Hari Pertama Ramadhan Yang Penuh Cabaran

September 13, 2007

 

Selamat datang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga anda akan lalui hari-hari menahan nafsu, lapar dan dahaga selama 29-30 hari mendatang. Walaupun kita menjalankan perniagaan internet janganlah kita lupa untuk memperbanyakkan amal ibadah kita kerana setiap malam yang kita lalui sepanjang Ramadhan ini terlalu banyak hikmahnya.

Seharusnya kita bersyukur kerana terus diberi keupayaan untuk menjalani ibadah puasa. Malam semalam saya mengambil kesempatan berterawih secara berjemaah di Masjid Al-Munawarah Seksyen 23 Shah Alam. Ramai juga yang hadir dan ini adalah malam pertama ibadah dan cabaran ini dapat dilihat pada malam semalam apabila imam menunaikan 23 rakaat solat terawih.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, pada tibanya rakaat ke 8, jemaah yang pada mulanya ramai mula meninggalkan saf masing-masing, saya tidak tahu kenapa dan kemana mereka. Tepat jam 10 malam, apabila imam ingin meneruskan rakaat ke 18, apabila saya menoleh ke belakang, yang ada hanya 3 saf (anggaran tidak sampai 100 orang) berbanding asalnya 6 saf. 

Untuk pengetahuan anda, ini adalah pertama kali saya menunaikan terawih 23 rakaat (termasuk witir) kerana sebelum ini saya melalui malam terawih dengan 8 rakaat sahaja. Dikhabarkan Majlis Agama Selangor telah menyelaraskan setiap masjid mendirikan solat terawih 23 rakaat. Wallahualam.

Kepada anda yang sudah biasa solat terawih 8 rakaat adakah anda bersedia mengumpul pahala 23 rakaat ini?

Itu baru satu cabaran. Bagaimana cabaran menahan lapar disiang hari, mengawal nafsu shawat dan….

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

14 Responses to “Hari Pertama Ramadhan Yang Penuh Cabaran”

  1. Chee Kui on September 13th, 2007 5:53 pm

    Selamat berpuasa bro! :)

  2. Noorizam Shah on September 13th, 2007 10:15 pm

    thank you bro..!

  3. vangardx on September 13th, 2007 10:58 pm

    selamat berpuasa, first day nie aku buka kat luar je :D

  4. abdfatah on September 13th, 2007 11:45 pm

    yeaa selamat berpuasa dan jangan lupa solat terawih. 23 rakaat surah pendek yang lazim je. tak sampaipun kul 12 malam… qiamullail sambung pulak…

  5. Noorizam Shah on September 14th, 2007 9:31 am

    wah.. sama la kita.. tahun ini pertama kali b’buka puasa dengan isteri.. so saya ambil peluang b’buka puasa kat tempat istimewa sket. :)

  6. Noorizam Shah on September 14th, 2007 9:32 am

    selamat berpuasa abdfatah… kat tempat saya baca surah panjang2.. :)

  7. megat on September 14th, 2007 1:54 pm

    salam ramadhan!

    semoga ibadah tahun ni lebih dirahmati dan diredhai-NYA.

  8. titan on September 14th, 2007 3:45 pm

    Tak ada masalah kalau 23 rakaat kalau surah pendek. Tapi kalau 23 rakaat tapi baca surah panjang2. Sianlah kat pakcik atuk yang dah tua tua. Tu pasal depa stop dekat 8 rakaat. Nak rehat. Esok nak keja..

    Takpe. Janji maintain 30 hari solat terawih. Tahun lepas tak dapat..:(

  9. Noorizam Shah on September 14th, 2007 3:54 pm

    yea-yea betul tu titan.. kalau tak larat.. buat mana yang larat..

    tak ada paksaan sebab nama pun ibadah sunat. :)

  10. zool on September 14th, 2007 11:10 pm

    memang ianya satu cabaran besar kepada kita..
    samalah di masjid tempat saya.. harap2 kita mampu mengaut keuntungan bulan Ramadhan ini.. AMIN..

  11. Noorizam Shah on September 14th, 2007 11:35 pm

    hi zool, selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah dengan sempurna. :)

  12. pakdi on September 15th, 2007 1:02 am

    hepi ramadhan :D

  13. Noorizam Shah on September 15th, 2007 9:30 am

    happy ramadhan sahabatku. :D

  14. abdfatah on September 15th, 2007 12:36 pm

    takpe laa asalkan dapat terawih. 8 atau 20 ke itu soal kedua. ia adalah pilihan untuk solat sunat terawih… lain citer mereka yang tak puasa dan jugak tak solat fardhu… haaa.

    puasa aje? solatnya mana???

Got something to say?