Pindah Rumah Baru dan Buat Duit dengan Ebay
August 19, 2007
Maaf kerana tidak menulis topik semalam. Semalam dan hari ini saya sibuk sedikit dengan urusan pindah rumah. Ya, bermula bulan depan saya akan berpindah ke rumah baru di Subang Jaya, Selangor. So, agak sedikit sibuk mengemas barang-barang di rumah lama untuk di bawa ke rumah baru.
Selepas 3 bulan kahwin, saya melangkah setapak lagi untuk menaikan taraf ekonomi keluarga saya. Jadi langkah untuk berhijrah ke Subang Jaya dirasakan bertepatan untuk mencari peluang membesarkan sumber pendapatan. Bisnes internet masih lagi penting bagi saya. Kini saya mula berjinak-jinak dengan di ebay ( http://www.ebay.com.my/viItem?ItemId=330156735064 ) untuk menambah pendapatan sampingan saya.
Mengenai di ebay, saya memiliki akaun di sana pada tahun 2006 tetapi tidak berapa aktif kerana saya tidak berapa mahir menggunakan auction, membida, menjual pada masa terbaik dan sebagainya. Sekarang saya mula belajar kembali bagaimana menggunakan dan mencari peluang-peluang terbaik untuk menjual produk-produk saya.
Jikalau ada sahabat blogger atau bukan blogger disini yang berpengalaman dalam jual beli di ebay, dapatlah kiranya berkongsi sedikit sebanyak ilmu untuk menjana pendapatan yang pertama di sana.
Mungkin sdr. Shahraduan boleh membantu kot?
P.s: Sori lah yer kalau seminggu dua nih agak sibuk dengan rumah baru sehinggakan nak tulis kat blog pun tak sempat. Dapat respons komen jer la .
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Pindah Rumah Baru dan Buat Duit dengan Ebay”
Got something to say?






















































Syabas bro pindah rumah baharu.Teringat masa mula2 khwin saya menyewa dekat USJ12 berdekatan dengan rumah bekas ketua polis negara Tun haniff Omar.
Pasal ebay tu, teman pun ada bukak akaun pada tahun lepas dan pernah sekali membuat jualan dan selepas itu dah tak aktif hingga sekarang
Harap2 ada yg pakar boleh membuat komen di sini.sekurang2nya dapat jugak teman belajo..hehehe
hari ini saya menang bidding kat ebay.
http://www.ebay.com.my/viItem?ItemId=320147252282
dapatlah VCD dengan harga RM1.25
dulu masa memula nak mencari bisnes ape memang agak buta..semua nak join dan taktau mana satu nak concentrate..sampai la saya jumpa forum WC..terus lekat dan dapat la guide dari otai-otai kat sane..
memang ade gak akaun ebay ni..tapi tak gunakan pun lagi..nak bid pun belum pernah..heehe..
bagus ebay nie..konsep sama je mcm lelong..ade barang yg benar2 murah dan ada juga yg benar2 mahal..oleh itu..bebelanjalah dgn bijak
memang bagus..tapi kalau tak confident nak antar barang ke oversea rasanya baik jangan dulu..yang leceh tu ar…manyak rules..setiap country lain2..
Hi Noorizam,
Kagum dengan saudara menjalankan bisnes dalam ebay. Jika hendak tahu pasal info/tip berkenaan ebay.com feel free visit http://www.superbmoneymachine.com/ebay
Mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat dan info berkenaan ebay.com
Saya juga masih banyak perlu belajar berkenaan ebay ini.