Antara yang menarik hari minggu ini…

August 5, 2007

 

Cinta Filem Terbaik FFM20 raih RM50,000.

Tahniah diucapkan kepada pengarah Kabir Bhatia kerana berjaya merangkul anugerah utama. Shuhaimi Baba pula menang gelaran Pengarah Terbaik menerusi Filem Waris Jari Hantu. Pelakon wanita Terbaik dimenangi oleh Vanidah Imran manakala Rusdi Ramli menang pelakon lelaki terbaik.

Azean Irdawaty yang sedang berhadap dengan kanser payudara memenangi anugerah pelakon pembantu wanita terbaik dan Datuk Rahim Razali memenangi pelakon pembantu lelaki terbaik. Nasib Yasmin Hamid mempertaruhkan filem Mukhsin hanya berjaya memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik melalui Mohd Syafie Naswip. Apapun tahniah kepada Mukhsin pasal menang anugerah Perak di Jogja-NETPAC Asian Film Festival

Noorizam: Vanidah Imran nih memang seorang pelakon yang bagus dan tabik spring kat Azean kerana semangat juang dia menentang kanser, dia masih menampilkan hasil kerja seni yang berkesan.

NUTP saman ibu bapa buat laporan palsu

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengambil keputusan menyaman ibu bapa yang membuat laporan palsu mengenai salah laku guru di sekolah kepada media sehingga menjejaskan imej dan maruah guru. Ini berikutan NUTP mengesan tiga kes palsu di Kedah membabitkan guru di Sekolah Menengah (SM), Bakar Arang, Sungai Petani; Sekolah Rendah Jennis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Tun Sambanthan, Bukit Lembu dan SRJKT Kalaimagal yang dituduh tanpa bukti kukuh.

Noorizam: Semakin ketara pula sejak dua menjak kes-kes di sekolah menjadi perhatian media dan orang ramai. Apakah bentuk penyelesaian Kementerian Pelajaran?

Wanita dakwa dirogol 6 orang termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun?

Seorang wanita di Johor Bahru membonceng sebuah motosikal mendakwa dihimpit sebuah lori sebelum dia dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh enam lelaki, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ketika dalam perjalanan ke Pasir Gudang.

Noorizam: Apa nak jadi nih? budak 12 tahun rogol mangsa berusia 30 tahun? Kalau benar kejadian ini, alangkah malangnya…

Apa perkembangan terkini pasal StarCeleb.tv? Klik Sini

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

11 Responses to “Antara yang menarik hari minggu ini…”

  1. reezluv on August 5th, 2007 4:24 pm

    erm..tak terkejut pun Filem Cinta dapat jadi Filem Terbaik..tgk cite tu memang agak tersentuh..cerita dalam cerita..

  2. zool on August 5th, 2007 5:05 pm

    ‘Cinta’ Filem Terbaik
    1. Sori Tak mengikuti perkembangan filem.. SO tak tay nak komen…

    NUTP saman..
    1. Macam-macam le .. Nie mesti ibubapa nak glamer atau yang terlalu percaya kat anak.. Saman je NUTP… Kalau tidak nanti tiada hormat pada guru…

    Wanita dakwa dirogol budak 12 tahun..
    1. Aku memang cukup sedih bila baca berita ni kat suratkhabar tadi… Budak tu nampaknya dah pilih jalan yang salah… Harap-harap semuanya menerima balasan… Dunia tak selamat sekarang…

  3. abdfatah on August 5th, 2007 5:24 pm

    manusia kan ramaiiiiiiiiiiiiiii…. ini mesti kes c.s agaknya yang heboh tu. tak pasal2 orang lain menjadi mangsa… c.s? apa itu c.s? alaaaa c.s yang heboh duk cari ramai2 tuuuu….

  4. Noorizam Shah on August 5th, 2007 7:15 pm

    saya tak berkesempatan nak tengok filem nih.. pasal saya jarang ke panggung wayang. Apapun pasti FFM20 nih menjadi bualan ramai peminat sekitar minggu ini dan ia pasti menjadi keyword berpotensi di enjin pencari. hehehe

  5. Noorizam Shah on August 5th, 2007 7:16 pm

    macam mana mangsa boleh dakwa budak tu turut rogol dia? ermmm.. boleh ke budak umur 12 tahun tu?

  6. Noorizam Shah on August 5th, 2007 7:18 pm

    apa makna c.s tu abdfatah?

  7. abdfatah on August 5th, 2007 9:14 pm

    filem kat layar perak tak tengok sangat. tunggu tengok dalam tv aje laa bersilih-ganti dengan iklaneka…

    alaaa citer pasal suraya… ada dalam blog pakdi, blog saya pun ada gak… pi jenguk laaa..

    saya rasa budak tu terEfek dengan gerak khas agaknya. citer gerak khas ari jumaat. himpit dan langgar dan kemudian kisahnya tragis sudahnya…

    tajuk apa entahnya…

    efek lain pun banyak jugak.

  8. Noorizam Shah on August 6th, 2007 12:34 pm

    ooooo.. citer pasal cikgu suraya ker.. tu yang shortcut c.s tu? hehehehe.. ingatkan counter strike.. hehehe

  9. Ali (37)@starceleb.tv on August 9th, 2007 11:53 pm

    filem kita semakin hari semakin berkualiti. tahniah kepada semua yang berusaha menjadikan filem kita satu kebanggan. sebagai rakyat malaysia kita haruslah menyokong segala usaha ini dengan pergi menonton filem di wayang.jangan asyik nak sokong filem seberang jer.did you know that Filem diva telah diketegorikan sebagai filem yang tak layak diberi bintang oleh media seberang!

  10. Ali (37)@starceleb.tv on August 9th, 2007 11:59 pm

    ops lupa nak tambah, kalu dulu kita kekalkan public caning pasti student tak jadi macam hari ni. dulu riotanla sure parent tak kisah, sekarang cubit sikit pun takleh sure kena samannyer. Apepun semua bermula dari rumah, parent tak kisah, anak anak menjadilah…

  11. How To Start A Blog on October 8th, 2007 4:59 am

    How To Start A Blog…

    I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting…

Got something to say?