Memberi Kebahagiaan Kepada Orang Lain…

August 20, 2007

 
* Kredit to http://www.loucee.com/ *

1 minggu, masa yang begitu singkat, menghitung hari untuk countdown rumpun’07. Hari yang dinantikan terlalu menyesakkan lagi-lagi dah mula punggah barang sedikit demi sedikit ke rumah baru. Nama dah confirm, minta-minta tak adalah aral lintangan yang menghalang hari menjejakkan kaki ke rumpun’07 nanti.

Sambil-sambil punggah barang, kepala otak masih lagi rancak ‘bekerja’ memikirkan peluang-peluang buat duit. Walaupun masa amat membataskan saya untuk memulakan ‘projek-projek’ lama yang tergendala beroperasi kembali. Saya akan cuba memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan.

Semalam memang hari yang sibuk. Saya ambil peluang hari hujung minggu ini membaca mak, ayah, adik dan isteri tersayang pergi shopping sakan di Maiden USJ. Saya hulurkan sedikit wang kepada mak ayah untuk belanja mereka. Nampak terukir senyuman diwajah mereka dan sememangnya ia menggembirakan hati saya kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersama seperti ini. Dan entah bila lagi hari-hari bahagia ini akan berulang lagi.

Bila sebut pasal Maiden USJ ni, jika anda bukan penduduk di sekitar Subang Jaya, Puchong, USJ, Shah Alam mungkin akan terpikir-pikir kenapa pula saya bershopping di Maiden? ;)

Kalau di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kuala Lumpur pasti anda terfikirkan pasaraya Maiden adalah seperti biasa-biasa sahaja. Tidak banyak keperluan kecuali untuk dapatkan harga borong yang murah boleh la ke Maiden.

Tapi di USJ ini lain sedikit. Satu-satunya Maiden yang berwajahkan Shopping Complex. Lengkap dari barangan keperluan hujung rambut sampai ke hujung kaki. Pakaiannya memang bermutu, harga amat berpatutan dan sebab itulah kenapa Maiden USJ menjadi tumpuan warga kota membeli belah di sana. (Nampak gaya Maiden kena kasi kredit kat saya sebab promote free.. hahaha)

Kami habiskan masa hampir 2 jam di sana dan selesai bershopping, saya bawa keluarga saya menjenguk rumah baru kami. Saya sukakan persekitaran rumah baru ini. Orang Cina kata rumah nih ada Fung Shui. Wallahualam. Yang penting isteri saya suka, keluarga saya pun suka. Memberikan kebahagiaan kepada keluarga itu penting dan pahala bagi mereka yang membahagiakan orang lain.

Bagi mereka yang ingin menyahut cabaran RM5, RM10, RM30, RM60, RM100 melalui penggunaan telefon sila klik sini!

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = == = = = = = = = = = = = = =
P.s: Seronok membaca blog saya? Apakata anda subscribe blog ini hari ini. Klik sini.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = == = = = = = = = = = = = = =

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Memberi Kebahagiaan Kepada Orang Lain…”

  1. reezluv on August 20th, 2007 3:43 pm

    wa..tahniah la rumah baru ye?:)

  2. Noorizam Shah on August 20th, 2007 10:47 pm

    sama2 reezluv

  3. Amir on August 21st, 2007 2:38 am

    Wah..dah berpindah ke rumah baru yer..tahniah lah, nak join rumpun’07 jauh sangat..

  4. abdfatah on August 21st, 2007 7:27 am

    waaaaaaaaaa…. rumah baru? tahniah.. banyak jugak nak kena pindahkan barangan rumah yer? tak ikut cara “jutawan dari planet jupiter ke?”

    ohooooo…. cabaran telefon bimbit? kena beli hp dulu laa nampaknya.. takper laa ada peluang nanti bersahutlah cabarannya itu…

  5. Noorizam Shah on August 21st, 2007 11:40 am

    azizi ali dah banyak property.. saya lum tahap tu lagi.. hehehe.. slow-slow.. insya-Allah, kalau ada rezeki nak juga jadi macam Azizi Ali.. ada banyak investment dalam hartanah.. :)

Got something to say?