Bagaimana Menjual Produk Affiliate Program dan Terima Komisyennya…
August 6, 2007
Saya ada seorang rakan siber yang mana, beliau mempunyai blog peribadi. di blog tersebut, beliau meletakkan beberapa banner-banner program affiliate seperti affiliate produk ebook, software, hardware, hosting, domain, bengkel keusahawan dan sebagainya
“Aku banyak juga join program Affiliate ini tetapi aku peliklah, kenapa aku masih lagi tak generate apa-apa komisyen? Puas juga aku promote tapi tak juga dapat-dapat komisyen…”
“Bro, saya nih bukanlah pakar dalam program Affiliate, tapi kalau nak kongsi ilmu pasal program ini boleh la sket”, jawab saya.
Berulang kali…malah saya tahu ramai juga yang bertanya bagaimana mereka yang lain dengan selamba boleh menjana pendapatan sampingan dari program tersebut?
Pembaca blog sekelian,
Untuk menyertai program affiliate ini amatlah mudah. Ya! mudah jer kalau nak join. Anda boleh menyertai secara PERCUMA atau pun dikenakan sedikit bayaran (jarang penganjur sediakan program affiliate berbayar). Tetapi!!! ada tetapinya.. tetapi untuk menjana pendapatan melalui program Affiliate bukanlah mudah seperti yang disangkakan.
Jika anda ingin menjual beberapa produk, pastikan anda menumpukan kepada produk yang ingin dijual. Jangan terlalu yakin dengan lambakan produk yang anda bererti anda mampu menjualnya dengan mudah. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual produk Affiliate Ebook Pakej Starterkit BloggingStep anda perlu menumpukan lebih bagaimana untuk menjual produk tersebut.
Anda juga boleh membuat perbandingan dengan mana-mana produk Affiliate yang memberikan anda margin keuntungan yang bagus. Misalnya, Affiliate maskahwin.com memberi anda RM5 komisyen setiap produk yang terjual manakala BelajarCpanel.com beri anda RM10 bermakna anda perlu memilih salah satu dari produk ini bergantung kepada jumlah jualan yang anda berjaya lakukan. Jika Affiliate Maskahwin memerlukan 20 jualan untuk mendapatkan RM100 dan BelajarCpanel.com hanya perlu 10 jualan sahaja, maka anda boleh letakkan sasaran produk mana yang perlu diberi tumpuan.
Jika anda rasa sukar untuk membuat jualan untuk produk maskahwin.com, maka anda tumpukan kepada produk belajarcpanel.com. Produk yang murah biasanya akan dibeli oleh ramai pelanggan berbanding yang mahal - Teori untuk pembeli orang Malaysia hehehe..
Yelah, kalau anda rasa susah untuk jual produk yang mahal, anda bermula sahaja dengan produk yang murah sedikit. Yang mampu dimiliki oleh pembeli. Kemudian barulah beralih kepada produk-produk yang lebih mencabar lagi. (yang mahal-mahal dan beri profit keuntungan yang besar).
Masa yang amat sesuai sekali untuk mereka yang ada blog atau laman web. Letakkan produk Affliate program anda di kawasan yang mudah dilihat! Kat mana tempat tu?
Letakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh pembaca atau pelawat seperti kawasan segi tiga emas! Salah satu link Affiliate yang saya letak di kawasan segi tiga emas adalah di laman web pelamin.net. Saya juga letakkan banner advertlets di kawasan top area di blog NoorizamShah.com untuk memudahkan klik dari pelawat saya.
Nanti!
Jangan berharap dengan meletak banner sahaja anda boleh mendapat klik dari pelawat anda? Blog atau laman web anda mestilah sentiasa dikemaskini, jangan ditinggalkan terlalu lalu tanpa melakukan apa-apa update. Untuk strategi mendapatkan klik, anda perlu menulis review mengenai produk tersebut dan tinggalkan link affiliate ke laman web produk. Masukkan produk-produk terbaru dan terkini yang lain dalam review anda dan tinggalkan juga link affiliate tersebut.
Jika anda berjaya menulis dan membuat seseorang itu berfikir untuk membeli produk tersebut, anda telah merapatkan lagi mindset mereka untuk membuat bayaran kepada produk tersebut. Yang paling penting untuk mendapatkan jualan dalam affiliate program, anda mestilah mendapatkan pelawat seberapa ramai yang mungkin. Ini penting, tanpa pelawat tak guna anda menulis bagai nak rak sedangkan laman web anda lesu tanpa pengunjung.
Tau tahu nak tulis produk mana satu? Apakata anda cuba tulis review mengenai beberapa iklan di Nuffnang.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
12 Responses to “Bagaimana Menjual Produk Affiliate Program dan Terima Komisyennya…”
Got something to say?





















































artikal yang bernas…saya adalah tergolong yang suka join aafilate
BizMalaya aku pun sama jugak.
Dalam salah satu interview, LiewCF cakap walaupun visitor websitenya banyak, penjualan affiliatenya mengecewakan. Jadi dia cakap dia dah kurangkan penjualan affiliate dan lebih tumpu pada pasaran pengiklanan. Hmmm… Mungkin conversion rate utk affiliate program lebih tinggi jika dibuat menerusi mailing list (e.g. Gobala) atau dedicated web page?
nampak gayanya memang patut kena buat secara lebih fokus barulah ia menghasilkan income yang banyak dengan aff nih. kalo setakat untuk medapatkan klik yang banyak memang banyak laaa…
statistik klik dah berapa banyak yang saya dapat? siapa yang klik? dari mana? dan pembelinya…..? sedihnya takder pun yang nak beli… beli dan suruh orang beli…
mereka datang nak beli aje ke???
terima kasih bizmalaya…
kalau guna mailing list lagi la berpotensi…
macam si bitol
fokus jangan tak fokus… klik tu perlu tapi mereka membeli itu lagi penting..
memang agak sukar nak pujuk orang beli dari affiliate coz ramai yang dah tau pasal affiliate..sebagai contoh la..anda nak promote affiliate banner
pastu letak plak kat website anda banner tu..pastu p promote la kat mana-mana..kalau banner selalunya ade gak org klik kalau banner tu menarik dan ‘catchy’ ayatnya..lau tak..jangan harap..
paling susah rasanya kalau guna single link sahaja..dah tentu ramai yang tahu kat belakang tu ‘ref=12212′
tu biasanya affiliate ar..banyak teknik digunakan untuk tingkatkan sales affiliate..aku skang ni ngah mengkaji teknik satu ni supaya mudah dan berjaya buat org klik kat banner tu dan minat untuk membeli..
p/s:memerlukan ‘ayat’ yang masyuukk kalau nak kasi org beli:)
Ehm, kalau orang Malaysia. Semua nak free aje. Susah nor nak kuar duit. Melainkan yang betul2 murah. Nak buat macam mana. Dah mentality rakyat Malaysia cam gini..
memang ramai yang nak FREE..so terpulang la strategi memasing nak wat camne supaya ramai yang tertarik nak beli produk tu..kena ade something yang amat menarik pembeli..cam software ke..yang susah nak dapat..:)
masih tertunggu2 komisen dari program affiliate yang saya sertai. maka tertunggu-tunggu aje laa dan takleh nak buat apa-apa…
rasanya saya minat nak buat affiliate sendiri..tapi masih belum mampu lagi rasanya..:)