Ambil 7 Kaedah ini untuk tambah Interaktiviti Blog anda!
August 12, 2007

Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca blog dan semua komentator blog Noorizam Shah dot com. Sejak pertengahan bulan lalu, banyak perubahan yang berlaku disini. Selain menukar themes, semakin hari bilangan pelawat terus meningkat dan bertambah. Mungkin penangan RM50 tu kot? Rangking di alexa terus melonjak dengan ketara sekali.
Selepas saya membuka ruangan top komentator disini, saya telah perolehi beberapa orang komentator aktif. Terima kasih diucapkan kepada mereka ini;
- reezluv (30)
- abdfatah (26)
- Ali (37)@Starceleb.tv (8)
- titan (6)
- Zul (4)
- Mardiana (4)
- Amir (3)
- shah (3)
- Maizul (3)
- alongovtx (2)
Saya tahu, anda sebagai newbie mungkin ternanti-nanti apakah lagi kaedah yang boleh digunapakai untuk menarik traffik ke blog. Pada pendapat saya, anda sebagai blogger boleh menggunakan kaedah berkomunikasi dengan pembaca secara interaktif melalui pelbagai aktiviti menarik. Jika blog anda mengenai motivasi pembangunan diri, seharusnya anda mengambil inisiatif ini dengan kerap berkomunikasi dengan pembaca anda.
Pemilihan cara yang terbaik untuk menjadian blog anda lebih interaktif adalah penting. Ini bagi mengelakkan blog anda lesu atau menerima komen berbentuk SPAM.
Anda mungkin boleh ambil langkah-langkah ini untuk mewujudkan ruang interaktif dalam blog anda.
Install atau pasang plugin untuk fungsi komentar. Dengan memiliki atau membuka fungsi komentar dalam blog anda, ia memudahkan maklum balas segera dalam bentuk ulasan, komentar, cadangan dan kritikan diterima. Jika anda menggunakan wordpress versi terkini atau apa juga perisian blog, ia telah menawarkan anda fungsi ini secara automatik atau tersedia.
Anda mempunyai pilihan samada ingin membuka atau menutup ruang komentar secara manual. Terdapat juga blog yang menyediakan ciri-ciri keselamatan dengan menapis secara automatik komen-komen sebelum ianya dipaparkan.
Berkomunikasi menggunakan emel adalah satu cara lama yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Walaupun ianya dilihat tidak lagi berapa sesuai dengan kemajuan teknologi blog tetapi ianya tidak menghalang untuk anda menggunakan ruang interaktif seperti ini. Sesetengah blogger menunjukkan alamat emel mereka di dalam blog mereka bagi memudahkan interaksi di antara blogger dan pembaca blog. Walau apa pun saya lebih senang anda menggunakan contact form di blog ini untuk terus berhubung dengan saya jika ada apa-apa pertanyaan.
Kod penting disini ialah Pamerkan alamat emel atau contact form anda.
Seterusnya anda boleh mengambil kesempatan dan peluang Trackback link untuk berinteraksi sesama mereka. Sebagai contoh trackback link ini http://abdfatah.com/blog/rehat-minda/back-link-untuk-blog-anda.html
Diblog anda ada ruangan shoutbox? Jika belum ada anda boleh dapatkan di website shoutmix.com. Dengan menggunakan kemudahan ini, anda dapat memberikan interaksi tambahan kepada pembaca blog anda yang mungkin ingin mengambil peluang ini menyuarakan pendapat secara ‘live’. Walaupun komen-komen yang dihantar mungkin lebih ringkas, ianya masih mempunyai kelebihan tersendiri. hehehe
Kod penting disini ialah Sediakan ruangan shoutbox
Jika anda mempunyai masa yang terluang, anda boleh memapar alamat Instant Messaging (IMs) di blog. Mungkin ada yang mengemari kaedah ini dan mungkin juga tidak. Antara IM yang popular sekali adalah Yahoo! Messaging. Jika anda gilakan chit-chat, anda boleh menggunakan fungsi ini sebagai salah satu kaedah menarik interaktif. Kebanyakkan blogger yang memaparkan alamat IMs mereka diblog adalah untuk tujuan perniagaan dan perkhidmatan.
Kod penting disini ialah Pasang Instant Messaging
Seperti advertlets menyediakan ruangan poll, anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk menarik mereka ke blog anda. Seperti contoh di blog adooi menyediakan ruangan poll mengenai pendapatan sampingan anda. Kajiselidik, undian atau kuiz mengenai sesuatu isu boleh menjadikan satu perkara menarik minat pembaca blog. Bagi mereka yang rajin mengikuti blog anda, mereka turut ingin mengetahui keputusan kajiselidik tersebut.
Kod penting disini ialah Sediakan poll
Akhir sekali macam biasa, adakan kuiz mingguan atau bulanan. Ini adalah satu kaedah yang semakin popular di kebanyakkan blog. Memberi ganjaran kepada pelawat dan pembaca boleh menarik perhatian berterusan dari mereka ini. Jangan bersikap terlalu kedekut sehingga melupakan tarikan traffik dan suasana meriah blog anda adalah di atas sokongan mereka ini. Jadi, ganjaran walaupun sekecil kuman, setidak-tidaknya mereka ini dihargai. Jadi cari idea apakah cara untuk anda memberikan ganjaran kepada mereka mengikut kemampuan anda.
Kod penting terakhir ialah sediakan kuiz
Selama mencuba!
Popularity: 12% [?]
Sphere: Related ContentComments
23 Responses to “Ambil 7 Kaedah ini untuk tambah Interaktiviti Blog anda!”
Got something to say?





















































terima kasih. boleh dicuba dengan sedaya upaya yang boleh untuk menarik lebih ramai lagi traffik selain drp terkebil2 tak tahu apa yang hendak ditulis selepas ini… argh! idea oh idea…
Asmkm bro Noorizam, apa khabar? Shueqry here.
terima kasih atas tipsnya, saya masih berusaha untuk menambahkan jumlah interaktiviti, tips ini telah memberikan beberapa idea dan panduan buat saya, tq!
83% pembaca blog saya lebih ramai menghantar email dari meletak komen, maybe sebab mahukan privasi. Saya tak tahu kenapa tapi mereka lebih suka berkomunikasi di luar blog.
Hmm .. kengkawan lain, any opinion? Maybe sbb fungsi ruang komen pada host Blogspot.com yang lambat keluar bila di klik ..
- shueqry -
ha ah..rasanya begitu shueqry..oh ya, shueqry, saya cadangkan awak gunakan saja wordpress.org
tulisan awak dah ada ramai peminat, jadi lebih elok jika blog tu jadi milik sendiri kan?
ps: saya pun gunakan teknik ni jugak..Kempen Komen RM50 Merdeka..cuma saya tak promosikan di WC, hehehe..saya guna kaedah lama dengan p melawat satu persatu blog orang lain..alhamdulillah mungkin tak capai macam bro noorizam, tapi peningktang yang baik utk saya, sekitar 50 orang unique visitors dan 20 orang returning visitors..
pps: kena cari idea lagi ni utk tambahkan traffik ke blog saya..
Kalau ramai pengomen. MEmang sesuai buat kuiz. Ini akan buat ramai orang datang ke blog ini.
Aku datang ada sebab. Aku suka tulisan ko. Satu. Kedua. Aku nak trafik. So. Ini antara salah satunya.
Pasal pemenang komen tu. Aku serahkan kepada mereka yang layak memenanginya. Hehe. Good luck!
sama-sama.
tengok blog shueqry pun ramai juga pengikut. subscriber pun ramai
menarik, semakin ramai guna kaedah ni.. insyaAllah bulan 9 atau 10 nanti ada lagi ganjaran lagi saya nak kasi.
erm..bagus tips ni..saya pun nanti akan wat satu kuiz yang rasanya leh tarik gak org datang..so..sesape yang minat adiah tu nanti..jenguk2 la blog saya selalu..hehe:)
terima kasih kerana memberi sokongan.
blog anda juga menarik untuk dibaca. 
saya sentiasa mengintai apakah ganjaran yang rezluv nak kasi
tunggu dan lihat je ler..hehe..akan ade..
Saya suka idea En. Noorizamshah, cuma nak tambah sikit.
Kelebihan comments ialah ia mesra search engine. Selain itu, ia terus akan inform ke email kita supaya kita sempat melayaninya.
Kelemahan shoutbox dan ialah ia tidak dikenali oleh search engine kerana ia sekadar script dalaman. Kalang kala kita terlepas pandang shourbox kita sendiri kerana sibuk memblogging. Lagi satu, mesej dalam shoutbox tidak diinform kat email kita. Kecuali jika kita ada banyak duit, boleh langgan shoutbox berbayar (baik jangan langgan sebab tak berbaloi).
Kuiz ni satu idea yang bijak, tapi org yang joint tu ikhlas ke? Contoh dalam blog ni sendiri, ramai orang bagi komen, tapi sikit je yang bagi tips berguna. Lagi pun nanti trafik yang bertambah tu bukannya “unic visitor” tetapi pembaca berulang. Ini amat tidak menguntungkan dan bukan matlamat bagi mereka yang menjalankan business melalui blog.
Poll pun tak mesra search engine. Lagi pun untuk setiap seribu pelawat, baru ada 5 orang poller (kadang-kadang dari yang 5 tu termasuklah diri kita). Buang masa je taruk.
Walaupun kita dah maklumkan pelawat supaya tinggalkan komen di dalam blog, tetapi mereka tetap selesa berhubung dengan kita melalui email. Jadi kaedah berhubung dengan email ni masih evergreen lagi. Mereka akan rasa seperti benar-benar mendapat perhatian daripada kita (terutama bagi blogger yang menjalankan perniagaan perkhidmatan). Lagi pun pelawat ni kadang-kadang lupa blog kita, sebab dia pun macam kita suka merayau-rayau jauh cari pelbagai maklumat dan baca banyak blok yang lain, jadi email tempat terbaik untuk terus berhubung.
Jika perkataan dalam blog kita mesra dengan serach engine, ini lah matlamat sebenar blogger. Rahsianya, tulis.. tulis.. dan terus tulis blog setiap hari.
Contoh blog saya.. paling banyak dapat respond melalui email. Nak call terus pun tak pe, saya letak nombor phone sekali. Blog saya ada letak poll, tapi sikit poller. Dulu ada letak shoutbox, tapi dah buang. http://rawatankesihatan.blogspot.com
Blog saya tak banyak gadjet, yang ada cuma visitor counter saja. Banyak kelemahan gadjet ni, kebanyakkan gadjet ni melambatkan blog kita. Saya pernah jumpa orang masukkan spy dalam gadjet (teraniaya orang yang pasang gadjet tu). Memasukkan banyak benda dalam blog ni akan buat pelawat rambang mata dan keluar semula. Blog saya contoh orang relex mata (wallahu a’lam) http://rawatankesihatan.blogspot.com
Walaupun tak banyak gadjet, blog yang ada 3 bar ni akan buat orang rambang mata juga. Blog terbaik tetap 2 bar dan simple. Cuba tengok contoh blog saya ni http://rawatankesihatan.blogspot.com
Satu lagi yang En. Noorizamshah tak senaraikan ialah, joint lah blog organizer seperti MyBlogLog, Digg, Tachnorati dan sebagainya. Saya melanggan MyBlogLog murah je US25 setahun, memang berbaloi sebab kita boleh buat analisa tentang orang yang melawat ke blog kita dan buat sesuatu daripada rumusan tersebut. Interaksi kita dalam blog organizer ni menjadikan blog kita dikenali. Perkataan yang kita letak dalam blog organizar juga mesra search engine. Kemudian lihat blog anda diserbu.
wow..tak sangka begitu detail komen Dr. bagus..:)
fuyooo… tips yang cukup bagus.
alaa hadiah biasa aje tu kalo reevluv dapat. macam mana pulak dengan hadiah iklan petronas?
oh tersilap taip daaa… reezluv. maafkan saya reezluv. apokehel silap taip nama tu? memang tak patut laa…
Nampaknya, ramai betul yang kasi komen yang bernas .. menarik, menarik, menarik teruskan komen-komen anda
takpe..it’s ok..ramai dah yang silap..hehe..dulu masa memula pu saya pun silap gak..
p/s:tak minat pun nak join peraduan besar2 cam Petronas tu..:)tak konfiden menang..hehehe
tak sangka plak trafik ke blog saya semakin meningkat dan maintain 100 visitor sehari..tak pernah dapat lagi tu…tapi kena kerja kuat lagi ni..nak kasi sampai 500 sehari ke?hehe..
tak sangka post dan freebies yang saya kasi tu ramai yang minat..rasanya post yang menarik perlu gak kot nak menarik orang datang dan baca blog kita kan?
yehaaaa… trafik sudah berjalan lancar nampaknya. teruskan berusaha dengan lebih gigih lagi. post yang menarik memang akan menjadi tumpuan. kalo takder post, apa yang hendak dibaca???
ya betul..tapi blog cam saya ni rasanya kena penin skek nak pikir..takleh masuk topik-topik umum..spesifik skek..hehe..:)
Pss, rezluv boleh tukar link tak dgn saya?
Satu pandangan yg baik. Cuma bg saya kita kekurangan penulis blog utk tajuk spesifik. Sbg contoh tentang teknologi, agama, skill EQ, permotoran, pengaturcaraan komputer dsb. Saya ambil inisiatif utk berbicara tentang OS Symbian d blog saya. Walaupun baru 5 bulan, alhamdulilah visits sehari lebih 100 skrg. Kalu lebih ramai lg menulis tentang tajuk spesifik barangkali kita akan lebih maju lagi dari segi IQ. Saya amat menanti blog OS Window Mobile. Saya tak mampu cover lebih dari 1 OS telefon. Jika ada yg tampil, insyalah saya segera membantu. http://adliyob.wordpress.com
Satu pandangan yg baik. Cuma bg saya kita kekurangan penulis blog utk tajuk spesifik. Sbg contoh tentang teknologi, agama, skill EQ, permotoran, pengaturcaraan komputer dsb. Saya ambil inisiatif utk berbicara tentang OS Symbian d blog saya. Walaupun baru 5 bulan, alhamdulilah visits sehari lebih 100 skrg. Kalu lebih ramai lg menulis tentang tajuk spesifik barangkali kita akan lebih maju lagi dari segi IQ. Saya amat menanti blog OS Window Mobile. Saya tak mampu cover lebih dari 1 OS telefon. Jika ada yg tampil, insyalah saya segera membantu. http://adliayob.wordpress.com
(Kepada pemilik blog, JANGAN LULUSKAN KOMEN INI jika anda dapati ianya double post - kerana sebelum ini saya menulis komen yang sama menggunakan telefon bimbit saya).
Satu pandangan yang baik. Cuma bagi saya kita kekurangan penulis blog untuk tajuk spesifik. Sebagai contoh tentang teknologi, agama, skill EQ, permotoran, pengaturcaraan komputer dsb. Saya ambil inisiatif untuk berbicara tentang OS Symbian di blog saya. Walaupun baru 5 bulan, alhamdulillah visits sehari lebih 100 sekarang. Kalau lebih ramai lagi menulis tentang tajuk spesifik barangkali kita akan lebih maju lagi dari segi IQ. Saya amat menanti blog OS Windows Mobile. Saya tak mampu cover lebih dari 1 OS telefon. Jika ada yang tampil, insyaallah saya segera membantu. http://adliayob.wordpress.com