Bestnya jadi Ibu yang bekerja di Sektor Kerajaan

September 4, 2007

 
*Gambar dari http://croninsolutions.com/blog/ *

Dulu masa saya di sekolah menengah, bila sebut pasal bekerja dengan kerajaan seperti menjadi guru, polis, tentera, kerani pejabat ramai yang menggelengkan kepala tidak mahu. Arghh kerja kerajaan tak ada kelas, gaji rendah, elaun pula sedikit.

Bila ada yang bekerja dengan kerajaan, kawan-kawan ada yang terasa ‘terkebelakang’ dari mamat-mamat dan minah-minah kilang. Mereka yang ada Diploma bekerja dengan kerajaan waktu itu gajinya kurang dari mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang.

Nahhhhh…..

Habuan demi habuan mula diperoleh bagi mereka yang setia bekerja dengan kerajaan. Naik gaji, naik gaji lagi dan naik lagi gaji… Tambah lagi elaun, elaun sara diri, elaun perjalanan, elaun itu.. elaun ini.. Wahhh.. lumayan dah sekarang.

Tidak kira mereka yang berada dalam perkhidmatan profesional dan kumpulan sokongan, semua dapat elaun perumahan ataupun diberi kuater tempat tinggal yang lebih selesa. Tiada lagi rumah papan yang dindingnya mula mereput.

Seperti mana seorang pesara tentera berkata;

“Dulu masa dalam askar, kerja cat jalan dan bangunan tentera ni kami yang buat sendiri, hari ini askar kita dah boleh ‘lepas tangan’ kerana telah ada kontraktor yang akan buat kerja ini”

Ini menunjukkan mereka yang bekerja sekarang ‘lebih selesa’ dari tahun-tahun sebelum ini.

Kita lihat sahaja kaum wanita hari ini banyak mendapat faedah kerana hak mereka dijaga. Jika dahulu cuti bersalin 45 hari (kalau tak silap saya) di naikkan ke 60 hari, ditambahkan lagi dengan cuti tanpa gaji sehingga 5 tahun. Ini bermakna, selepas cuti 5 tahun, mereka boleh masuk bekerja kembali malah akan turut sama menerima kenaikan gaji.

Dari 90 hari naik ke had 5 tahun. Wow! Zul, ada jawatan kosong kat sektor kerajaan tak? hehehe

Dengan cuti ini, ibu-ibu boleh la bercuti bersalin, jaga anak, pergi shopping, pergi jalan-jalan makan angin dan sebagainya.

P.s: Anak siapalah dok menangis kat atas tu? hohoho

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Bestnya jadi Ibu yang bekerja di Sektor Kerajaan”

  1. Zul on September 4th, 2007 9:49 am

    Org berdarah usahawan seperti Noorizam xleh keje kerajaan nanti rimas dan boleh mencapai kebosanan tahap gaban…

  2. Mardiana on September 4th, 2007 11:30 am

    Ahaks tersenyum sipu bila saya membaca blog entry awk kali nih.lagi2 bila bab yg menyentuh pasal kaum wanita/ibu hari ini yg bekerja dlm govt sector.
    Di Singapura nih pon sama juga bnyk perubahan terutama sekali dlm inisiatif kekeluargaan seperti skim “Baby Bonus” dimana ibu2 akan mendapat ganjaran kewangan daripada pemerintah;
    1)$3,000 untuk anak pertama dan kedua dilahirkan.
    2)$6,000 untuk anak ketiga dan keempat dilahirkan.

    Link
    http://www.babybonus.gov.sg/bbss/html/index.html

  3. vangardx on September 4th, 2007 11:54 am

    ayuh join aku masuk askar..:D

  4. Noorizam Shah on September 4th, 2007 11:59 am

    agak2.. umur macam saya nih kerajaan terima lagi ker? hehehe

  5. Noorizam Shah on September 4th, 2007 12:00 pm

    wahhh.. lumayan la ibu-ibu kat singapore.. mard kerja dengan government ker?

  6. Noorizam Shah on September 4th, 2007 12:01 pm

    vangardx minat jadi askar ker? tak takut kena ragging? nanti masuk TV! ohohoho

  7. abdfatah on September 4th, 2007 3:00 pm

    apa nak heran kalo kena ragging. ragging balik laa…

    macam citer buli… buli balik. wuahahahahaaa…

  8. abdfatah on September 4th, 2007 3:04 pm

    shopping sakan laa nampaknya. bukan sekadar dapat cuti je… kerja setahun lepas tu cuti setahun…?

    lepas tu cuti setahun … cukuplah lima tahun sebelum pencenn… ngeh4

    haaa? sebelum pencen?

  9. Panduan Perniagaan Internet » Tahukah anda? on September 5th, 2007 12:14 am

    […] Noorizam Shah […]

  10. abdfatah on September 5th, 2007 6:12 am

    kat malaysia nih dah banyak jenis cuti kedengaran. bleh dibuat kajian lanjut nih untuk ebook berkaitan dengan cuti2 di malaysia… bukan sekadar cuti2 malaysia tourism je…

    nak bercuti jugak laaa… cuti hari raya.

Got something to say?