Bagaimana anda mendapatkan pembaca FeedBurner…

August 2, 2007

Saya tertarik dengan salah satu topik yang ditulis Alang dalam blognya mengenai peluang menjana pendapatan dengan FeedBurner. Adakah anda seorang pembaca RSS Feed? Bagaimana untuk anda boleh memaksimakan penggunaan RSS Feed seterusnya mendapat pembaca setia. :D

Sewaktu saya mula berkecimpung dalam bidang penulisan blog, saya tidak pernah mengambil berat mengenai kaedah dan teknik menarik traffik. Apa yang saya tahu adalah menulis blog, tulis, tulis dan tulis. Saya hanya bergantung kepada satu atau dua kaedah sahaja sehinggalah saya mengenali apa itu feedburner.

Anda boleh lihat contoh di atas bagaimana anda boleh subsribe RSS Feed menggunakan feedburner.

Jika anda belum pernah mendaftar feedburner, saya syorkan anda daftar hari ini. Seperti biasa, pendaftaran ini adalah percuma dan anda boleh gunakan tool ini untuk berapa blog sekali pun di dalam satu akaun.

Langkah pertama yang paling mudah, anda boleh ke link http://www.feedburner.com

Mulakan pendaftaran secara PERCUMA dengan klik pada link creating one

Seperti biasa, isikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan ikut langkah selanjutnya sehingga selesai. Bila dah selesai pendaftaran, anda akan memiliki satu id dan password dan gunakannya untuk login masuk setiap kali ingin melihat status pembaca RSS Feed anda.

Kini anda sudah memiliki akaun Feedburner yang akan membantu pembaca anda menerima RSS Feed anda sepantas kelajuan peluru! :D


Untuk topik akan datang saya akan berkongsi pula bagaimana untuk optimise dan publicize feed burner anda seterusnya menarik pembaca baru menjadi pembaca setia!

Sebagai permulaan untuk tidak ketinggalan mendapatkan maklumat terkini ini terus dari email atau RSS Feed anda, sila subscribe blog saya hari. Bagaimana untuk subscribe? Klik pada gambar ini.. atau klik sahaja mana-mana logo RSS di blog ini. :) Boleh kan?

Opssss…. kembali kepada topik, bagaimana anda boleh mendapatkan pembaca FeedBurner anda? Nanti saya tau kat topik akan datang ok? Boleh tunggukan? ;)

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Bagaimana anda mendapatkan pembaca FeedBurner…”

  1. Hamid on August 2nd, 2007 7:31 am

    Maaf saya cuba nak post komen..
    nak tengok ada eror lagi tak…

  2. titan on August 2nd, 2007 3:21 pm

    Ok dah rasanya. Yap. Feedburner atau feedblitz memang bagus dan antara salah satu cara nak tarik traffik. Tak semua orang faham. Sasaran sampai 2020.Harap setiap rumah ada komputer dan faham apa itu blog dan juga feed.

  3. Noorizam Shah on August 2nd, 2007 3:49 pm

    saya ada juga akaun feedblitz.. tapi tak guna dah secara maksima..

  4. reezluv on August 2nd, 2007 4:56 pm

    erm..ade masuk gak Feedburner..tapi jarang baca dari Feed..tak minat plak nak baca dari situ..lagi minat kat webpage biasa

  5. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 9:30 am

    Tapi elok juga kalau reezluv RSS Feed blog ini.. mungkin kita banyak blog nak ingat.. dengan RSS Feed ini kita boleh terus baca semua topik-topik terkini dari blog-blog yang kita subscribe.. :)

  6. abdfatah on August 7th, 2007 11:15 am

    selalunya saya bookmark aje buat masa nih. guna reader google pun jarang2. kalo bookmark dekat toolbar ok juga. maka tersenarailah blog2 yang dibookmark itu…

    feedburner ada try jugak… tapi berapa ramai laa yang nak baca blog saya… wuahahahaaa…

Got something to say?