Pencuri Sudah Tidak Takut Polis? Mat Rempit Mula Tunjuk Aksi…

September 7, 2007

Kalau pencuri tidak takut dengan polis, apatah lagi mat-mat rempit? Ohh.. mungkin penjenayah takut kepada pasukan polis yang bertugas. Kalau nama jer ‘bekas polis’ tak adalah bergetar kepala lutut mereka. Sebab itulah rumah bekas ketua polis negara pun boleh dimasuki pencuri. Hari tu, rumah Tan Sri Norian Mai diceroboh pencuri, kini bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar yang ‘kontroversi’ dengan kenyataan di akhbar baru-baru ini juga telah diceroboh pencuri.

Sekarang kita tahu, pencuri tidak mengenal siapa mangsanya. Samada anda pegawai atasan polis atau tidak, jika berlaku kecuaian semua ini boleh berlaku. Pencuri sudah tidak ambil peduli sama anda, yang mereka tahu ambil apa sahaja yang bernilai di depan mata kemudian lari. Jika kena tangkap itu perkara kedua. Yang pastinya lakukan supaya tidak tertangkap.

Sama juga dengan kisah mat rempit, tunjukkan aksi sehebat mungkin, jika ada polis sila larikan diri, jika tak dapat lari, rempuh dan langgar jer polis sampai mereka patah kaki. Jika kena tangkap polis atau mati katak ditengah jalan, itu semua perkara nombor dua! Yoooo.. angkatkan roda depan anda!

Maaf, saya tidak pernah menonton atau membaca berita luar negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Jepun, United Kingdom, Australia mengada operasi membanteras mat-mat rempit. Yang saya lihat dalam berita jam 12.30 tengahari ahad adalah aksi-aksi ‘hebat’ yang berlaku di Malaysia. Adakah mat-mat rempit ini lambang ‘kemajuan’ Malaysia?

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Pencuri Sudah Tidak Takut Polis? Mat Rempit Mula Tunjuk Aksi…”

  1. abdfatah on September 7th, 2007 11:47 am

    apa lagi nak di kata berkenaan mereka ini. mereka dah ada motor. bleh lari ikut suka hati mereka selagi mereka tak tersungkur selagi mereka tak masuk kubur selagi tak berdengkur…

    kalo tersengkur patah riuk, senyap laa seketika.

    kalo dah berdengkur, senyaplah seketika.

    namun kalo dah masuk kubor, kambus aje laa.

    begitulah mereka silih berganti secara ikut-ikutan tanpa pedoman yang sewajarnya.

  2. Noorizam Shah on September 7th, 2007 7:00 pm

    dulu kita boleh tgk melayu cina dan india dok merempit.. sekarang ni majoriti dah anak-anak melayu jer.. mana pergi mat-mat cina dan india?

  3. abdfatah on September 8th, 2007 5:33 pm

    selagi hayat dikandung badan, selagi hidup mereka takkan berhenti lantaran pengaruh yang kuat. kecuali ada sesuatu fenomena yang akan menghentikan seseorang dari merempit… remmmmmmmmmmpit…! vrooooooooooommm…!

  4. abdfatah on September 17th, 2007 12:11 am

    aksi rempit terus tegar dan menjadi perhatian ramai…

Got something to say?