Tahukah Anda?
August 27, 2007
Kronologi TAG:
Untuk menjadikan tag ini sebuah viral.. orang2 yang menyahut tag ini perlulah meletakkan link asal-usul tag ini bermula.. sebagai contoh..
saifulsham menyahut tag ini.. dan kemudiannya mentag norizam.. maka, norizam perlulah meletakkan sumber tag berikut :-
Ianya dimulakan oleh founder forum WangCyber.com dan kemudian diteruskan oleh Alang.
Comment by Noorizam Shah
2007-08-26 16:15:27
ohhhh.. saya di tag oleh alang… ok next topik saya sahut tag nih.. hohohoReply to this comment
Comment by alang
2007-08-26 20:06:50
you antara nama pertama yg saya terlintas utk ditag. Lagipun shuth sendiri dah bagi contoh nama you kat blog dia
Jadi sebagai menyahut cabaran TAG ini saya perlu menulis 5 perkara yang anda tidak tahu mengenai diri saya / perniagaan internet / laman web saya.
1. Domain Pertama
Saya mula memiliki domain dan hosting berbayar pada tahun 2005. Ketika itu saya tidak pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan internet. Apa yang saya tahu adalah melayari laman web, mencari maklumat untuk mengisi masa ‘terbuang’ dan ‘memasang angan-angan sahaja. Domain pelamin.net adalah domain yang pertama saya miliki. Itu pun selepas melihat abang saya mula berkecimpung dalam dunia photo shot dan bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan perkahwinan. Kini pelamin.net terus bertahan dan menjadi antara laman web perkahwinan yang popular. Kenapa saya kata popular? Ya, kebanyakkan pelanggan kami datang dari laman web pelamin.net.
2. Saya suka menulis
Ya! Saya suka sangat menulis. Itulah salah satu hobi saya waktu kanak-kanak dahulu selain membaca dan melukis. Masa zaman kanak-kanak melukis itu adalah hobi nombor satu tetapi kini menulis adalah perkara pertama yang saya suka diikuti membaca. Saya mula menulis di blog pada tahun 2004 lagi. Waktu itu saya memilih platform blog percuma seperti blogdrive, 360 yahoo, myspace, blogspot dan akhirnya kerana inginkan sesuatu yang akan terus diingati, saya memilih nama sendiri sebagai domain. Nah! anda lihat sendiri blog Noorizam Shah dot com terus diikuti oleh pembaca setianya!
3. Handphone saya
Shuth dan Alang ada cerita pasal handphone. Ya! saya sedang cemburu bila mereka bercerita mengenai handphone mereka. hohohoho.. Saya mula menggunakan handphone (untuk baling anjing) pada tahun 1999. Seingat saya, jenama Motorola jenis besar kedabak (itu pun selepas ayah saya tidak menggunakan handphone itu lagi, so saya ambil la). Kini entah berapa kali saya bertukar telefon. Yang terakhir saya guna handphone jenis Dopod S380 Pro (sedihnya waktu nak jual phone tu)…uhuhuhu.. Kini saya gunakan phone jenis Nokia 9300i. Saya perlukan handphone yang menyokong GPRS, Wifi untuk membantu saya mencapai internet apabila perlu. Jadi telefon adalah seperti ‘nyawa’ saya. Tanpa telefon saya rasakan macam kehilangan seorang isteri.. huhuhu..
4. Projek saya di internet.
Seawal dahulu saya telah meletakkan risiko untung dan rugi dalam mencari pengalaman di internet. Kadang-kadang orang berfikir kita ini seperti orang gila kerana sanggup masuk ke dalam ‘lubang najis’ semata-mata ingin mencari ilmu. Saya juga seperti anda, akan ada yang datang mencemuh dan ada juga yang datang memuji. Apabila kita belajar dari sesuatu itu, saya ambil faedah yang ada kerana faedah itu ‘mahal’ dan sukar untuk diperolehi. Lihat sahaja, ketika saya menjalankan perniagaan perkhidmatan pemasangan pelamin dan pakej perkahwinan di internet, waktu itu saya melihat tidak ada web perniagaan niche mengenai pemasangan pelamin. Jadi saya memulakan web pelamin.net (perkhidmatan ini kini diuruskan oleh abang dan kakak ipar saya). Hari ini ramai mak andam dan pak andam mula menggunakan medium internet sebagai satu cara untuk meningkatkan jualan. Saya juga menerbitkan ebook dan kini ebook mengenai “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya di Bongkar” juga berjaya dipasarkan sehingga ke Indonesia dan Brunei.
Kini saya dalam proses menerbitkan ebook khusus untuk web pelamin.net (itupun selepas melihat kejayaan shuth menerbitkan buku dan ebook maskahwin yang hilang). Diharap shuth tidak melihat ebook saya ini mengganggu pasaran niche shuth.
5. Apakah pendapatan saya?
Yang ini mungkin ramai yang ingin tahu selain di atas. Untuk pengetahuan anda, saya bukan usahawan internet sepenuh masa seperti Gobala Krishnan atau Liew CF sebaliknya saya menjadikan internet sebagai sumber pendapatan sampingan saya sahaja. Antara sumber pendapatan saya kini ialah google adsense, affiliate program, jualan web ebook, komisyen jualan dari pelamin.net (diulang, kini segala urusan perkhidmatan diambil alih oleh abang saya). Yang terbaru adalah eBay. Saya dah mula rasa syok menjual di eBAY dan mungkin selepas ini di lelong.com.my? Tuah ayam nampak dikaki, tuah saya? Insya-Allah dimurahkan rezeki.
Ok sekarang masa untuk saya memilih lima blogger untuk menceritakan lima perkara pembaca blog anda tidak tahu tentang anda.
1. AbdFatah - pembaca setia blog ini dan paling banyak meninggalkan komen.
2. MardBlueRush - Kawan Siber (blogger Singapore) yang sudah mula menjenguk ke blog saya.
3. ShehNaz - Blogger Comel juga dari Singapore (tak pernah lagi nampak dia turunkan komen di blog saya).
4. Khai SCUK - Dulu saya minat ikuti cara dia mengendalikan forum SCUK. Bagus!
5. Bob JutawanTani - Satu-satunya pengusaha kambing yang memiliki blog menarik!
Tag source: MohdSuhaimy (Shuth) >> Alang Szab Network
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
11 Responses to “Tahukah Anda?”
Got something to say?





















































wah… kena tag lagi. perlukah saya menjawab tag ini lantaran tag kad virtual memori di sini masih belum berjawab… eh tag kad bisness maya… wuahahahaha…
kena jawab tu.. ini tag nak tau pasal diri hang.. hehehe
erm..sedikit pasal diri saya plak pasal domain tu..hehe
domain saya ni baru je.Setahun jagung lagi.hehee..
ho! ho!.. tak aci.. tak aci.. norizam ngelat.. tag source tu sepatutnya sebegini..
Tag Source : Mohdsuhaimy.com > Alang Szab Network.
ahak!.
oooo.. ok ok.. saya alter semula.. hehehe
[…] Tahukah Anda? » This Summary is from an article posted at Mengangkat Penulisan Blog Bebas di Malaysia - Noorizam […]
[…] Dari itu saya mulakannya TAG dari blog noorizamshah yang telah ditag oleh alang dengan gaya yang cukup sempoi. […]
alamak biar betul nih saya kena tag?!!
hahahaha ;p ada due date ke benda alah nih?lol
yup… ada due date.. sebelum hari merdeka 31hb ogos 2007 - hari ulangtahun kemerdekaan 50 Malaysia
aku nak kawin gak….buleh tulung tak
hakim.. nak kahwin? klik sini