Siapakah Pelajar Malaysia Yang Menghina Lagu Negaraku?

August 11, 2007

Sedang elok saya membaca sebuah akhbar tempatan, saya tertarik dengan satu tajuk mengenai kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr. Adham Baba mengenai seorang pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan yang dikatakan menghina lagu Negaraku dan menyindir kerajaan.

Nama pemuda berbangsa cina ini hanya dikenali sebagai “NameWee” dikatakan menggunakan bahasa kasar serta lucah semasa menyanyikan lagu versi RAP itu. Saya tak berapa paham sangat kerana bahasa yang dinyanyikan kebanyakkan bukan bahasa melayu.

Seakan-akan lagu itu menghina polis sebab saya tengok banyaknya gambar polis dalam klip tu. Klip ini mula tersebar dengan luas sejak beberapa bulan lalu dan ia akan memberi impak dan kesan kepada negara Malaysia jika tidak disekat, lagi-lagi kita beberapa hari sahaja lagi akan meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke 50 tahun.

Mungkin klip ini agak sensetif kerana ia juga ada menyindir agama dan budaya bangsa lain di Malaysia terutamanya orang islam. Saya berasa terpanggil untuk menulis topik ini dan diharap ada pihak yang boleh mengambil tindakan kepada individu yang cuba mengganggu ketenteraman dan sensetiviti masyarakat Malaysia. Tidak kira sama ada di warganegara atau tidak, jika perbuatan itu melampau, tindakan perlu diambil seperti mana kerajaan cuba menghapuskan skim cepat kaya di Malaysia!

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab! Kita boleh menegur tetapi gunalah bahasa yang elok dan berlapik sedikit. Jangan hentam kromo jer.

*VIDEO YOUTUBE TELAH DIPADAMKAN DISINI*
Rakaman video lagu ‘Negarakuku’ seperti dimuatkan di Internet.

P.s: Harap perkara seperti ini tidak lagi berulang kerana kita sebagai rakyat Malaysia hidup pelbagai kaum dan selama ini kita hidup dalam keadaan harmoni! Semoga hubungan kita antara orang Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain terus kukuh bersatu!

Popularity: 29% [?]

Sphere: Related Content

Comments

58 Responses to “Siapakah Pelajar Malaysia Yang Menghina Lagu Negaraku?”

  1. Noorizam Shah on August 11th, 2007 9:12 am

    nota: ini topik sensitif .. kepada semua komentator diingatkan memberi komen yang tidak mengguris mana-mana kaum. Komen secara professional dan beradab. sila klik http://www.noorizamshah.com/adab-kita sebelum menghantar komen.

  2. abdfatah on August 11th, 2007 9:51 am

    komen laa seadanya yang mana patut. tak tau laa kalo kena saman nanti, bleh bayar ke tidak nya? sebab takder duitnak bayar saman nya itu… alahai macam2 ragam manusia nih…

  3. Noorizam Shah on August 11th, 2007 10:40 am

    Kita tunggu komen dari mereka yang lain.

  4. reezluv on August 11th, 2007 12:33 pm

    erm..dah dengar dah lagu tu..tapi tak bape paham maknanya..sape leh translate kan?

  5. Mardiana on August 11th, 2007 1:34 pm

    Very sensitive issue it is.
    Blogger mcm nih patut dipenjarakan sebab mencabar dan mencemar imej pemerintahan sesebuah negeri.

  6. reezluv on August 11th, 2007 2:04 pm

    saya dah dapat translation die:

    Negaraku
    Negarakuku
    Negaraku
    Negarakuku
    Negaraku
    Negarakuku

    Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
    Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
    Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
    Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
    Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
    Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
    Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
    Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
    Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
    Kerana mata-mata mereka sangat tajam
    Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
    Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
    Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
    Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
    Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
    Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

    Negaraku
    Tanah tumpahnya darahku
    Rakyat hidup
    Bersatu dan maju

    Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
    TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
    Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
    Aku sangat gemarkannya
    Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
    Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
    Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
    Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
    Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
    Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
    Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
    Aku sangat cintakan negara ini
    Waktu subuh pukul 5 pagi
    Ada seruan azan untuk kejutkan aku
    Kadangkala ada lagu sekali
    Sama macam nyanyi lagu cinta
    Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
    Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
    Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
    Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
    Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
    Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
    Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
    Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
    Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
    Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
    Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
    Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
    Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
    Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
    Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
    Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
    Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
    Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
    Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
    Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
    Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
    Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
    Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
    Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
    Kita amat disanjungi sikap sebegini
    Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
    (sikap sikap)
    Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
    Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
    Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
    Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
    Kau sangat suci, kau sangat pelembut
    Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
    Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
    Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
    Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
    Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
    Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
    Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
    Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
    Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
    Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
    Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
    Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
    Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
    Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
    Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
    Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
    Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
    Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
    Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
    Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
    Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Tolong jangan saman aku
    Aku takde duit

    memang bile aku baca translation hangin je..

  7. Maizul on August 11th, 2007 2:41 pm

    Rezluv wa mana dapat translation tu?

  8. abdfatah on August 11th, 2007 2:45 pm

    ohooo… begitu sekali terjemahannya yer…

    kelakarnya takder duit nak bayar saman pulok. payah nak cari orang buat perangai tak elok kepada negaranya. tempat dia lahir dan tempat dia tinggal… lepas nih beliau nak tinggal di mana? taiwan???

  9. Amir on August 11th, 2007 4:44 pm

    Apaaa..punya lagu, teruk btol, memang hangin jer baca, haa..reezluv camna buat, detail senikata dapat..

  10. Noorizam Shah on August 11th, 2007 5:55 pm

    kalau kat singapore macam mana nak tangani isu ini?

  11. Noorizam Shah on August 11th, 2007 5:57 pm

    dalam lirik ada menyebut soal azan dan keciciran pelajar cina ke universiti.

  12. shueqry on August 11th, 2007 7:33 pm

    Asmkm bro Noorizam, apa khabar? Shueqry here.

    banyak gelombang negatif dlm lagu ni, saya rasa dia nak nyanyikan lagu Negaraku ikut versinya sendiri, dia tak sedar yang dia sebenarnya ‘merosakkan’ rasa hormat kita pada lagu Negaraku..

    Saya tertanya sendiri apa yang memotivasikannya untuk mengubah lagu tu dan apa yang mencetuskan idea padanya untuk menjadikan lagu Negaraku sebagai ‘mangsa’, walhal banyak lagu-lagu lain.

    - Shueqry -

  13. Mardiana on August 11th, 2007 10:32 pm

    Pat Singapore dah ada beberapa orang yg teros kena tangkap dan dipenjarakan sebab mengetengahkan isu2 sensitive seperti mempersendakan agama atau racism dalam blog-blog mereka.they will be dealt with the police seriously.

  14. abdfatah on August 12th, 2007 12:00 am

    “erk… saya takde duit nak bayar saman laa. nak bayar duit jaminan pun takde…”

    sendiri mau ingat laaa…

  15. shah on August 12th, 2007 9:19 am

    reezluv paham bahasa cina kot…biasa pi belajar kat korea ke taiwan ?

  16. reezluv on August 12th, 2007 1:59 pm

    heehe..actually saya active kat satu forum ni..kekawan forum yang dapat translation..kat Youtube gak ade video siap kasi translation dalam BI..

    translation tu forumer tu post kat thread yang topik ni..memang hangat..:)

  17. reezluv on August 12th, 2007 1:59 pm

    takde la..sila baca reply comment Maizul:)

  18. mas on August 12th, 2007 7:58 pm

    anak muda hari ini tak kira apa bangsa tak semuanyer lah yer.. mereka menghayati erti kemerdekaan itu dalam erti yang kurang jelas..

    mereka hanya rasa merdeka sebab negara dah bebas dari penjajah.. mereka sebenar tak rasa kepentingan kemerdekaan tu.

    kiter sama-sama doa semoga negara kita aman dan makmur

  19. pahlawan tanah air on August 13th, 2007 9:06 pm

    epe lah punye s**** (ayat telah ditapis oleh admin) cine ni krajaan dah buat mcm2 tp die x sdar diri yg rakyat sntiasa bersatu ati tanpa kira agama,budaya dan bangsa,,,,,,,,,,elok tarik kerakyatan die sebagai rakyat mlaysia

  20. pahlawan tanah air on August 13th, 2007 9:08 pm

    sokonglah pahlawan tanah air tarik kerakyatan die.SEBARKAN CADANGAN INI KEPADA PENCINTA TANAH AIR,,,,,,
    MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

  21. abdfatah on August 13th, 2007 10:10 pm

    sabar saudara jangan emosi, profesional laa. balik nanti tahulah nasibnya nanti. itupun kalo dia nak balik ke sini… kalo dia taknak balik, duk di taiwan laa sampai bila2, tak payah balik. susagkan diri je kalo kena saman nanti… duit takder tu…

  22. har on August 14th, 2007 11:22 am

    mmg dasar tak mengenang budi budak nih. tak sedar yang selama hayatnya makan **** atau dlm kata lain **** bapaknya dapat duit hasil dari negara mana belikannya **** 2?? klau pun bapaknya tak beli…ternaklah katakan…dah tentu air yang wlp seteguk diminum spesis 2 dan wlp semulut keladi yang dijamu pada **** 2 pun datangnya dari negara mana?? mmg dasar pengkhianat negara budak nih!! kerana dia seorang semua bangsanya mendapat nama yang tak baik…sedangkan selama nih rakyat malaysia hidup aman damai tanpa sebarang prejudis antara satu sama lain tanpa kira bangsa & agama. klau pun ada…masih dapat dibetulkan kerana masih berpegang kepada konsep cintakan negara dan mengenang budi. sebenarnya, saman pun takkan dapat pulihkan kepercayaan dan pandangan serong orang negara luar yang pernah melayari blog dia 2, terhadap negara kita Malaysia!! jadi, hapa yang perlu dijanjikan kepada budak nih adalah…jgn bagi dia & keturunan dia (termasuklah adik, kakak, abang, mak bapak, tok nenek, sepupu sepipitnya) pijak malaysia trus…yang masih ada kat sini halau ja. sebab kalau kita hukum dia sorang dah tentu sedara mara dia pun akan mula bencikan malaysia…biasalah, cubit paha kiri paha kanan pun terasa wl skit. sebelum hal tersebut makin merebak halau ja dari malaysia…klau tak mereka takkan sedar untung hidup mereka menjadi warga negara Malaysia. Maklum, manusia sering lupa bila tiada yang menyedarkan…hapa ntah lagi bagi merreka yang tak reti beristighfar!!!

    P.s: ***** (ayat ditapis oleh admin)

  23. Ravern on August 14th, 2007 7:54 pm

    saya ingin memohon maaf bagi pihak cine, agar anda memaafkan sikap cine yang ingin memperbaiki sistem negara, kerana inginkan sebuah negara maju.

  24. Ravern on August 14th, 2007 7:59 pm

    Saya ingin memohon maaf bagi pihak budak tu, tapi adakah pekara ini serius sampai nak dibuang negara? Saya sedang menunggu hari raya… perayaan yang sangat bermakna.

  25. Noorizam Shah on August 14th, 2007 9:09 pm

    Mungkin agak sukar untuk memaafkan mereka yang menghina tanahair.

    Tanahair kita bukan UMNO yang punya, bukan PAS yang punya, bukan DAP yang punya atau sesiapapun tetapi ia adalah milik rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mencintai negara sepenuh hati.

    Jadi fikir-fikirkanlah, kita hidup dalam harmoni, jadi hormatilah antara satu sama lain. :)

    Soal penerimaan maaf, penyanyi tersebut kenalah keluarkan kenyataan dalam blog beliau dengan memohon maaf secara terbuka terlebih dahulu kerana isunya ada menyentuh sensitiviti umat islam di Malaysia.

  26. Afzai Afandi on August 14th, 2007 10:57 pm

    Admin…aku punya comment kat atas dah kena cantas kot!! Apa yg aku tulis itu hari ahh.

    Info : NegaraKuku : Kuku dalam bahasa Cina merujuk kepada Ke@#*%an lelaki. Tang itu dah menunjukkan kurang ajornya budak ni. Kalau korang kurang yakin, boleh tanya mana2 cina yg korang kenal.

    Sekian

  27. abdfatah on August 15th, 2007 12:00 am

    pssst… tak ada sapo2 yang nak bentangkan pasal terjemahan lagu beliau ke?

    saya memang tak setuju bab lagu kebangsaan Negaraku dijadikan lagu rap sedemikian rupa. adakah perlu lagu kebangsaan Negaraku dinyangikan sedemikian rupa? beliau menyatakan lagu Negaraku… kenapa lagu Negaraku?

    lagu Negaraku adalah lagu kebangsaan bukan lagu Negaraku untuk hari kemerdekaan…

    1.lagu kebangsaan negaraku
    2.lagu Negaraku untuk hari kemerdekaan

    “Sebelum ini, terdapat ramai orang mengubah cara nyanyian lagu Negaraku di pelbagai persembahan terbuka termasuk sambutan sempena Hari Kemerdekaan.”

    kalo beliau tak ambik lagu kebangsaan Negaraku tetapi mencipta lirik lagu yang berbeza lain citer… masalah tang KU… dan KU entah apa maknanya…

    kenapa lagu kebangsaan Negaraku yang beliau ambik?

    tengok aje kat sekolah… tengok di arena sukan antarabangsa, tengok sahaja tatkala lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan… apakah perbezaannnya?

    kalo lagu negeri masing2 dijadikan rap macama mana? kan haru biru jadinya…

    biarlah ada perbezaan antara lagu hari kemerdekaan dan lagu kebangsaan Negaraku….

    nak buat lagu untuk Negaraku sempena hari kemerdekaan dalam pelbagai genre muzik lantak laa tetapi kenapa ambik lagu kebangsaan Negaraku?

    sekian terima kasih. salah silap mohon maaf.

    soklan saya : apakah sumbangan anda kepada negara? adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat malaysia yang sebenarnya?

  28. abdfatah on August 15th, 2007 1:42 am

    sebelum apa-apa mintak maaf banyak yer…

    azan pada pandangan beliau laa. buat cerita pasal azan berkumandangan di tempat beliau dan komen pasal suara yang terkadang ada yang serak2 gitu… itu perkara biasa yang beliau dengar dan semua orang dengar… maka tak pasal2 dijadikan rap pulok doh… pernah dengar suara mereka yang azan pecah suaranya?

    kalo dah sampai waktu pagi subuh memanglah ayam jantan tu berkokok setiap pagi sebelum orang Islam bangun menunaikan solat. itupun kalo solatnya tidak terbarai…

    kenapa pulak mesti terbarai? orang yang kuat bukan macam orang angkat berat atau gagah perkasa tetapi yang bleh bangun solat subuh dengan jayanya…

    tak percaya tanya dr tuah iskandar.

    ayam berkokok tengahari macam mana pulak? tak kisahlah ayam berkokok pukul berapa pun. janji ayam tetap menjadi pilihan hatiku… sehinggakan ayah saya tak benarkan ayam jantan kat rumah saya menjadi mangsa masakan tomyam…

    cina keciciran? melayu takder keciciran ke?

    sekian terima kasih…

  29. mix gurl on August 16th, 2007 11:38 am

    hai everyone..a/kum.. what i can see is..that boy juz wanna express his feelings..but unfortunately in the wrong way..coz dah sentuh hal agama (the most important thing).. Part agama(azan subuh) tu yang paling saya tak setuju..he should appologize us (muslim) for that..
    But for other things like gov sector, a bit true.. One thing y gov sector is not proactive bcoz they hire the non-proactive workers..and majority gov servants are bumiputera..tht’s why the non-bumi pandang serong ngan kita..
    So,my recommendation..jgn too emosional dgn lagu tu.but try to think the truth behind the song though the lyrics are too harsh.. I hope Bumiputera keep on improving and show others thatwe can stand by ourself and not relying much on gov. Selamat hari merdeka..

  30. Noorizam Shah on August 16th, 2007 12:44 pm

    yeah… that’s why kita kena terus berfikiran positif..

  31. reezluv on August 16th, 2007 5:52 pm

    memang agak keterlaluan bila disentuh bab Subuh tu..seperti Singapore plak dah..cam tak puas hati..lau rasa tak nak jadi Malaysian..duk la jadi Singaporean..

  32. Supercap on August 17th, 2007 12:20 am

    mix gurl et al,

    A 24 year old final year uni student is not a boy anymore. He speaks his mind based on what he thought and influence of people around him. The MAIN issue is this the line of thinking of many Chinese and some Indians in the country? Although less harsh or in silence, well at least publicly.

    As you said, the humiliation has now extended to Islam, not just racial. If you frequent many fora, Islam is really under attack and humiliations were even made on Allah the AlMighty Himself.

    I second your view on the Bumi civil servants but it is not the case all the time. I would say at least 50% of them are proactive staff. I’ve been working in private sectors for many years, and I’ve seen many many non Bumis who are also not proactive (talk loud do less or none), lazy, practising office politics, racial discrimination, over promise during job interview, take bribes etc etc . Tetapi mereka tidak dipandang serong. Mengapa? Because unlike some races, the Malays tend to condemn their own race than others. The Chinese on the other hand are more united, promote their people and hide their weaknesses.

    As the young man from Muar speaks about discrimination on Chinese, my view is from some angle it is true. But let Malaysians not overlook the silent discriminations many of them put on other races especially the Malays in business and corporate world. Well they will say the Malays are not proactive and hardworking enough that’s why they fail. Believe me that’s not the case. From same supplier, Chong gets cheaper than Ali although Ali buys in bigger bulk all because the supplier’s name is Chua. And if you visit many of Malaysia’s biggest companies, directors will be some Malays, senior management and officers mostly Chinese. Where are most of the Malays? Clericals la. Why? Malay local and foreign uni graduates looks not capable to become management. But these graduates from TARC and some IPTS looks very very capable and promising, as the senior management says to the directors.

    So enough of discrimination whinning cause all races do get discriminated.

    Enough for this long rant and my advice to all Malaysians irregardless of races, if you don’t like this country or majority of the people, do migrate. Chinese can migrate to s;pore, taiwan etc, Indians to India. Malay where to? Indon? Hahahah

  33. Ali (37)@Starceleb.tv on August 17th, 2007 11:27 pm

    This should be a lesson not only to NameWee but all Malaysian be it Malay, Indian Or Chinese etc… The Freedom of speach and the technology should not be used to destroy the Unity or MAlaysia.

    We are only a few country in the world where, most of the race living side by side, playing on the same ground, eat at the same place, work at the same office.

    Dont let the 13th May tragedy come back as it will destroy our country.We depends on each other to get to where we are today.No one can achieve something without the help of others

    Lets Unite- Let the government decide on what action will be taken on NameWee.Dont spark any Comment that will separate us in the future from what we are now!

    PEACE ON EARTH N GOD BLESS EVERYBODY

  34. titan on August 20th, 2007 10:23 am

    Apa yang aku nak bagitau. Semua dah tulis. So, marilah kita menyanyi lagu negaraku..:)

  35. abdfatah on August 20th, 2007 11:20 am

    bersatu dan maju membina negara malaysia…

    sempena hari merdeka ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke 50… korupsi ada di mana jua… tangga ke berapa kena bilang sendiri laaaaa….

    merdeka dan merdeka setiap hari adalah hari merdeka…

  36. sarawakian on August 20th, 2007 3:09 pm

    MIX Gurl..SUPERCAP
    I like the way mix gurl is thinking..very open minded peson..positive..Supercap..dun be too defensive..
    We sarawakian (bumiputera) maybe once get angry at the first place..but then juz let it be.. u all know why? Coz we always felt discriminated by org semenanjung..But then,we r lucky coz Swk itself is a rich country..kalau nak tunggu kerajaan pusat?hmmm..ambil duit dari swk bukan main byk..tp bila di agih2..how much our state get?
    Hmm..sempena hari merdeka..i want to thank the late swk authority yg sgt bijak coz do not allow kerajaan pusat utk ambil alih our Forestry, Land and sector2 lain yg generate big income..at least we dun hv to wait their fund rite? And thanx too coz do not allow UMNO utk berpijak di bumi swk..If UMNO is here, our malays also will become too racist.. But without this racist party,we bumiputera and non-bumiputera can get along all the way.. Selamat Hari Merdeka..

  37. abdfatah on August 20th, 2007 7:22 pm

    yaaa… selamat hari merdeka untuk semua dan keyword merdeka semakin mendapat tempat dihati para bloggers semua untuk mengutip pelawat berkunjung ke blog mereka.

    keyword maaf dan juga hari raya dan juga rakan-rakan seperjuangan yang bernama rakyat malaysia… bukan bumi dan bukan bangsa asing dan bukan juga kaum kaum tertentu…

    dan anda tidak dapat lari dari title RAKYAT MALAYSIA, warganegara Malaysia dan bukannya kerakyatan yang berbeza… Malaysia….

    dan lagu namewee sudah mendapat perhatian tokei vcd dan lagu negaraku katanya dah menjadi vcd. vcd tanpa label tulen kena denda rm berapa ribu entahnnya…

  38. abdfatah on August 20th, 2007 7:35 pm

    pelik betul isu sebegini… semuanya terpaksa berbangkit… dari perlis sampai ke sabah. semuanya berbicara isu namewee padahal nama kerakyatan mereka Malaysia.

    tidak habis cerita namewee diperdebatkan kemudian timbul pulak isu sarawak dan sabah. siapa yang untung sebenarnya di sini kalu semuanya nak berbangkit sedemikian rupa?

    itu belum lagi semangat kenegerian di semenanjung. citer pasal bola dan lain yang melibatkan kaum…

    bola punya pasal, nasib baik tak huru-hara dunia malaysia. belum lagi bola antara negara. boleh berperang dunia lantaran citer bola sahaja…

    apa lagi yang hendak dibangkitkan???? apa lagi yang hendak diapimarakkan??? banyak perkara yang boleh dibangkitkan… belum lagi cerita orang kulit hitam dan orang puteh…

    tak cukupkah pengajaran dari luar negara yang kita dapat? negara mana yang huru-hara seperti tanpa tamadun sedikit masa lalu? kita sebenarnya banyak belajar dari luar negara tentang apa2 perkara sekalipun…

    apataha lagi negara-negara yang berdepan dengan peperangan yang tak sudah-sudah. tidak cukup lagi untuk diperbangkitkan???

    malaysia nih kecik aje… kat luar negara belum tentu bleh hidup dengan selesa, itu jika bernasib baik…

    nasib baik tinggal di malaysia… negara malaysia…

    namun kebanyakan orang tak suka dengan KERAJAAN yang memerintah je sahaja. semuanya nak kena cantas ke?? itulah yang sebenarnya…

    nak sensitif macam mana lagi…?

    sekian terima kasih.

    selamat hari merdeka…

  39. sarawakian2 on August 21st, 2007 8:35 am

    selamat hari merdeka smua..
    janganlah defensive sgt dgn kaum masing.. Apa kata gi sarawak..boleh tengok how we live together as the sarawakians..kat sabah n swk lah paling byk org yg kahwin mix..coz bagi kitorang,we r all the same..
    Jom jalan2 ke Sarawak..cuti2 Malaysia!

  40. Noorizam Shah on August 21st, 2007 11:43 am

    nampaknya.. topik yang diwujudkan di blog ini menarik minat ramai untuk berdiskusi..

    Selamat Menyambut Hari Merdeka!

    P.s: Senarai top komentator Terkini

    abdfatah (59)
    reezluv (58)
    Ali (37)@Starceleb.tv (12)
    titan (9)
    Mardiana (5)
    naem (5)
    Zul (4)
    Amir (4)
    shah (4)
    Maizul (3)

  41. abdfatah on August 21st, 2007 2:04 pm

    itulah hakikatnya di negara malaysia ini. sehinggakan anak kawan kepada emak saya merajuk nak balik kampung atuknya di sarawak.

    kalo mak tak bagi dia kata nak pergi sendiri naik belon… adesh punyalah seronok duk di kampung atuknya di sarawak…

    itu belum lagi kahwin mix antara cina melayu india dan semuanyalah yang kahwin campur…

    huhuuu… selamat menyambut hari merdeka dan juga selamat pengantin baru …

  42. reezluv on August 21st, 2007 9:36 pm

    memang amat menarik perhatian, yela kan kat paper pun belum setel lagi isu ni..ape yang dapat kita tau skang ni depa nak amek tindakan undang-undang..tidak dapat dikecualikan..dah sampai ke kabinet..abis la..

  43. abdfatah on August 23rd, 2007 8:29 pm

    walau apapun beliau tetap akan menerima hukuman atas dasar menggunakan kemahiran berkarya yang beliau miliki dan kemudian menyalahgunakan kemahirannya dalam seni dan membangkitkan isu yang sensitif…

  44. peace on August 24th, 2007 7:04 pm

    I agree with almost everything you said (70%). But in my opinion, the message that mixgurl was trying to convey is “look at ourselves in the mirror and try to realize of our own weaknesses…then,try to do something to improve our weaknesses so other people won’t look down upon us”…She did not generalize that all of those Bumi civil servants are not working productively. She was trying to reveal the ugly truth which obviously happens in some places. I am a Bumi civil servant myself so I know what I am talking about. Anyway, let us create a peaceful atmosphere in this messageboard by trying not to kill each other.
    Talking about this student, he might try to voice out his opinion. But that kind of an approach is completely unacceptable. It just shows to other countries that he is not ‘mentally-civilized’. Anyway, everyone deserves a second chance. -peace-

  45. peace on August 24th, 2007 7:07 pm

    Sekiranya anda ingin memberikan komentar secara diplomatik, adalah lebih baik perkataan “kafir” itu digantikan dengan “masyarakat bukan Islam” atau “bukan Islam”. -Peace-

  46. peace on August 24th, 2007 7:24 pm

    Yup you’re right. Saya orang Sabah dan ramai kawan saya kahwin campur. Di sekolah saya dulu (missionary school), ada sesi doa untuk orang yang beragama Islam dan Kristian. Tidak ada diskriminasi. Tidak ada prejudis. Ustaz atau Ustazah yang ada di sekolah saya tidak pernah memandang serong terhadap orang yang bukan beragama Islam. Masyarakat bersatu tidak kira bangsa atau agama. Saya harap pada masa-masa akan datang, semua tempat di Malaysia mencontohi kesepaduan yang wujud di bumi Sabah dan Sarawak.
    Selamat Hari Merdeka yang ke-50.
    Malaysiaku Gemilang!!

  47. mohd razif on August 27th, 2007 10:29 am

    sebenar apa yang di ceriakan dalam lirik lagu ini ada kebenaranya ttg kakitangan kerajaan kita yg malas berubah masih di takuk lama. jumuk kepada perubahan mereka bekerja hanya untuk makan gaji sahaja tidak mahu maju ke depan,cthny mereka hanya tahu kerja mereka sahaja,jika suka campuri kerja lain cth jika kerja tukang lap pejabat mereka tahu lap pejabat sahaja tp tidak mahu melakukan kerja lain seperti buang sampah atau kutip sampah dsbnya. polis pun satu hal suka makan rasuah krn ini pengalaman saya sendiri, istihar harta mereka letak semua nama2 pemilik harta di abwah kerabat mereka. Hanya saya marah ttg lirik lagu ini ialah menyentuh ttg agama.

  48. Noorizam Shah on August 27th, 2007 10:56 am

    yup.. saya pun marah bila sentuh bab agama jer.. pasal kerajaan tu tidak dinafikan.

  49. nor on August 29th, 2007 3:44 pm

    kau dah kuang ajar sangat.tak sedar diuntung dah jadi rakyat malaysia.aku geram gile coz mamat ni menghina negare sendiri.pikir lah pakai otak kau.tak kan lah kau x de otak kot nak pikir.aku rasa kalau ade orang saman kau habislah kau melingkup lah kau dalam sama-sama dengan orang jahat.aku rasa kau tak patut ade dalam dunia yang indah ini.aku marah gile ngan mamat ni coz dah lah nak hari merdeka bile kau buat hal macam terbantut pulak aku nak sambut hari merdeka yg ke-50 ni.kenape lah kau ni masih ade kat bumi yang indah ni.aku rasa tempat kau bukan lah dekat sini tapi mungkin kau ni dh tersesat dari planet mana entah.agaknya dari planet pluto.lebih baik lah blajar sungguh-sungguh dan berkhidmat untuk negare ni tak kau lagi merosakkan negara.cuba kau tengok negare lain tak de pon kes macam ni.kat negare kite pulak yang ade kes kotor ni.

  50. senarai penerima RM50+RM20 dari blog Noorizam Shah dot com » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi... on September 1st, 2007 1:05 am
  51. gie on September 1st, 2007 12:26 pm

    sgt bodo die tuh..
    x yH dok kt m`sia lar…
    lps nie,pegi dok kt afrika selatan ke,zimbabwe ke,kt sane xde org kaco org….

  52. titan on September 4th, 2007 3:23 pm

    uih..dah makin ramai ngomen kat sini. Apapun..budak tu dah tau panasnya wat keje gila tuh. Tak sian ke kat family diorang tuh. Apa nak jadi budak2 sekarang..

  53. fauzi on September 7th, 2007 12:48 am

    persenda agama dah satu hal…aku pun marah…
    tp dia non muslim mmg suka hati dia nak rapping mcmmana…
    klu aku psersenda agama lain beribu lagu pun aku boleh buat…akupun musician juga…
    nak mcmmana agama masing2kan?? marah juga..tp mmg dia x paham..hukumnya di akhirat kelak..bkn kita tentukan..
    tapi..
    Rapping lagu negaraku mmg big mistake..x boleh diampunkan .mempersendakan kedaulatan negara yg mmg kite pertahankan sejak sekian lama..
    so kerajaan kena bertindak tegas..ISA ke apa ke??bkn soal dia cina,india atau melayu..soal dia sebagai warganegara malaysia itu sendiri…
    tp..jika tiada tindakan itu br prejudis..sbb nasib xkan sama jika dia melayu..

  54. Noorizam Shah on September 7th, 2007 9:42 am

    kita lihat kepada kontek kewarganegaraan..

  55. lydhellgurl on September 9th, 2007 5:48 pm

    aku stuju…
    aku org swak…
    cina dgn melayu di swak brada dlm 1 geng…
    xkira lah bangsa ape pun…
    kami org bkwn xde tgk bangsa dgn agama…
    aku bdk cina melanau islam dr miri,swak…
    w/p islam…
    aku pegi jga kedai cina minum2(xde la aku nak makan kat sana,hehe haram…),mrokok dgn kwn cina…
    kwn cina pegi makan dgn aku kat kedai melayu…
    xde komplen ape2…

  56. sedihnya on September 14th, 2007 9:14 am

    ayooyo..teruknya bahasa dak cina ni….

  57. izzul on September 16th, 2007 11:47 pm

    pelajar ni mmg xtau MALU..ingat cina je bleh maju..melayu pn bleh maju gk..xsdr diri.malaysia ni yanah melayu ko kena sdr..ssb 2 gov lebih utamakan org melayu..insaf la..

  58. izzul on September 16th, 2007 11:49 pm

    harap xda lg perkara sebegini akan berlaku di masa hadapan..