Tahukah Anda?

August 27, 2007

Kronologi TAG:

Untuk menjadikan tag ini sebuah viral.. orang2 yang menyahut tag ini perlulah meletakkan link asal-usul tag ini bermula.. sebagai contoh..

saifulsham menyahut tag ini.. dan kemudiannya mentag norizam.. maka, norizam perlulah meletakkan sumber tag berikut :-

Ianya dimulakan oleh founder forum WangCyber.com dan kemudian diteruskan oleh Alang.

Comment by Noorizam Shah
2007-08-26 16:15:27
ohhhh.. saya di tag oleh alang… ok next topik saya sahut tag nih.. hohoho

Reply to this comment
 Comment by alang
2007-08-26 20:06:50
you antara nama pertama yg saya terlintas utk ditag. Lagipun shuth sendiri dah bagi contoh nama you kat blog dia

Jadi sebagai menyahut cabaran TAG ini saya perlu menulis 5 perkara yang anda tidak tahu mengenai diri saya / perniagaan internet / laman web saya.

1. Domain Pertama
Saya mula memiliki domain dan hosting berbayar pada tahun 2005. Ketika itu saya tidak pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan internet. Apa yang saya tahu adalah melayari laman web, mencari maklumat untuk mengisi masa ‘terbuang’ dan ‘memasang angan-angan sahaja. Domain pelamin.net adalah domain yang pertama saya miliki. Itu pun selepas melihat abang saya mula berkecimpung dalam dunia photo shot dan bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan perkahwinan. Kini pelamin.net terus bertahan dan menjadi antara laman web perkahwinan yang popular. Kenapa saya kata popular? Ya, kebanyakkan pelanggan kami datang dari laman web pelamin.net. :D

2. Saya suka menulis
Ya! Saya suka sangat menulis. Itulah salah satu hobi saya waktu kanak-kanak dahulu selain membaca dan melukis. Masa zaman kanak-kanak melukis itu adalah hobi nombor satu tetapi kini menulis adalah perkara pertama yang saya suka diikuti membaca. Saya mula menulis di blog pada tahun 2004 lagi. Waktu itu saya memilih platform blog percuma seperti blogdrive, 360 yahoo, myspace, blogspot dan akhirnya kerana inginkan sesuatu yang akan terus diingati, saya memilih nama sendiri sebagai domain. Nah! anda lihat sendiri blog Noorizam Shah dot com terus diikuti oleh pembaca setianya!

3. Handphone saya
Shuth dan Alang ada cerita pasal handphone. Ya! saya sedang cemburu bila mereka bercerita mengenai handphone mereka. hohohoho.. Saya mula menggunakan handphone (untuk baling anjing) pada tahun 1999. Seingat saya, jenama Motorola jenis besar kedabak (itu pun selepas ayah saya tidak menggunakan handphone itu lagi, so saya ambil la). Kini entah berapa kali saya bertukar telefon. Yang terakhir saya guna handphone jenis Dopod S380 Pro (sedihnya waktu nak jual phone tu)…uhuhuhu.. Kini saya gunakan phone jenis Nokia 9300i. Saya perlukan handphone yang menyokong GPRS, Wifi untuk membantu saya mencapai internet apabila perlu. Jadi telefon adalah seperti ‘nyawa’ saya. Tanpa telefon saya rasakan macam kehilangan seorang isteri.. huhuhu..

4. Projek saya di internet.
Seawal dahulu saya telah meletakkan risiko untung dan rugi dalam mencari pengalaman di internet. Kadang-kadang orang berfikir kita ini seperti orang gila kerana sanggup masuk ke dalam ‘lubang najis’ semata-mata ingin mencari ilmu. Saya juga seperti anda, akan ada yang datang mencemuh dan ada juga yang datang memuji. Apabila kita belajar dari sesuatu itu, saya ambil faedah yang ada kerana faedah itu ‘mahal’ dan sukar untuk diperolehi. Lihat sahaja, ketika saya menjalankan perniagaan perkhidmatan pemasangan pelamin dan pakej perkahwinan di internet, waktu itu saya melihat tidak ada web perniagaan niche mengenai pemasangan pelamin. Jadi saya memulakan web pelamin.net (perkhidmatan ini kini diuruskan oleh abang dan kakak ipar saya). Hari ini ramai mak andam dan pak andam mula menggunakan medium internet sebagai satu cara untuk meningkatkan jualan. Saya juga menerbitkan ebook dan kini ebook mengenai “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya di Bongkar” juga berjaya dipasarkan sehingga ke Indonesia dan Brunei.

Kini saya dalam proses menerbitkan ebook khusus untuk web pelamin.net (itupun selepas melihat kejayaan shuth menerbitkan buku dan ebook maskahwin yang hilang). Diharap shuth tidak melihat ebook saya ini mengganggu pasaran niche shuth.

5. Apakah pendapatan saya?

Yang ini mungkin ramai yang ingin tahu selain di atas. Untuk pengetahuan anda, saya bukan usahawan internet sepenuh masa seperti Gobala Krishnan atau Liew CF sebaliknya saya menjadikan internet sebagai sumber pendapatan sampingan saya sahaja. Antara sumber pendapatan saya kini ialah google adsense, affiliate program, jualan web ebook, komisyen jualan dari pelamin.net (diulang, kini segala urusan perkhidmatan diambil alih oleh abang saya). Yang terbaru adalah eBay. Saya dah mula rasa syok menjual di eBAY dan mungkin selepas ini di lelong.com.my? Tuah ayam nampak dikaki, tuah saya? Insya-Allah dimurahkan rezeki.

Ok sekarang masa untuk saya memilih lima blogger untuk menceritakan lima perkara pembaca blog anda tidak tahu tentang anda.

1. AbdFatah - pembaca setia blog ini dan paling banyak meninggalkan komen.
2. MardBlueRush - Kawan Siber (blogger Singapore) yang sudah mula menjenguk ke blog saya.
3. ShehNaz - Blogger Comel juga dari Singapore (tak pernah lagi nampak dia turunkan komen di blog saya).
4. Khai SCUK - Dulu saya minat ikuti cara dia mengendalikan forum SCUK. Bagus!
5. Bob JutawanTani - Satu-satunya pengusaha kambing yang memiliki blog menarik! ;)

Tag source: MohdSuhaimy (Shuth) >> Alang Szab Network

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Himpunan Rumpun’07, projek PCMalaya.com dan Sponsor dari Advertlets.com

August 26, 2007

Yea…. akhirnya… akhirnya… saya menjadi orang yang terawal sampai di meja makan Restoran Pelita Nasi Kandar petang semalam meninggalkan jauh Mael yang waktu tu entah kat mana-mana. haha.. “Bas rosak yer mael”

Apa-apapun petang semalam saya tidak berapa sehat dan batuk, jadi saya banyak mendiamkan diri daripada banyak bercakap. Semalam memang WOW! dan WAH!. Ramai yang hadir walaupun saya tidak berapa kenal siapa mereka, apa yang pasti mereka adalah blogger-blogger Melayu dan Malaysia!

Semalam juga dapatlah saya berbual secara 4 mata dengan Josh dan ketahui sedikit sebanyak tentang Advertlets! Terima kasih Advertlets kerana sponsor Mee dan Bihun Goreng serta air sirap bandung! hohohoho.. (bini saya dok mengadu lapar,lapar pasal lewat sangat tunggu makanan)

Dan paling menggembirakan Josh mengakui pernah mengenali blog saya walaupun tidak kenal siapa pemiliknya.. Thanks again Josh!

Kebetulan pun si simon, staff Business Partner terbaru Advertlets satu sekolah dengan wife saya di perak. So, dapat kenal seorang lagi orang kuat dari Advertlets.

Mael, hang macam mana leh lambat? bas rosak yer? Apa-apapun pemberitahuan mengenai web PcMalaya.com kepada bloggers dapat memberi satu khabar berita yang baik sementara menunggu pelancaran secara sah sedikit masa lagi. Tadi saya try nak signup kat PcMalaya.com tapi hang dok disable lagi function dia.. so tak dapatlah jadi orang yang terawal register!

Sebelum maghrib saya dah mula nak cabut, itu pun selepas sesi bergambar dengan bloggers. Opssss.. sempat juga bersalaman dengan blogger yang familiar seperti Bat InfoMalaya dan Ro.botsy

Qoute dari Josh Lim: “Walaupun saya bukan bangsa Melayu, saya menyokong Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia. Statistik di Advertlets menunjukkan Blog Berbahasa Melayu menguasai secara majoriti. Dengan ini saya menyokong penulisan Blog Berbahasa Melayu

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Azan mengelilingi dunia 24jam sehari…

August 25, 2007

Post ini dihantar pada jam 5.45 pagi.

Anda sudah bangun solat subuh? (bagi yang beragama islam) Bagi mengisi hari-hari anda, mari kita luangkan sedikit masa untuk mengikuti bagaimana azan yang dilaungkan setiap hari oleh bilal berkumandang ke udara tanpa henti mengelilingi dunia setiap hari.

*Diharap video ini dapat memberi sedikit gambaran dan maklumat kepada pembaca blog Noorizam Shah dot com*

Kita jumpa pada petang nanti di Rumpun’07!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

10 Mistakes eBay Sellers Make

August 24, 2007

Jom tonton klip dari youtube mengenai 10 kesilapan yang dilakukan oleh eBay sellers.

P.s: Hari ini saya dapat pelanggan dari ebay lagi. :)

http://www.ebay.com.my/viItem?ItemId=330156980360 < item sold!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Blog Pasal Kambing pun jadi..

August 22, 2007

Ingat blog pasal politik dan isu semasa je ke yang boleh tarik perhatian pembaca? Ingat blog pasal keusahawanan dan perniagaan internet sahaja yang boleh membuatkan pembaca berpusu-pusu datang menjenguk? Bukan sahaja blog motivasi, blog pengurusan kewangan malah blog pasal kambing pun popular juga!

Kalau anda semua tak percaya meh korang klik link ini http://jutawantani.wordpress.com/2007/08/13/jangkaan-ketibaan-kambing-boer-pada-23hb-ogos-2006/ semuanya cerita pasal kambing. Hari-hari kambing. hohoho. Menariknya, capaian blog ini dalam google pagerank amat menarik. Ini menandakan carian maklumat di internet mengenai kambing memang banyak. Dan pengunjungnya adalah dari mereka yang berkecimpung dalam bidang perternakan dan pertanian.

Maka wujudlah beberapa blog yang dapat dijejak oleh saya seperti berikut:

1. Melahirkan Jutawantani Malaysia
2. Blog Kambing Boer
3. Blog Kenali Seorang Penternak
4. Jutawan Kambing
5. Kambingku Blogspot
6. dan banyak lagi…

Nampak gayanya penternak dan petani kita dah semakin moden dan maju. Mereka sudah pandai menggunakan internet dan blog sebagai platform mengembangkan jaringan network dan perniagaan mereka. Bagus. Bagus. Bagus.

Jadi siapa kata penternak kambing tidak boleh berblog! :D

Popularity: 35% [?]

Sphere: Related Content

Operasi Menjejak Cerita Panas Bloggers Malaysia

August 21, 2007

 
*Imej dari images.apple.com*

Hari ini saya nak bawa anda ‘berjalan-jalan’ bersama saya singgah di blog rakan-rakan blogger dan menikmati ‘hidangan panas’ yang membangkitkan aroma dan bulu roma masing-masing.  Adakah anda sudah bersiap sedia untuk membuka tetingkap menyaksikan kisah-kisah menarik ini? Kalau dah sedia, jom kita…

Blog pertama yang kita singgah hari ini adalah blog Khai dari SCUK. Khai menceritakan mengenai kisah di negara Jepun sebuah negara termaju di Asia dan mungkin juga di dunia. Jika anda biasa menonton rancangan Fear Factor di saluran Astro 17 anda akan menyaksikan gelagat-gelagat peserta yang menyahut cabaran untuk memenangi wang berjumlah USD10,000.

Lain pula di Jepun, anda akan menyaksikan sesuatu yang diluar norma akal fikiran apabila anda klik pada link http://www.khai.scukz.com/2007/08/20/japan-fear-factor-prize-1-billion-yen/ 

Blog kedua, jom kita terjah ke blog MohdIsmail. Hari ini Mail Mael minta pendapat anda mengenai soalan seorang gadis yang inginkan kepastikan hidup di kota besar dengan berbekalkan RM1,000.00 sebulan. Jika anda tak keberatan bolehlah berikan pandangan anda. Dan.. Mael tersentak sedikit apabila membaca tajuk akhbar “Penulis Blog Pengecut”…

Blog ketiga….    Selanjutnya

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »