Blog mendekatkan saudara di perantauan…
September 30, 2007
Salam ramadhan kepada pembaca sekelian.
Dahulu sebelum wujudnya medium internet dan elektronik, kad-kad raya adalah satu wadah penyampai yang paling relevan ketika itu. Rasa tidak meriah jika tidak ada kad ucapan hari raya dari Mak ayah, rakan taulan, pakcik dan makcik di kampung.
Bagi askar-askar yang bertugas di sempadan, di dalam hutan, jauh dari kampung halaman, tiada perkara penting yang dapat mengubat kerinduan selain dari kad raya. Sambil-sambil makan kuih raya yang dibekalkan, cicah lemang dengan rendah, mereka dapat juga ketawa riang menatap kad ucapan yang diberikan.
Kini, pelbagai medium pengantaraan mula silih berganti. Semakin modennya dunia, semakin canggihnya teknologi, semakin mudah yang jauh didekatkan. Tidak lagi sesukar waktu zaman penjajahan dahulu. Syukur.
Kalau anda lihat, sepanjang bulan Ramadhan ini, ruangan ucapan hari raya adalah sesuatu yang dinanti-nantikan mereka yang mempunyai saudara di perantauan. Surat khabar, radio, televisyen, laman web dan apa sahaja ruangan yang disediakan pasti akan dipenuhi dengan ucapan-ucapan salam.

Nama : Anis Eliana Husni
Lokasi : Leicester, England
Nama Penerima : Tok dan Opah di Ipoh, Tok Ayah dan Tok di Parit Buntar serta semua ahli keluarga di Malaysia.
Ucapan : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Saya pernah juga melawat beberapa buah blog rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan saya pasti ianya suatu perkara yang menarik untuk diikuti. Cuma saya tak jumpa lagi blog ruangan khusus untuk ucapan hari raya. Kalau ada beritahu saya ok. ![]()
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentSwissCash, Peguam, Hakim, Polis dan Penjenayah…
September 28, 2007
Sedar tak sedar dah masuk hari 16 kita berpuasa. Syukur dengan suasana yang aman dan harmoni ini saya dapat berbuka puasa dan bersahur dengan tenang. Tanpa gangguan. Saya bebas untuk membuat pilihan makanan. Tanpa disekat. Yang penting halal. Bagaimana persiapan hari raya anda? Harap rakan-rakan di Singapore, Indonesia dan Brunei meraikan kedatangan Syawal dengan gembira.
—————————————————————————————————-
Jika anda pembaca baru, dijemput untuk subscribe blog ini secara percuma!
—————————————————————————————————-
Owh..Hari ini saya terima email dari sahabat blogger. Beliau berminat untuk menaja design header blog ini. Terima kasih. Terharu saya dengan tawaran yang diberikan.
Nah… pagi tadi saya terima email dari Robotys dan sila tarik skoll anda ke atas untuk lihat bagaimana rupa header yang kool nie. Yeaaaa.. saya sukakan warna dari web 2.0 dan anda seperti tahu yang saya sukakan warna biru dan oren! Cukup kool beb!
P.s: Kalau ada yang ingin menawarkan diri untuk sponsor buka puasa themes blog ini, dipersilakan. Tawaran anda amatlah dialu-alukan. Hoho.
- - - - - - - - - - - - - - - -
Ohhh.. hari ini saya taip http://www.utusan.com.my di internet browser dan saya klik setiap muka membaca berita-berita yang menarik biji mata saya ini. Saya ingin ambil tahu mengenai negara saya. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini!
Wahhhhh.. tajuk berita yang membuatkan pakcik dan makcik dikampung ternganga luas. Sudah lama mereka nantikan berita ini. Berita inilah dulunya yang membuatkan tanah bendang, gelang emas pakcik makcik tergadai.
SwissCash! Duit Amir Uk’s Hassan dibekukan. Ya, kepala besar “otai” SwissCash telah didakwa di Mahkamah kerana menjalankan urusan pengambilan wang secara haram di dalam dan di luar negara. SC (Security Commision) vs SC (SwissCash). Sekarang, pakcik dan makcik ingat lagi nama Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien dan Kelvin Choo Mun Hoe? Mereka inilah yang terlibat dalam SwissCash tu. Ala syarikat yang kononnya berpengkalan kat luar negara tu. Swiss Mutual Fund (1948) SA, SMF international Ltd., SMF (1948) International Ltd dan Syarikat Dynamic Revolution Sdn Bhd.
Nak tahu berapa banyak duit Amir Hassan? sikit jer. Adalah dalam RM35 juta (mungkin lebih kot) kat dalam akaun-akaun di luar negara. Tak caya? pie pakat dapatkan laporan di sini. ohoho
Apapun terima kasih kepada mereka yang bekerja keras terutama pengguna internet seperti ahli forum WangCyber.com dan web Zaharuddin.net yang menentang habis-habisan dalam memberi kesedaran kepada semua
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Klik lagi muka surat utusan.com.my. Lagi kes Ketua Pendakwa Syarie ditahan rasuah. Alamak….. Baru jer kita heboh pasal skandal antara seorang peguam dengan hakim kanan penting dalam badan kehakiman, kita dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan badan-badan berkanun.
Itu belum dikira lagi dengan kes penahan seorang pegawai polis yang didakwa menerima atau mengumpul aset secara haram bernilai lebih dari RM2 juta. Ohhh… semua dah main juta-juta yer.. ingatkan usahawan internet jer yang target income juta-juta, rupa-rupanya semua orang mengidamkan status jutawan ini. Ermm.. tajuk berita ini akan membuatkan saya, anda atau sesiapa saya memberikan pelbagai tanggapan. Betul tak? So.. tanggapan diatas dan saya tulis disini.
Jadi blog saya tidaklah sunyi dari cerita-cerita kosong kan? owhhh..
Dan pertama kalinya Polis Di Raja Malaysia mohon bantuan dari FBI untuk analisa imej dari CCTV kita. Kualiti tidak begitu baik, jadi upah sahaja pakar untuk kesan suspek. Bomoh-bomoh “yang cukup terer menjejak” arwah waktu ketika hidup taknak membantu ker? Ke bomoh-bomoh tidak diperlukan lagi?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - — -
Pilihan raya kampus dah pun bermula. Dan bakal menyusul pilihan raya umum yang tak tahu bilanya. Apapun orang diluar sana pasti inginkan jaminan dan kertas undilah yang bakal menjadi penentunya kelak. Apapun, semuanya menarik perhatian untuk dibaca.
Nota terkini: 5 orang dalang @ suspek pembunuh Nurin Jazlin telah diberkas polis. Kita nantikan wajah pembunuh sebenar tidak lama lagi!.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentPilihan Raya Kampus Bermula - Pro Aspirasi vs Pro Pembangkang. Sapa Menang?
September 27, 2007
Semalam saya ambil cuti sakit. Migrain. Resdung. Hari ini perut pula memulas-mulas. Tak tau kenapa. Angin banyak sangat dalam perut kot. Boleh demam dibuatnya.
Di universiti-universiti milik kerajaan pun tengah dilanda demam. Demam yang ini lain macam sket, mereka kelihatan begitu aktif, agresif dan ada juga yang menggila. Kalau salah makan ubat boleh jadi huru-hara dibuatnya.
Demam Pilihan raya kampung (PRK) memang sudah menjadi satu perkara yang menarik untuk dilihat, lebih-lebih lagi saya juga pernah terlibat dalam jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar di sebuah kolej ketika dahulu. Perang poster dan perhimpunan pelajar sudah menjadi satu agenda wajib sepanjang kempen pilihan raya kampus. Situasinya sama seperti pilihan raya umum atau kecil, cuma bezanya ia tidak sehebat pilihan raya kecil di Ijok.
Kali ini saya lihat barisan propembangkang bakal menguasai kerusi-kerusi panas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
Seperti di UPM, beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi telah mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM, salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.
Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.
Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.
Setelah itu, Yee Yang telah menghubungi Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Othman Jailani yang mengesahkan bahawa tiada sebarang operasi dijalankan pada malam tersebut.
Risalah tersebut juga menyatakan bahawa pada keesokan harinya, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.

*Motor siapa yang kena simbah cat ni???*
Namun, setelah polis berhubung dengan pihak keselamatan, mereka mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu ialah pihak Unit Tugas Khas (UTK) dan laporan polis hanya dibuat sekiranya UTK enggan memulangkan semula barang-barang yang dirampas.
Kemudian mereka telah pergi ke Jabatan Keselamatan tetapi pihak UTK tidak mahu melayan aduan mereka. Akhirnya, pihak UTK mengeluarkan satu surat mengesahkan rampasan terhadap barang-barang milik Yee Yang.
Sementara itu, bilik Pengerusi BMB, Mohd Taufiq Mahmud juga telah dijadikan mangsa oleh Pengetua dan Pegawai HEP pada 13 September sehinggakan motosikal beliau telah dikunci pada keesokkan harinya.
Selain itu, risalah tersebut juga mendakwa terdapat juga insiden yang membabitkan motosikal mahasiswa yang disabotaj serta diletakkan notis ugutan supaya tidak terlibat dalam PRK.
Woahhh. Panasnya kerusi!
Nota: Gerakan bawah tanah ala ‘mafia’ di Universiti?
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentTribute to Arwah Adik Nuril @ Nurin Jazlin
September 25, 2007
Redup wajahmu,
Sayup kutatap,
Hilang dalam pencarian,
Ku temui satu kesedihan
Pemergianmu diratapi,
Deritamu turut dirasai,
kesakitan, kesengsaraan
Sungguh memilukan
Kisahmu terus diingati,
Tidak hilang walaupun ditiup angin,
Tidak akan kering walaupun daun berguguran,
Akan terus tersemat dalam hati ini,
Dalam lubuk sanubari setiap insan
Yang cintakan kasih sayang
- Dari
Noorizam Shah dot com
Saksikanlah semua Rakyat Malaysia! Saksikan Video Klip ini. Hayati kesedihan, kesengsaraan dan penderitaan seorang kanak-kanak yang tidak mampu menanggung penderaan oleh kezaliman manusia yang tidak berperikemanusiaan.
Popularity: 34% [?]
Sphere: Related ContentLancome Miracle Memang Ada Magis
September 25, 2007
Kaki melaram, kaki melawa kini sudah tiba masanya untuk anda mengecapi bau-bauan harum dari store minyak wangi. Hujung minggu lalu saya langkan kaki singgah di lot-lot produk berjenama dari Paris melihat koleksi-koleksi terkini.Wahhhh… berbunga-bunga jiwa dilayangkan dengan bauan lembut dan segar. Nasib baiklah saya berpuasa, jika tidak memang termamai dibuatnya.
Diskaun, promosi, penurunan harga dan pakej.. wooooo.. rambang mata. Nak raya nih macam-macam oooo.. leh kopak duit tu.. biar berpada-pada berbelanja. Tapi jangan la sampai baikot macam CUEPACS dan MTUC buat. Nasib baik la minyak wangi bukan dalam kategori barang keperluan. Kalau tak, tak leh cari makan den… haha.

So, saya ambik kesempatan bagi mereka yang ingin mencari barang bukan keperluan macam minyak wangi, boleh la shopping kat ebay.com.my, jenguk-jenguk la harga murah-murah kat sana. Pandai-pandailah membida. Kalau anda bijak, anda akan dapat harga yang mungkin lebih murah dari sangkaan anda.
P.s: Kalau nak bida daging ayam kampung kat ebay boleh ker? hohoho
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentSemalam…
September 24, 2007
Semalam…
Hujung minggu yang penuh dengan warna-warna kehidupan. Bangun pagi terus capai laptop. Masih sama seperti kelmarin dahulu. Capaian internet masih lagi teruk. Walau apa pun, kerja saya perlu diselesaikan. Upload gambar produk untuk jualan di eBay. Siapkan surat jualan dan enter.
Rasa bengap kepala bila lihat connection internet merangkak-rangkak seperti siput. Entah bila Celcom nak letak pencawang kat depan rumah saya. Tak pun tanam jer broadband supaya saya boleh capai website yang saya inginkan sepantas Superman.
Pukul 12.00 tengahari, wife saya ajak keluar ke kedai perabot. Nak lihat meja makan katanya. Saya ambil masa bersiap ala kadar saja. Bukan nak ke mana pun.
ZROOOOMMMM… tak sampai 5 minit kami sampai di kedai perabot. Masuk, jengah, tengok, tanya, kemudian keluar. Tak ada yang menarik. Hari masih awal lagi untuk berbuka. Baru pukul 1.00 petang. Saya drive kereta ke Carrefour Subang. Nak tengok apa yang ada kat sana. Berkurun dah saya tak pergi ke sana. Dan sememangnya belum pernah jejak kaki pun. hahahaha.
Parking kereta di Carrefour dan jalan kaki ke Subang Parade. Eh? Lantak la. Wife saya yang ajak ke Subang Parade, so saya langkahkan kaki jer. Singgah di Reject Shop dan ini membuatkan mata saya tertarik kepada satu koleksi dan kepala saya telah mengeluarkan satu mentol kuning “Bling bling”. Idea yang menarik untuk pasaran di eBay. haha. Menggeleng wife bila saya beritahu niat saya itu. Takpa la, nanti saya akan datang kembali ke sana.
Sambil berjalan, saya lihat anak-anak kecil berlari sambil diperhatikan oleh mak dan ayah kanak-kanak itu dari jauh. Teringat saya kepada arwah adik Nurin Jazlin dan beberapa orang kanak-kanak yang pernah hilang. Saya sentiasa berpesan kepada isteri saya, jika ada anak jangan sesekali lepaskan anak di tempat awam atau terbuka walaupun 1 minit. Kalau perkara nak berlaku, ia akan berlaku juga.
Round satu Subang Parade, masuk semula ke Carrefour, hidupkan enjin kereta, bergerak ke Maiden Subang Jaya. Semalam ada lagi kenangan yang terus menjadi kenangan.
P.s: Saya ada offer produk dengan harga menarik di ebay. Klik sini untuk membida!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content







