China perkenal polis internet

August 30, 2007

Wohooo.. best la kalau Malaysia pun buat macam negara China. Cuba anda bayangkan, semasa anda sedang best-best melayan internet, anda didatangi oleh pegawai polis ‘maya’ dan memberikan anda peringatan mengenai peraturan keselamatan internet.

“Anda Ditegah Melayari Laman web Mykakis dan Rumah Tumpangan Sabul”

Jadi jangan sesekali mengidamkan nasi lembik dan ikan kering dalam lokap jika anda tidak ingin dicekup. haha. Kepada semua admin dan pengendali blog dan laman web yang berunsur menghairah, memberahi dan menggalakkan perkara tahyul, judi dan pemalsuan, berhati-hatilah anda dalam pemantauan pegawai polis ‘maya’ ini.

Tapi semua tu berlaku kat negara China sahaja, di Malaysia belum lagi kot.. hohoho (bila nak buat macam tu?).

Di China, mereka akan memantau 13 portal berita utama dan semua halaman web serta forum online berpejabat di Beijing bermula Sabtu ini (1 September 2007 la tu…)

Bagaimana rupa polis tu? Pegawai polis maya itu adalah imej seorang lelaki dan seorang wanita yang muncul sama ada menaiki motosikal, berkereta atau berjalan kaki di bahagian bawah skrin pengguna komputer setiap 30 minit.

Bagaimana undang-undang itu dikuatkuasakan, itu saya tak pasti sebab dalam keratan akhbar bharian.com.my tak pula terangkan macam mana. Tetapi ia melaporkan, berkata pengguna boleh menekan ikon untuk disambungkan ke pusat pemantauan internet yang melaporkan semua aktiviti mereka.

Pada pendapat anda, semua ini boleh dipantau ker?

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “China perkenal polis internet”

  1. abdfatah on August 30th, 2007 4:57 pm

    helooo suedara… cari apo haa? mau cari cikgu suraya ke? cikgu suraya tak ada kat sini laaa. cikgu suraya telah dijaga oleh polis siber maya maaaaa….

    cara gelap skrin yang lagi bagus. tetiba je gelap tak nampak apo2… wuahahahahaaaa…

    nasib badan laaa…

  2. Noorizam Shah on August 30th, 2007 7:39 pm

    hahaha.. yang pasti keyword ini akan terus tag blog noorizam shah dot com.. hehehe

  3. reezluv on August 30th, 2007 9:17 pm

    erm..bagus..tapi taktau la bagaimana securenya internet kat negara kita ni..cuma bila ramai yang dah terkena baru la kerajaan nak amek peduli semua tu..ni takleh, itu takleh..:)

    cam yang lecturer aku pernah cakap..nape Malaysia tak block terus laman-laman XXX tu..bukan boleh buat ke?semua tu takleh wat coz Malaysia masih lagi diikat..cost nak jadikan ianya realiti ade..tapi sen Malaysia still banyak ke tempat lain lagi..so yang boleh dibuat skang ni..just filter je..takleh block..yela ..Singapore berkuasa penuh jalur internet di bahagian rantau ni..so..pepaham le kan?hehee

  4. Noorizam Shah on August 31st, 2007 2:27 pm

    alasan mereka ini mudah sahaja. website server tu bukan kat Malaysia.. so tak leh nak block atau tutup.. sukar katanya..

  5. reezluv on August 31st, 2007 9:15 pm

    sebenarnya bukan pasal tu..hehe..tak rasa pelik?kenapa leh blok web Swisscash seta manyak lagi scam internet yang lain?erm..perkara ni dah lama sampai saya pun dah lupa..ade kena mengena ngan penubuhan Cyberjaya..MSC..

Got something to say?