu-satu post jika dibandingkan dengan blog smartusaha, mohdismail, mohdsuhaimy, ataupun blog alang akan tetapi saya masih gembira kini blog saya telah diikuti oleh pembaca-pembaca setiap hari.
Jika anda lihat atau membaca blog DailySeoBlog secara purata blog NirmalTv memperoleh purata 20 komen per post. Wow banyak tu. Di sana mungkin blog tersebut memiliki kelebihan kerana ada plugin yang bagus membantu. Akan tetapi ada lagi beberapa rahsia yang cuba dikongsikan oleh penulis bagaimana memperolehi komen yang banyak dari blog anda.
Pertama sekali, pastikan anda memiliki isu atau isi kandungan yang baik semasa menulis. Saya juga bersetuju dengan mereka yang lain menyatakan bahawa ‘isi kandungan itu adalah raja sebuah blog yang baik” dan isi kandungan jugalah satu cara menentukan blog anda mendapatkan komen. Daripada kajian yang dijalankan sebelum ini, jika anda menulis berita terkini seperti isu helikopter Nuri terhempas, perlawanan bola sepak Malaysia di Piala Asia, isu lagu negaraku atau pun kemalangan bas ekspress, ianya dapat menarik beberapa komen seperti mana blog lain juga mengutarakan isu yang sama. Walaupun ianya tidak banyak, setidak-tidaknya anda telah memberikan isu-isu terkini kepada pembaca anda.
Akan tetapi jika anda menulis mengenai tutorial, tips atau trik atau kebanyakkan isi kandungan anda berkisarkan kepada topik-topik khusus, ini pasti dapat membantu anda mendapatkan komen yang lebih. Sebagaimana post mengenai motivasi dari shueqry.
Keduanya, berikan tumpuan dan fokus kepada topik. Anda sudah ketahui bahawa ramai beranggapan isi kandungan (content) adalah raja (utama), perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memberi perhatian dan fokus kepada topik utama anda. Jika blog anda mengenai tips dan teknikal dan anda pula menulis topik melebihi 3 atau 4 post sehari, apakata anda kurangkan kepada 1 atau 2 topik sehari. Jika anda terlalu kerap menulis dalam sehari, ia akan mengakibatkan post-post anda sebelum ini terlepas pandang oleh pembaca, jadi peluang untuk mereka komen akan terlepas begitu sahaja. Jika anda adalah seorang yang rajin (seperti saya) apakata kita hanya menulis topik 1-2 post sehari atau 1 post selang 3 hari. Kalau dah terlampau rajin sangat, guna sahaja time stamp feature of Wordpress untuk organize post anda.
Ketiga, kalau rajin silalah baca blog-blog lain. Ini penting untuk rakan-rakan blogger yang lain mengetahui kewujudan anda. Seperti saya, sehari saya akan cuba meluangkan masa menjenguk setidak-tidaknya 5 blog blogger untuk mencari idea dan mendapatkan ilham menulis.
Bila dah jenguk, kalau isi kandungan yang baik, saya akan memberikan komen. Walau seringkas mungkin, jika ianya menarik minat, saya akan menurunkan komen (ada juga melihat otai-otai blogger jenguk blog saya dan masih lagi belum menurunkan komen) so lepas ini harap-harap semakin ramailah yang memberikan komen yer!
Yang pasti, jaga etika ketika menurunkan komen. Jangan lakukan spam kepada mana-mana blog dan buatlah post yang beretika sket. Jangan tahu lepas geram dan hentam kromo jer. Dengan memberi komen, ini akan memberi isyarat kepada pembaca blog lain untuk turut serta dan setiap kali anda memberi komen yang bermanfaat, mana-mana pelawat baru pasti akan memberikan tanggapan yang baik kepada blog anda dan ini akan membantu meningkatkan jumlah subscriber!
- — - - - - - - - - - - - — - —— - - - - - — - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Anda pembaca baru? Anda rasa post ini bermanfaat? Anda dijemput untuk subscribe blog ini secara percuma dan jadi orang yang terawal menerima post-post terkini terus dari email anda dengan klik disini.
- — - - - - - - - - - - - — - —— - - - - - — - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentComments
21 Responses to “Tips Bagaimana Untuk Memperolehi Komen di Blog”
Got something to say?





















































bagus tips ni..memang betul ape yang dicakapkan..pernah try teknik tu..memang berkesan..tapi agak sukar gak nak dapatkan visitor yang konsisten..setakat ni takat dapat 100-150 visitor je sehari..bile leh dapat more than that..:(
Ehm, aku memilih untuk mengomen. Yang betul2 menarik je aku komen. So, begitula hakikatnya. Nak komen atau trafik. Buatlah post yang menarik.
adakan pertandingan komentator terbanyak, gerenti beres!
ya.. idea tu ramai yang dah guna pakai. Beri hadiah, ebook percuma, topup percuma, wang tunai.
saya dah pernah adakan disini bulan lepas. nak lagi ker? hehe
titanium ini dah lama saya perasan. cuma dia sebuk jer dengan panjat gunungnya.. hehe
mula-mula, lama-lama jadi ramai.
.. saya dulu nak dapatkan 100 orang pelawat pun susah.
saya pun dalam proses belajar juga.
Noorizam,
Tips yang baik dan berguna. Dapat saya sedikit panduan berblogging…tq
nak dan memang nak kalo ada banyak lagi ganjaran untuk dapatkan duit raya buat modal biskut raya 2007. bukan sekadar nak cari info bahkan bleh cari duit secara sambilan… miahahahahaaaaa…
komen yang baik untuk tips “bagaimana memperolehi komen di blog”. insya allah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mendapat tempat seperti korang eheh
cool post..tp slalunyer pengguna wordpress lebih mudah utk mengomen..cam aku nie pakai blogger..org susah sket nk komen..tp tk kisah laa..
terima kasih halim. tips ebay awak pun menarik juga..
nak? hohoho.. tunggu
terima kasih megat.. nampaknya saya sudah mula mengingati id megat kat blog ini.. welcome to my world prenz… hohoho
tetapi blogspot masih ada kelebihan tersendiri, betul tak?
saya pun ada juga blog menggunakan blogger yang masih aktif.
Gunung? harap2 tahun ni dapat naik gunung kinabalu kali ke 5. Hehe..perasan ke? Ingatkan tak perasan.
Kalau rajin mencari idea, menjengok idea dan mengolah menjadi menarik memang best…org pun suker…eehehe..macam aku ni tak der idea main copy dari web article jerkk…janji ranking keyword PENDAPATAN SAMPINGAN tak turun..huahhuahua..
tunggu laaa jangan tak tungguuuuuuu….
erm..betul tu..sama la..blog tu pun dah dapat PR yang baik kat SE..:)
soo.. teruskan jer menulis.. ramai yang pakai blogger pun ramai pembaca setia juga..
subscribe jer mana-mana blog.. kemudian olah la idea tu.. hehehe
Thanks for the rips…ehh salah..tips..kena cuba gak ni..Thanks en noorizam..