Memiliki Kad Kredit menyelesaikan masalah kewangan?
August 7, 2007

Saya tidak pernah memiliki kad kredit. Walaupun saya pernah ditawarkan oleh beberapa buah bank untuk memakai kad kredit, sehingga hari ini saya berasa ianya masih lagi belum penting. Cukup sahaja dengan memiliki kad debit. Lebih-lebih lagi saya ada kad ATM seperti Maybank dan CIMB. Mungkin akan datang, jika saya rasakan ianya perlu, barulah saya akan menggunakannya. So kawan-kawan yang kerja kat bank tu, tunggu je la saya isi borang yer..
Saya tahu, cara hidup moden zaman sekarang ini amat mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan. Apabila memiliki sekeping kad kredit, ia sudah melambangkan kepuasan untuk memiliki barang dan perkhidmatan yang mungkin diluar bajet bulanan. Ramai juga kawan-kawan saya berminat memiliki kad kredit setidak-tidaknya sekeping kad untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.
Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.
Jadi, anda tahulah kenapa sampai ke hari ini, saya masih lagi tidak menggunakan sebarang kad kredit.
Jika berlaku seperti perkara di atas, bagaimana? Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?
Kad kredit ini bukanlah memberikan anda aset positif, sebaliknya ia banyak memberikan anda liabiliti positif. Bila sebut je kad kredit, tak payahlah anda nak berbangga kerana memilikinya kerana apabila kita sebut kad kredit, kita dah terbayangkan kad hutang. hehehe. Anda boleh membayar apa sahaja barang yang anda inginkan kemudian setiap bulan siaplah dengan ansuran bulanan. Anda boleh berbelanja lebih dengan kad kredit tetapi nanti kenalah bayar lebih kat bank.
Tapi….
Kalau kita lihat golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki.
Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.
Apa yang saya tahu dalam Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.
Apakah pemilik kad kredit hari ini sebenarnya golongan miskin?
Jangan marah yer!
Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit.
Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit. Sapa kat sini ada banyak kad kredit, sila angkat keyboard!
Saya lihat, kawan-kawan saya yang memiliki kad kredit ini selalu sangat ambil mudah soal hutang. Itulah sikap buruk kawan-kawan saya nih. Mereka berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Orang nak ada laptop, dia pun nak pakai laptop. Orang nak beli baju mahal, dia pun nak baju lebih mahal. Sedangkan gaji dia cukup-cukup makan sahaja.
Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, kawan-kawan saya berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.(Fikir dulu sebelum belanja!)
Sudahlah mereka nih kuat berbelanja. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan. hahaha.. lagi la terpengaruh kawan-kawan saya nih.
Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk mereka yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.
Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan.
Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.
Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan.
Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu.
Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri.
Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan.
Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu.
Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.
Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram.
Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.
Ada kad kredit? kongsikan pengalaman anda di sini. ![]()
Popularity: 15% [?]
Sphere: Related ContentComments
26 Responses to “Memiliki Kad Kredit menyelesaikan masalah kewangan?”
Got something to say?





















































rasanya better beli debit kad..:)dapat cntrol
Sekarang ni ada yang siap kasi TV free lagi untuk siapa yang pakai kredit kad
mungkin betul.. untuk permulaan gunakan debit kad. penggunaan kredit kad memerlukan displin yang tinggi.
rasanya saya setuju dgn pandangan2 saudara mengenai penggunaan kad kredit ni.
bagi saya kad kredit = hutang
kebanyakkan bank berebut rebut nak dptkan pelanggan dengan memberikan “freebies” seperti komen Maizul.
Nafsu ni kadang2 digoda juga dengan kad kredit… selagi mampu setia dengan debit kad.. teruskan la.. ngeh2x
rambang mata dibuatnya..
mardiana ada pakai kad kredit ker?
sebenarnya tu nak tarik orang je..supaya mudah terpedaya..:)
Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti..
HUtang kad kreadit takkan la tak leh bayar!
Takkan nak bawak masuk kubur nanti??
Hehe..
masalahnya hutang kad kredit itu terpaksa kita bawa sehingga ke kubur. jika ada tanda peringatan, akan tertera laa penanda kad kredit di sana. tapi takleh buat gitu… cuma tersenarai dalam rekod bank sahaja…
kalo along lagi susah, semua orang jadi susah sampai bila2…
susahnya mengunakan kad kredit ni sebenarnya..kenapa..”berfikir sebelum bertindak”
malangnya kalau dan gunakan kad kredit ramai yang tak berfikir nak membayarnya macammana nanti..
hehehe..oh ya, gunakan je kad kredit mastercard ambank..nama je kad kredit,hehe..tapi kad debit jugak..
so far aku ni student..so kredit kad memang tak pernah pakai lagi la..yer la..mana qualify pun
pada pendapat saya , semuanya terpulang pada diri sendiri. ive been using credit card since masuk Uitm (supplementary Card) from my dad. katanya guna apabila perlu jer like isi minyak keta ke atau aperla janji jangan joli. every month kalu bil datang tak lebih dari rm200 tp ader lah gak sampai rm500-rm700 tapi yang balance tu kena bayar sendiri la.. yang penting disiplin diri tu jer yang penting. kalu bole kawal diri sure takder masalah. tapi biasala sekali sakala bil tinggi especially musim jualan murah. betul tak
Apa nak dibanggakan kad credit tu, dengar jer ‘credit’ bermaksud HUTANG!
Bagi saya kad kredit nie untuk orang yg berada jer sebenarnye sesuai, sebab berapa diaorang guna pastu bayar balik berapa yg diaorang guna. pendek kata untuk sesak dan malas bwk duit bnyak.
Klau org yg tak berada nie pakai itu yang susah tu, guna bnyak, bayar minimum jer, penyudah isterest belambak, dah kanoti, jgn salahkan kad credit nie jahat la, apa la, konsep guna kad credit tu yang salah.
Dlu saya pakai kad credit, jenuh gak, skrang pakai kad debit, senang, control duit sendiri..
maka pilihan yang terbaik adalah kada debit untuk mereka yang perlu control belanja mereka. kad hutang untuk mereka yang mahu berhutang sahaja. kenapa tak letak perkataan HUTANG pada kad dengan gelaran KAD HUTANG, itukan lebih baik sebenarnya… walau pun KREDIT dan HUTANG adalah semakna…
lebih ramai yang terperangkap dengan duit plastik segera itu.
kalo dah takdak pilihan untuk mendapatkan kad hutang tersebut. adakah pilihan lain untuk berbelanja dengan banyaknya…? kenapa mesti nak menunjunk bahwa saya ada kad hutang untuk membeli bukannya saya ada duit untuk membeli…
saya takder duit untuk membeli tetapi saya ada kad untuk membeli semaksima mungkin…
sebagai pengguna yang cermat mestilah tahu bahawa kad kredit nukanlah perkara yang dimain-main sahaja kerana bagi orang ramai sesiapa yang telah memiliki kad kredit mereka akn bannga….mereka tidak tahu bahawa kad kredit akan membolahkan seseorang itu dirumus masalah jika kad kredit ini tidak di ambil prinsipnya memiliki kad kredit
kalo had kredit rm5,000 tak terbayar mana mungkin bleh buat tambahan had kredit lagi… tak cukup dgn had kredit sedia ada, tambah pulak kempen extra had kredit yang boleh digunakan dengan cara yang terlebih maksima…
inilah yang dikatakan impak maksima yang sebenarnya…
company tu nak amek keuntungan daripada customer depa la..
hambik untung dua kali ganda. dah nak habis had kredit. boleh tambah lagi… mudah sangat nak tambah pulak yer? dah laa yang lepas2 tak terbayar… iklan depa memang berpengaruh…
seandainy iklan depa buat begini :
dapatkan kad kredit secara berhutang tetapi kena bayar tiap2 bulan, sapo yang nak hambik kad hutang lagiiiiii….? wuahahahaaa..
x jgk de.. klau yg brpndapatan rndah pn leh gna gak.. yg pntg dsplin mau tggi.. gnakan hnya utk isi mnyak n bli brg dpur ja.. tp JANGAN sekali2 withdraw cash money..
x pernah try debit kad except raya ari tu uncle bitau dia saving Rm500/mnth tuk debit card..camno eik…
serik guna credit card
Sekarang lambat bayar bukan kena interest tapi bank akan terus ambil duit dari akaun simpanan anda.
Kalau card kena tahan kesemua duit anda dalam simpanan tak bolih keluar dan duit nya akan diambil bank untuk settle baki credit card.
aku pun pakai c.credit..disiplin kna tinggi woi..dah pakai dekat 11 thn..no problem..janji bayar yg kita hutang tuh!!hutang $300, bayar $300..klu x mampu nk bayar baik tak pyh pakai c.c..rugi lo..apa-apa pun tepuk perut tanya lapar…k.
btul tu..btul..
aku pun pakai kad credit jgk. Tp ok je… Janji byr. Aku pakai 4 bank. Tp tak lah semua aku guna. Aku guna 2 jer. Yg lain tu aku saje buat.. Bg aku kad credit ni penting, mcm aku dulu, krete rosak tgh lbhraya, pecah injin. Nasib baik ada kad. Mana nak cari cash 2300 tgh2 org bercuti raya. Sendiri mahu ingat lah.