Nahas Terburuk Bas Super Express - 20 Maut - 8 Parah
August 14, 2007

*Gambar dari web utusan.com.my*
Pasti ramai yang terkejut dengan berita ini. Selepas berita di media massa mengenai nahas udara helikopter Nuri, hari ini kita dipaparkan satu lagi kisah mengenai kemalangan. Seperti biasa, jalanraya adalah medan maut yang saban hari meragut banyak nyawa.
Dari kisah pejalan kaki maut dilanggar lori, mat rempit maut selepas beraksi lagak ngeri ala ’superman’, hari ini penumpang bas express maut selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan.
Ya! Kemalangan ini telah meragut nyawa seramai 20 orang (sebuah bas boleh memuatkan maksima 44 orang) manakala 8 orang lagi parah selepas bas express yang berusia 20 tahun itu (sama pula angka dengan yang maut) terhumban ke dalam parit sedalam 5 meter.
Apa yang dinyatakan dalam sebuah akhbar tempatan, kemalangan ini berlaku di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang. Saya rasa inilah nahas jalan raya terburuk untuk tahun ini kerana 19 orang mangsa semua mati ditempat kejadian termasuk pemandu basnya.
Info: Pemandu bas ini dikesan memmpunyai 15 saman termasuk 2 waran tangkap.
Lebih memburukkan keadaan, bas Super Express itu digunakan sejak tahun 1987 ini bermakna sudah 20 tahun beroperasi di jalan raya. Dah la bas ini tahap lama, lepas tu gagal pula dalam pemeriksaan Puspakom sebanyak 4 kali. Aduiii… Macam mana syarikat bas ini boleh membenarkan kenderaan seperti ini digunakan? Seeloknya pihak berkuasa hentikan saja semua operasi bas di syarikat berkenaan.
- - - - - - - - - - - - - — -
Senarai mangsa yang maut;
Penumpang yang maut ialah H. Abu Bakar dan isterinya, Sri Asiah, 32, dari Medan Timur, Indonesia; Krishnan a/l Thirumalai, 46, dari Kuala Ketil, Kedah; Sundram Prya Sam, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah); Fadliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka); Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka).
Mangsa lain Nazri Noordin, 35, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Pang Tee Min, 58, (Jalan Ong Kim Wee, Melaka); Mohd. Yazid Md. Yusoh, 23, (Jasin, Melaka); Md. Basri (Merlimau, Melaka), Kamis Said, 62, dan isterinya, Zaiton Majid, 56, (Masjid Tanah, Melaka).
Turut terkorban ialah Nursaarul Miza Khairi, 27, (Sungai Petani, Kedah); Siti Sophiya Ismail, 23, (Alor Setar, Kedah); Teoh Kee Song, 34, dan isterinya, Cheng Chun Joo dari Padang Temusu, Kedah serta Zuliyani Buang, 25, dari Tanjong Keling, Melaka.
Mangsa yang meninggal dunia di HT petang ini ialah seorang penumpang, Shahril Afendi, 22, dari Alor Star, Kedah.
Senarai mereka yang cedera parah
Lapan penumpang yang parah ialah pemandu kedua, P. Veeraman, 36, dari Sepang, Selangor, dua warga Vietnam yang bekerja di kilang Eastern Asia Industry Sdn. Bhd. di Pulau Pinang iaitu Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.
Turut parah ialah Mohd. Fauzi Hassan, 27, dari Sabah, Zurina Rashid, 23, (Kuala Kedah, Kedah); Mohd. Zahidi Che Ahmad, 22, (Kelawang, Langkawi); Siew Ken Meng, 21, dari Melaka dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya.
Seorang lagi penumpang, Chatrapati Eyam, 24, iaitu warga Nepal pekerja kilang perabot di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan hanya menerima rawatan pesakit luar.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Apa respond anda mengenai berita ini?
Popularity: 18% [?]
Sphere: Related ContentComments
18 Responses to “Nahas Terburuk Bas Super Express - 20 Maut - 8 Parah”
Got something to say?





















































erm..nie yg takmau naik bas sembarangan nie..tp tula kadanga2 last minit tiket takde..naik jela apa yg ada..
Saya ada membaca juga berita tentang kemalangan ni pat akhbar Harian Metro.Takziah utk keluarga2 mangsa.
saya rasa kemalangan2 sebegini boleh dielakkan.Syarikat bas tuh sepatutnya lebih bertanggungjawab utk memastikan tahap keselamatan sesebuah kenderaan yg dinaiki penumpang.Jangan hanya fikirkan nak mendapat keuntungan sahaja.
Bila terkena tragedi seperti nih barulah nak “buka mata”.Kan rugi namanya tuh,reputasi syarikar bas tuh pasti jatuh.Nasi pon dah menjadi bubur….
dah rasa takut nak naik bas rasanya..masa tgk berita kat TV3 semalam,terkejut tgk nama salah seorang yang mungkin salah seorang kawan masa sekolah dulu
takziah buat keluarga mangsa nahas.
harap semua syarikat bas ambil ikhtibar dengan tragedi seperti ini. mereka perlu lebih bertanggungjawab.
semalam lalu di highway kesas, masih ada lagi bas yang speed over limit.!
kita boleh naik, kemalangan nih tak berbau.. doakan selamat perjalanan pergi dan pulang.
pemandu bas..ehem..susah ar nak cakap..ade yang race masa kat highway..
according to some reliable sources, the driver only slept 3 hours before going for that trip. before that 16 hours non stop working. the reason is nak kejar banyak trip so that will get more income. The tyre break mark on the road are 5.5 meter sahaja before dia terhumban kebawah. this shows that the driver tak sedar until the last minutes before the accident.Tayar pun botak, first help group to arrive is 20 minutes after the crash.said that they cannot do anything, just taking out bodies and those who are still moving. unofficial release said that there are a substance abuse in the driver blood!!! Whats inside? Just wait for the news ya. by the way the bus fail 5 times puspakom test. the 6th pass slightly above the avarage mark 56. passing mark in above 50
pemandu tu ingt sket nyawa penumpang di tngan anda..
sy rse sedih bgi pihak kawn sy yg ilang abg yer dlm xcdent nie.
selepas je berlaku kes tu, makin banyak plak kes yang timbul..cam cendawan selepas ujan la plak
akum….
kawan2 boleh tolong carikan sy bas express/ persiaran yang elok dan selamat untuk saya tak.
coz sy & family sy nak sewa bas tuk pi perlis.
klu kekawan ada, kekawan boleh tak email kat sy (dnn_dienna@yahoo.com) or ym sy kat sy…
pejalanan sy dr klang/shah alam ke perlis
Hi ms dienna,
apa kata dienna rujuk di laman web http://www.nadi.com.my/transportation_ticketing_counters.asp?stateID=13&branchID=37 boleh dapatkan perkhidmatan bas disini.
harap dapat membantu.
1 st time saya akan balik kg naik bas dari kl-sp.rasa takut plak sbb kmalangan mlibatkan bas semakin menjadi2….
sy ambk bas transnasional,depa kata bas ni ok…
shahril affendi is actually my uncle’s fwen..
tp kteowg knl da lme..
n da anggp cm kuarge sndri..
kteowg teprnjt sgt yg die x-cdent…
smoge ALLAH cucuri rahmat ke ats nya..
Amin……
Takziah to you pearl.
hi…klo krg nk tahu.bas maraliner yg br tu not bad la…transnasional sllu tggl org..