Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik
August 13, 2007
Hari ini saya sebuk sedikit dan tidak sempat nak menulis panjang. Jadi hari ini apakata anda baca catatan tulisan dari saudara Irwan Dahnil (Usahawan Perniagaan SMS)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Seingat anda, apabila anda keluar minum dengan rakan anda ( dan anda adalah usahawan ) siapa yang selalunya bayar bil makan atau minum? Anda atau rakan anda?
Isu ringan untuk dibincangkan, tetapi stigma orang berkata, “Usahawanlah yang bayar!”…
Saya mengiya pun tidak, menidak pun tidak. Teringat saya dari email yang saya terima dari rakan saya berbunyi begini :
Assalamualaikum
Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”
Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.
Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.
Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.
Sekdar utk berpesan. Semoga ada manfaat.
Wassalam .
Jadi, mengapa kedekut untuk memberi kerana kita tahu rezeki itu datangnya dari pekerjaan yang diusahakan dengan keizinanNya. Percayalah dengan rezeki!
Salam Usahawan!
—————————————–
irwan dahnil
pentadbir irwandahnilAffiliate
Rahsia Buat Duit Dengan SMS
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentComments
10 Responses to “Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik”
Got something to say?





















































haaa… itulah yang perlu dilakukan oleh sesiapa pun atas muka bumi ini. jangan lupa untuk membantu orang yang perlukan bantuan…
maka sedekah adalah jalan yang terbaik untuk meluaskan rezeki yang sedia ada… bertambah dan makin bertambah. takder laa susah sangat. sedang sedang orang kata…
kalo tak jadi jutawan sekalipun dengan sedekah atau zakat yang dikeluarkan sedikit sebanyak akan menjadikan kita bersyukur dengan apa yang telah diperolehi…
Rasanya 2 minggu lepas nama saya ada dalam ranking no 6 dalam Komentator Teraktif. Sekarnag ni dah out of list. Yg tanda braket tu ( ) nombor dalamnya adakah ia menunjukkan bilangan komen? Tapi rasanya komen saya termasuk yg ni dah 9 kot. Tapi tak listed pun. Pakai skript robot ke list tu? Jika macam tu, nampaknya tak adil jika keputusan ditentukan oleh skript robot
ohhh..dr, saya rasa saya boleh menjawab utk soalan ni, dr tahu kenapa? plugin wp ni akan detect komen bagi bulan semasa secara default..
jika komen dr adalah dari komen bulan lepas,kemungkinan nak muncul tu takda la..
ps: harap2 betul…
hmmm… saya rasa cuba try tambah lagi komen. setakat yang saya dah buat komen bertalu2 dan selang seli ia akan menampakkan hasil yang diharapkan. komen tersebut dikira secara mengikut bulanan. kalo mingguan lain citer laa. masuk bulan ogos maka, bermula la komen baru bermula dengan 1 hingga komen2 yang seterusnya…
begitu ke?
hampir betul tu rasanya abdfatah…sebabnya di blog saya pun jadi begitu…komen2 bulan lepas terus menghilang dan diganti dengan komen2 terkini dari bulan semasa iaitu bulan 8..
bro noorizam, apa pendapat?kalo salah,minta tolong tunjukkan
cabaran tetap akan silih berganti dalam usaha mencari rezeki, takkan senang duduk selalu dan takkan susah selalu…
dengan adanya sisipan untuk sedekah tersebut akan menjadikan pintu rezeki terbuka luas untuk mereka yang berusaha… jangan sekadar mengharapkan sedekah semata-mata…
haaa… berusahalah dan bersedekahlah moga hidup senang lenang kalo tak ada duit sekalipun… aman bahgia biarpun pancaroba melanda…
rezeki oh rezeki…
maaf sebuk sket,
ya memang utk komentator saya setting monthly, sebab kalau saya set yearly ia lagi tidak fair..
tetapi jangan khuatir, saya ada simpan rekod bulan lepas.
saya akan combinekan dari tarikh 13hb july-31hb ogos dan nama penerima akan dipaparkan pada topik 1hb september.
apa script saya guna?
ini script –> http://www.pfadvice.com/wordpress-plugins/show-top-commentators/
betul tu abdfatah
saya ada script rekod.
jangan khuatir
Itulah amalan yang tidak akan terputus walaupun jasad kita sudah disemadikan.
Banyakkan bersedeqah,jaangan ambil rasuah..