Blog-blog adsense saya yang memberi klik

September 3, 2007

 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai senarai blog-blog saya yang sehingga hari ini memberikan beberapa klik dan seterusnya mendatangkan hasil dalam akaun google adsense saya.

Saya pasti anda diantara anda hanya nampak blog Noorizam Shah dot com sahaja tetapi tidak mengetahui saya juga memiliki beberapa blog lagi yang saya jarang atau kadang-kadang di update. Ya! saya bukanlah seorang ‘GURU’ atau ‘MASTER’ dalam teknik google adsense
akan tetapi google adsense juga adalah antara sumber pendapatan sampingan saya di internet.

Jika nak dibandingkan saya dengan Alang, ianya amatlah jauh sekali, ibarat langit dengan bumi. :D Walaupun saya tidak memberikan tumpuan 100% kepada peluang buat duit dengan google adsense, ianya masih lagi tidak diabaikan (walaupun blog saya pernah tidak diupdate lebih dari setengah tahun).

Kali ini tibalah masanya saya perlu memulihkan blog-blog uzur saya ini untuk terus menjanakan pendapatan mengisi kantung poket saya ini. Beberapa hari lalu saya membina sebuah blog lagi. Untuk pengetahuan anda, saya membina blog ini kerana ingin melihat niche dan sejauh mana blog-blog ini mampu memberikan klik.

Baiklah, sekarang saya kongsikan dengan anda, apakah blog-blog saya itu;

1. http://www.pelamin.net/blogs

Inilah blog yang paling banyak memberikan klik. Blog mengenai tips, pakej perkahwinan dan promosi produk diwujudkan dari kesinambungan laman web www.pelamin.net . Alhamdulillah, web pelamin.net sehingga kini masih ada pelanggannya yang tidak putus-putus mengambil tempahan pemasangan pelamin dan pakej perkahwinan.

2. http://lawat-malaysia.blogspot.com

Ini pula adalah blog mengenai destinasi-destinasi terpilih dan menarik di Malaysia. Review ringkas mengenai lokasi-lokasi menarik ini telah menarik pelawat dari luar negara mengunjungi blog ini. Walaupun tidak berpusu-pusu pelawat yang datang, saya mendapat beberapa klik ‘mahal’ dari sini.

dan yang terbaru saya wujudkan blog mengenai kraftangan dari kertas.

3. http://papercraftcollection.blogspot.com

Cukuplah dengan 3 blog ini kot, kalau nak tambah takut tak diupdate pula. Blog saya ini masih lagi memberikan klik walaupun tidak sehebat klik dari blog-blog adsense lain. Akan tetapi saya sebagai blogger, peluang seperti ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Jadi belajarlah!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

9 Responses to “Blog-blog adsense saya yang memberi klik”

  1. shah on September 3rd, 2007 1:30 pm

    memang bagus tu…buat duit dari adsense guna blogger..free blog plak tu…kalau tak silap hambalah si syed tu ada sampai 1000 blog + adsense. kalau sehari blog dia tu jana USD 1.00 X 1000 Blog x 30 hari = USD 30,000. WOW !!! Tak lama lagi jutawan lah dia. Umur baru 25 tahun.

  2. reezluv on September 3rd, 2007 5:59 pm

    erm..rasanya agak bahaya kalau dedahkan blog yang awk buat untuk adsense coz ade pernah jadi click fraud..ade ahli WC yang dah kena..ramai dah..baik jangan dedahkan..bahaya..kekadang org belah jiran kita tu..yang selalu wat keje camni..:)

  3. abdfatah on September 4th, 2007 6:16 am

    kalo gitu kena buat posting search citer pasal kebaikan dan keburukan mendedahkan website bergoogle adsense milik anda… macam mana?

  4. Noorizam Shah on September 4th, 2007 8:15 am

    masih ada yang saya tak senaraikan kat sini. :)

    pernah juga dengar akaun adsense seorang advance kena close.

    saya punya earning belum sampai tahap macam ikhwan lagi.. ;)

  5. Noorizam Shah on September 4th, 2007 8:16 am

    ha`ah yer… ada sesapa nak mulakan ker? :)

  6. titan on September 4th, 2007 3:12 pm

    ehm..ada wat dulu. Tapi tak seaktif sekarang. Sebab ada cara yg lebih baik..:)

  7. abdfatah on September 4th, 2007 3:22 pm

    kalo bleh kongsikan pendapatan laa nak tengok camna perkembangannya dari semasa ke semasa agar nanti takder laa sapo2 yang terkejar2 nak kejar google adsense. ngeh4…

    apohal pun nak tahu pasal google adsense kena belajar laa… tak gitu???

    lain citer laa seandainya ada klik fraud tersebut. lagipun google adsense dah tentu ada pantang larangnya yang tersendiri yang perlu dihindari. jika tidak… akan menerima nasib laa.

    tapi camna nak elakkan klik fraud sebagaimana yang telah berlaku tersebut??

  8. titan on September 4th, 2007 3:28 pm

    camna nak elak? Ehm..susah tu. Kalau ajar camna nak wat fraud click. Senang aje tuu..bukan dulu ada software untuk mengelakkan fraud click apa?

  9. alfie on July 10th, 2008 3:22 pm

    Sebaiknya jangan dedahkan blog kita tuh.Manusia ni bukan semua hati telus.Ada
    yang ok dan sebaliknya.Yang sebaliknya tulah kita kena jaga.Syed Munawar yang expert pun tak expose blog dia malah blurkan blog dia masa turunkan ilmu dalam
    Jana Wang Adsense.Nak tahu,dalam ebook JWA ada rahsia terkandung yang tak ada orang terfikir tentang ni.

Got something to say?