Gelaran Datuk Anugerah Dari Wilayah Persekutuan

August 16, 2007

Khabar berita hari ini mengenai ura-ura Wilayah Persekutuan (merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dijangka memperkenalkan darjah kebesaran kepada individu tertentu yang berjasa.

Jikalau hari ulangtahun keputeraan Sultan, Yang Di Pertuan Besar, Yang Terutama dan Raja sering mengurniakan darjah kebesaran ini, Wilayah Persekutuan juga mahu memberikan penghargaan ini sempena perayaan Hari Wilayah setiap tahun.

Nampaknya makin ramailah yang akan bergelar Datuk dan Datuk Seri yer? Jika kabinet beri lampu hijau dan dapat pula perkenan dari Yang DiPertuan Agong maka dapatlah anda yang berjaya dapat anugerah pakai gelaran dari Wilayah Persekutuan. hhehehe.. kita tunggu jer la 1hb February tahun depan saya yang dapat. Adakah Khai dari SCUKZ? ;)

P.s: Anda juga boleh menghantar nama rakan-rakan yang layak untuk dicalonkan dalam senarai nama penerima anugerah tu. Rujuk dengan Pejabat Menteri negeri masing-masing.

Cerita pula pasal bendera Malaysia ni, saya rasa sedikit terkilan dan sedih dengan sikap beberapa orang dikalangan kita tidak mengambil berat dengan nilai maruah yang ada pada bendera Malaysia. Kita memang digalakkan mengibarkan bendera dan memang kita bangga kalau kita pergi ke mana-mana dalam negara Malaysia ini, bendera Jalur Gemilang ini pasti ada berkibar megah samada diatas bumbung kereta, tiang bendera jabatan kerajaan, terselit ditingkat kedai makan, tergantung ditiang lampu atau dipakai oleh mereka yang bersemangat meraikan ulang tahun kemerdekaan.

Dari ini, kita bukan sahaja melihat lakaran jalur gemilang diatas kain untuk dikibarkan, sebaliknya banyak produk bermotifkan bendera Malaysia dikeluarkan bermula dengan pakaian, diikuti dengan songkok, topi, bekas minuman, pintu kereta dan sebagainya. Apa yang membuatkan saya berasa kecewa dan terkilan adalah sikap mereka yang tengah ’syok’ kemudian tanpa sedar mereka telah membiarkan maruah bendera Malaysia dipijak, digilis, dilanggar, dibakar dan sebagainya.

Kalau anda berada dijalanraya pasti anda akan terjumpa bendera-bendera kecil bersepah di tepi-tepi jalan, bekas minuman yang berlambangkan bendera Malaysia  bertaburan di atas padang. Sebagai rakyat Malaysia adakah kita menghargai Jalur Gemilang kita. Bayangkan jika Jalur Gemilang anda dibakar diluar negara orang mereka yang memprotes Malaysia? Apa perasaan anda?

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Gelaran Datuk Anugerah Dari Wilayah Persekutuan”

  1. abdfatah on August 16th, 2007 1:30 pm

    hohoo… dapat anugerah? anugerah gilang gemilang…

    saya pun nak mendaftarkan diri saya jugaklah untuk bergelar datuk panglima blog de siber raya. heh..? apokehel nak mendaftarkan diri sendiri…

    huhu… berapa banyak bendera malaysia atau lebih dikenali jalur gemilang menjadi mangsa sedemikian rupa…?

    setiap kali nak sambut merdeka, itulah cerita yang akan kita dengar… berterusan setiap tahun… adesh.

    bendera malaysia oh jalur gemilang…

  2. reezluv on August 16th, 2007 5:47 pm

    pernah nampak bendera Malaysia yang dah diletakkan di atas bangunan dibiarkan bertahun-tahun.Sampai ade pihak berkuasa tegur baru la depa nak tukar..lau tak..sampai hancur bendera tu pun tak nak tukar

  3. pakdi on August 17th, 2007 11:57 am

    err.. datuk WP?

  4. Noorizam Shah on August 17th, 2007 12:16 pm

    tak nampak janggal ke nanti pakai anugerah tu?

  5. Noorizam Shah on August 17th, 2007 12:16 pm

    itu pun salah satu perkara yang perlu diambil perhatian juga.

  6. Noorizam Shah on August 17th, 2007 12:17 pm

    best kan ada datuk WP? ;)

  7. khai on August 18th, 2007 2:59 am

    eh, nape sayee?? hehehehe….
    datuk WP?
    Datuk Wilayah Perseketuan tak mahu lar… tapi kalau datuk wordpress, saye nakk!! hahahhaa…

    pstt: kenapa kene tunggu 1feb yer?

  8. Noorizam Shah on August 19th, 2007 12:02 am

    datuk wordpress ke khai? hehehe… best gak tu..

    p.s: sori sebuk sket dengan ebay!

Got something to say?