Belajar Memahami dan Bertindak Seperti Dia (Mereka Yang Bergelar Jutawan)

August 29, 2007

 

Semalam saya ambil sedikit masa menyemak kotak email. Saya mengambil masa hampir 2 jam mengklik, buka, baca dan simpan. Jika ada emel ’sampah’ saya buang dalam tong yang sentiasa dibersihkan. Dalam banyak-banyak emel saya tertarik dengan satu kandungan yang saya rasa penuh maklumat untuk dikongsi bersama. Ia pasti amat sesuai bagi diri saya kerana saya sentiasa inginkan kejayaan dan kecemerlangan dari segi kewangan.

Dari apa yang saya baca, maklumat dalam emel itu merujuk kepada seorang penulis buku terlaris “The Millionairs Mind” iaitu Dr. Thomas J Stanley. Kepada pengirim emel ini memilih penulis buku ini adalah kerana penulis telah membuat penyelidikan atas beratus-ratus jutawan untuk memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kewangan.

Sebentar…

Saya tahu ramai antara kita berasa cemburu dengan kejayaan orang lain lagi-lagi mereka yang bertaraf jutawan. Impian sentiasa tersemat dalam minda. Inginkan hidup senang dan bebas kewangan. Jadi, saya rasa elok kandungan emel ini dikongsi bersama dengan anda. Setidak-tidaknya kita berfikir seperti minda seorang jutawan. ;)

Berlaku jujurlah dengan semua orang

Menurut kajian Dr Stanley, sifat jujur merupakan faktor utama dalam mencapai kecemerlangan dalam kewangan. Kejujuran merupakan prinsip yang dipegang oleh setiap jutawan yang ditemuramah oleh Dr Stanley.

Berdisipilin

Faktor ke-dua adalah mempunyai disiplin yang tinggi. Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah tentu mempunyai pengorbanan yang setimpal. Disiplin diperlukan dalam pengorbanan tidak kira dari segi pengorbanan wang, masa dan juga tenaga dalam mencapai cita-cita.

Mesra dengan semua orang

Dr Stanley mendapati faktor ketiga adalah jutawan-jutawan ini mudah didampingi dan mesra dengan semua orang. Mereka adalah dari golongan yang mudah bergaul dengan berbagai-bagai pihak. Kebolehan ini merupakan kekuatan komunikasi seseorang dengan orang disekeliling. Kebolehan berkomunikasi adalah penting oleh kerana ianya dikatakan 85% kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka yang berada disekeliling kita.

Mempunyai teman hidup yang memahami

Ya, isteri atau suami yang memahami adalah antara faktor penting mencapai kecemerlangan kewangan! Teman hidup seseorang bakal jutawan perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai cita-cita yang tinggi. Pepatah Inggeris berbunyi “Behind every successful men, there’s a women” - Begitu juga sebaliknya bagi golongan wanita yang berjaya!

Bekerja lebih masa dari orang lain

Secara purata, kebanyakan daripada kita bekerja 45-50 jam satu minggu. Mereka yang Berjaya dalam kewangan meluangkan lebih masa untuk kerja dan karier mereka. Kebanyakannya bekerja lebih dari 70 jam setiap minggu sehingga 90 jam setiap minggu. Ini jelas menunjukkan bahawa jutawan-jutawan ini kerja dua kali ganda lebih daripada orang biasa.

Mencintai kerja dan karier mereka

Bukan lagi rahsia bahawa dalam mencapai kejayaan kewangan, seseorang itu perlu ghairah dengan apa kerja atau karier mereka. Billionaire muda Michael Dell, pengasas Dell Computers sememangnya minat dengan kompter sejak dibangku sekolah lagi. Ketika itu, beliau membina dan memasang komputer dan memberikanya secara percuma kepada rakan-rakan. Minat dan keghairahan beliau terhadap komputer telah dibawanya menjadi perniagaan yang disegani sehingga
kini.

Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat

Kebanyakan daripada mereka yang mencapai status jutawan memiliki perniagaan sendiri. Dalam memiliki perniagaan, sudah tentu perlu mengendalikan pekerja-pekerja. Kebolehan pimpinan diperlukan dalam mendeligasi segala kerja syarikat kepada pekerja-pekerja.

Mempunyai daya saing yang tinggi

Jutawan terdiri daripada mereka yang mempunyai daya saingan yang tinggi. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan dan keinginan bersaing dalam pelbagai bidang- dan kebanyakannya, mereka ingin menang!

Teratur dan terurus

Sering kali topik pengurusan masa dan pengurusan diri tidak akan lari apabila berbincang tentang kejayaan. Salah satu faktor utama kecemerlangan kewangan adalah untuk menjadi seorang yang teratur dan terurus. Sememangnya, setiap insan di dunia hanya mempunyai 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun mengendalikan hidup mereka sehari. Kita semua mempunyai masa yang sama. Mereka yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masa, hari, bulan dan tahun yang diberikan sebaik mungkin.

Kebolehan menjual idea atau produk sendiri

9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kebolehan menjualidea atau produk adalah kebolehan utama dalam menjayakan sesuatuperniagaan.

Penyelidikan atas jutawan-jutawan dapat memberi gambaran yang lebih jelas minda seseorang jutawan. Untuk menjadi jutawan, anda tidak perlu mencipta kaedah atau teknik baru. Pelajari dan lakukan sahaja apa yang dilakukan oleh jutawan-jutawan lain!

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Belajar Memahami dan Bertindak Seperti Dia (Mereka Yang Bergelar Jutawan)”

  1. abdfatah on August 29th, 2007 3:42 pm

    yeaa… meniru dan mengikuti jejak langkah mereka yang telah brjaya dan bukan sekadar mencipta kejayaan yang tersendiri… orang kata kalo tak ikut nasihat orang yang berjaya, macam mana nak jadi jutawan???

    sebut nak jadi jutawan memang mudah dan boleh! namun pelaksanaan ke arah sana itu memerlukan banyak pengorbanan bukan kepalang… seriusnya tak semua orang boleh berjaya dalam sekelip mata.

    mereka yang berjaya dapat income banyak2 dalam tempoh 24 jam sekalipun bukan senang2 nak dapat. tak gitu encik nizam?

  2. Zul on August 30th, 2007 8:54 am

    Buku ni memang best. Kalau belum beli lagi, saya cadangkan dapatkan secepat mungkin kerana anda tak akan puas menyelak helaian buku tersebut dan akan baca berulang ulang kali.

    Buku saya dah tukar kaler dari kuning jadi coklat, mungkin sebab kesan pengoksidaan. Ek eleh cam buah epal plak.

  3. Noorizam Shah on August 30th, 2007 9:01 am

    makin lama buku tu makin berharga tu..tak caya simpan dan jual kat ebay.. :D

  4. adila on August 30th, 2007 10:13 am

    tak pernah baca buku tu…tapi dapat rasakan kehebatan buku tu dari komen zul dan noorizam sendiri…

    memang seronok menyaksikan dan mendengar kejayaan orang lain…terfikir pulak bila la turn diri sendiri….dan segalanya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit…

  5. titan on August 30th, 2007 10:48 am

    Ehm. Jutawan pun tiru jutawan lain gak. So, pendek kata. Kena mengasah bakat meniru dan menciplak dengan cara yang berkesan..

  6. Noorizam Shah on August 30th, 2007 4:19 pm

    nanti akan tiba juga turn kita.. berusahalah! ;)

  7. Noorizam Shah on August 30th, 2007 4:20 pm

    ambil yang baik tu adalah satu perkara yang amat positif untuk dicontohi. betul tak?

    Tapi boleh tak ambil yang buruk? haaa.. ada pandangan?

  8. nurdina on September 13th, 2007 3:34 pm

    secara jujurnya, awak ni mmg seorang yg bekerja keras utk mencapai setiap peluang di depan mata.tapi awak jgn lupa sesuatu yg tidak nampak tetapi akan lahir dalam hati.cara awak menterjemah setiap bait daripada penulis seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.mungkin awak terlupa nak selitkan sambil kita kutip hasil dunia jgn lupa mencari akhirat.wallahua’lam

Got something to say?