Tips Pilihan Dr Irfan Khairi - Senarai Jangan Buat (Stop Doing List)

August 3, 2007

Ini adalah antara tips pilihan Dr Irfan Khairi mengenai pengurusan masa. Ya.. memang saya pun memahami mengapa masa itu amat penting bagi kita. Sebagai seorang yang mempunyai kerjaya banyak masa-masa kita dihabiskan dengan kerja-kerja dipejabat, apabila balik dari kerja kita akan berhadap pula dengan pelbagai komitmen.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, anda mungkin sibuk dengan isteri dan anak-anak. bagi yang sedang menuntut ilmu pasti akan berhadapan dengan komitmen terhadap pusat pengajian, pelajaran, kertas kerja, peperiksaan dan sebagainya. Yang menganggur pula pengurusan masa sedikit berlainan samaada mengabiskan masa duduk dirumah tambah berbuat apa-apa, ke pusat siber kafe bermain komputer atau game online, merempit di jalanan dan sebagainya.

Dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, “To
Do List!”
. Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan
pangkahkannya dari senarai kita. Bila sudah selesai, datang lagi senarai to do list yang baru dan ia berterusan sehingga sampai di satu peringkat anda ‘berehat’.

Selain dari membuat senarai to do list, satu konsep yang baru yang diperkata oleh pelbagai pihak dan juga memberi kesan yang amat mendalam dalah lawan kepada “To Do List!”. Pernah kah anda mencuba “Stop doing List!”? Saya belum lagi ada senarai ini kerana saya pun baru mempelajari bagaimana untuk membuat senarai “Stop Doing List” itu pun selepas membaca email yang dihantar oleh Dr Irfan Khairi kepada saya. :) “Stop Doing List” adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit, menonton konsert, ke kelab malam atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu “Stop Doing List!”

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!

= = = = = = = = = = = = = = = 
Berikut adalah senarai nama yang di tag!

1. En Pakdi dah mula sebuk ker buat bengkel CashFlow?
2. Lama tak nampak SaifulSham jenguk kat blog saya nih.. mai la jenguk!
3. Alang pun sama gak! Jangan la sombong alang! ;)
4. Macamana kesihatan anda Badruzamani? Apa Khabar…
5. Imoimora nama yang juga tidak terlepas! Anda di tag!

Popularity: 17% [?]

Sphere: Related Content

Comments

12 Responses to “Tips Pilihan Dr Irfan Khairi - Senarai Jangan Buat (Stop Doing List)”

  1. Aoleon The Martian Girl on August 3rd, 2007 2:52 am

    Thanks!

  2. The Malaysian Life on August 3rd, 2007 11:15 am

    I agree that a don’t do list is as important as a to do list.

    I like you blog and I’ll visit often. Keep up the good work.

  3. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 11:39 am

    hi Aoleon .. welcome here.. thanks for visit! :)

  4. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 11:40 am

    The malaysian life: Thanks for reading my topic. I’m appreciated it. :)

  5. Ali (37)@Starceleb.tv on August 3rd, 2007 6:05 pm

    yang paling penting ialah buat aper yang penting dulu then baru buat yang kurang penting pulak. i tu yang slalu dia ajar tapi nak buat belum tentu lagi kan.apepun tepuk dada tanya selera!

  6. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 6:22 pm

    vote ALI 37 @ Starceleb.tv :)

    terima kasih kerana singgah ali! semoga ali pun buat tips ni and good luck to you!

  7. abdfatah on August 4th, 2007 11:38 am

    jangan tido banyak2… jangan makan banyak2… jangan termenong banyak2… berapa banyak banyak daaaa…jangan komplen banyak2

  8. Noorizam Shah on August 4th, 2007 12:38 pm

    jgn banyak main abdfatah … hehehee

  9. abdfatah on August 4th, 2007 11:24 pm

    jangan main2 dengan cabaran perniagaan. asam garam sebagai usahawan kena tempuhi jua dengan penuh tabah… tak dinamakan cabaran kalo takder masalah…

    jangan sekali2 mengaku kalah biar bertekuk lutut terus melantun kembali…

  10. shah on August 5th, 2007 9:21 am

    betul tu abdfatah….internet business ada pasang ada surut, ada naik ada jatuh…aku sekarang tgh merangkak kembali lah plak…huhuhuhu

  11. reezluv on August 9th, 2007 6:33 pm

    dah lama tak ke blog Dr.I..dulu selalu gak gi sane tgk tips terkini..:)thanks for sharing the good info:)

  12. abdfatah on August 22nd, 2007 12:18 pm

    senarai pembuangan masa yang tidak menguntungkan memang banyak. kalo nak senaraikan memang berkepul2 jugaklah menda yang membazirkan masa yang seringkali dilakukan oleh kebanyakan orang…

Got something to say?