Guna MySpace dan Bina Blogging Audience
August 4, 2007
Kevin Palmer dari Buzz Networker pernah menulis mengenai penggunaan Myspace to Build a Blogging Audience. Hari ini juga saya turut akan menyentuh topik mengenai penggunaan MySpace untuk mendapatkan traffik ke blog anda. Jika anda menganggap MySpace adalah tempat anda mencari kenalan atau ‘kekasih siber’, maka anda adalah silap.
Mana-mana tempat social networking di dunia ini sebenarnya adalah tempat yang sesuai untuk anda mensasarkan pasaran mengikut niche anda. Bila saya sebut pasal MySpace disini, pasti ada yang berkata “itu tempat orang muda-muda remaja sahaja”.. Opssss.. Myspace bukan direka untuk remaja atau sexual predators atau tempat membuang masa.
Selain social network seperti circles99.com, friendster.com, virtualfriends.net dan carijodoh.net, tempat seperti MySpace secara demografiknya, anda akan melihat pengguna utama laman web tersebut bukan sahaja golongan remaja yang masih mentah malah ramai penggunakan yang berumur sekitar 35-54 tahun juga turun memiliki akaun MySpace.
Saya? sudah semestinya mempunyai 3 akaun Myspace. hahaha..
Peranan MySpace begitu penting kepada saya kerana setiap hari di sana terdapat lebih dari 500,000 post blog di paparkan, ini termasuklah topik mengenai politik, hiburan, teknologi dan pelbagai topik lagi. Di sana pengguna membaca blog-blog tersebut, sebab itulah anda perlu mengambil peluang keemasan ini. Dengan mempelajari dan memahami bagaimana anda boleh meletakkan sasaran pasaran di MySpace, anda mesti mencipta sesuatu ayat dari mulut anda sendiri mengenai blog anda ketika ini atau dapatkan audien seberapa ramai yang mungkin sebelum anda melancarkan blog baru anda.
Gunakan isi kandungan yang asli, bukan di ‘copy-paste’
Saya ada melihat beberapa orang blogger menghantar post yang terlalu biasa di MySpace dengan harapan mereka mendapat pelawat sebanyak mungkin melalui link yang dipaparkan. Selepas beberapa minggu, diorang mula komplain mengatakan mereka langsung tidak mendapat apa-apapun traffik dari sana. hehehe..
Ada dua alasan yang boleh digunapakai disini;
User di MySpace adalah seorang pengguna yang tegar. Anda jangan berharap dengan sekali post anda boleh memiliki user dengan mudah. Mereka ini tipikal dan kebanyakan daripada user-user ini menjadikan MySpace sebagai satu destinasi yang mempunyai segalanya. Mereka langsung tidak peduli atau berharap untuk sukakan komuniti blog di luar kotak MySpace.
Oleh itu, jangan mudah cepat pecah kepala! Ambillah masa untuk menulis isi kandungan yang segar dan asli setidak-tidaknya sepanjang minggu pertama dan sentiasa sibukkan diri anda seketika dengan pembaca MySpace. Dengan melakukan kaedah ini anda akan mendapat pembaca setia yang pertama atau pengikut kumpulan awal seterusnya membawa mereka keluar dari kotak MySpace ke blog anda yang sebenar.
Ambil kepentingan MySpace secara keseluruhannya.
Antara alasan kenapa blogger tidak dapat melihat pulangan daripada MySpace mereka adalah kerana mereka tidak mengambil masa yang cukup untuk meletakkan sasaran kepada pasaran.
MySpace mempunyai ’search features’ untuk membenarkan anda mendapatkan target individu berdasarkan lokasi, umur, katakunci, jantina, kegemaran mereka dan lain-lain maklumat demografik. Ini adalah kuasa sebenar penggunaan carian yang tidak menghadkan anda mencari maklumat-maklumat individu, malah anda boleh mendapatkan website-website kumpulan menggunakan katakunci tertentu.
Cuba kita ambil contoh kata kunci “photography”, bila anda mula membuat carian dalam group photographi, di antara 3 kumpulan utama anda dapat melihat kumpulan ini berjaya memiliki 117,000 ahli. Wow! banyak tu… Betapa ramainya pengguna dalam kumpulan ini jika termasuk anda! hehehe.. Inilah tempat permulaan anda untuk menawar atau menjemput rakan ke blog anda dengan menggunakan kaedah menghantar post termasuklah di bulletin board dalam kumpulan.
Selepas topik ini, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana menggunakan niche anda untuk meletak target yang sesuai.
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentComments
12 Responses to “Guna MySpace dan Bina Blogging Audience”
Got something to say?





















































salah 1 teknik menarik traffic ke blog / website yang menarik !! patut dicuba
so far belum lagi guna myspace untuk promote my site..:)kebanyakan trafik hasil dari signature forum dan posting yang rasanya menarik minat ramai..:)
saya pun taktau blog saya baru je dibina..tapi rasanya lebih menarik minat pembaca dari blog free saya tu..dah lama..tapi visitor kurang sangat dari yang ini..hehe..
nak cuba dapatkan 150-300 visitor sehari..:)
shah, cuba la.. try join group dalam myspace …
semua ini bertujuan untuk besarkan social networking jer.. selamat berjaya..
kena berusaha keras lagi tu reezluv.. kena dapatkan bantuan lain seperti rss feed.
nak cuba jugaklah menda nih. memang menarik kalo bleh tarik taril traffik dari sana.
wah 3 akaun kaaa? berapa banyak mau buat akaun haaa? bleh cuba… cuba jangan tak cuba…
erm..tu la..tapi tak bape paham nak guna rss feed ni..blog saya ni manyak gambar..agak sukar rasanya kalau takat baca feed je..:)
sebenarnya tak bape paham tentang rss feed ni:)hehee
saya setuju sangat dengan myspace ni before this memang saya tak suka kongsi my life with other but now i have to admit, this is one of the way to keep in touch with all your frens. blogging is something very new to me.bila join starceleb, all the contestant kena buat blog sendiri. now i feel great as i can share things, event, pics and everything la with everyone yang saya kenal takira dimana jua mereka berada. by the way kalu ader masa lawatlah my blog. jangan lupa bagi komen sekali.
p/s noorizam jangan marah yer. kalu takleh just delete jer this post k. no hard feeling,heheh
tapi myspace dengan friendster mana lagi kuat untuk marketing ni?adakah myspace?
Saya pun dah cuba teknik ini. Memang ada kesan. Tapi, perlu rajinkan diri menjadi lebih peramah. Tujuan? Membina huge audience, create attention.. Barulah orang pun, nak masuk ke blog kita, lagi seronok kalau sebab puas hati dengan cara kita sendiri approach mereka, mereka boleh jadi pembaca blog tegar, untuk blog kita
Siapalah blogger tanpa pembaca.. Ye tak?
jika seseorang itu hidup tanpa hala tuju apa pulak kesannya
thanks Noorizam, artikel ini banyak membantu saya.
Memang betul. Tu adalah salah satu cara mendapatkan trafik. Tapi, anda bukan tu saja. Anda juga boleh mendapatkan trafik dengan menggunakan PPC, Letak link di signature, SEO, dan juga menggunakan benda yang popular seperti video anime yang memang tengah hangat.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal jana trafik guna video nie boleh pergi ke website nie
http://silentmoney.co.cc/