Ganja lebih bahaya daripada rokok!

August 1, 2007

Kepada kawan-kawan, janganlah anda meng’ganja‘kan diri, menda tu dadah bukan ‘ubat’ korang.

Kalau korang nak tau, laporan penyelidikan dari New Zealand menyatakan kalau korang hisap sebatang ganja, kesan berbahaya kepada paru-paru anda adalah sama seperti anda hisap 5 batang rokok (rokok naik harga wooo!). Kalau sebatang rokok harga kini mencecah RM0.80, jika anda hisap 5 batang rokok, ini bermakna anda sedang membakar wang anda sebanyak RM4.00! Perghhh.. takkan harga sebatang ganja RM4.00?

Bang… teori jer tu…

Dengan RM4.00 yang anda bakar ini, anda telah berjaya merosakkan kedua-dua saluran udara kecil di dalam paru-paru anda yang sepatutnya saluran itu membawa oksigen dan kini dia mula tersumbat dengan asap ganja.

Ah… kalau kasi tahu pun, kaki ganja nih mana tahu rupa sebenar paru-paru, diorang tak nampak apa yang ada dalam paru-parunya…

Bro, kalau korang mengadu korang sesak dada, batuk dan selalu mengadu nafas korang tersumbat ini bermakna anda telah cuba membunuh paru-paru anda dengan ganja tu! hehehe

Walaupun era tahun 70an ganja masih dibenarkan di Malaysia, tetapi sejak tahun 80an ganja tidak lagi dibenarkan pengambilannya kerana ia termasuk dalam akta dadah berbahaya dan fatwa juga telah dikeluarkan dan dadah itu hukumnya haram.

Jadi, jika anda tidak mahu menjadi seorang skizofrenia atau gila, hentikan pengambilan ganja!

Jadi apa kena mengena topik ganja dengan blog Noorizam Shah dot com? Memang ada kena mengena pasal saya benci ganja! Dadah musuh negara! Jauhi dadah! Peace!

Popularity: 10% [?]

Sphere: Related Content

Comments

26 Responses to “Ganja lebih bahaya daripada rokok!”

  1. abdfatah on August 1st, 2007 12:16 pm

    andai kata dadah itu bermanfaat untuk kesihatan. bagaimana yer? maka tidak ada rangka hidup dan tidak ada laa menyusahkan diri sendiri dan orang lain…

    malahan ia cukup merugikan diri sendiri…

  2. Zul on August 1st, 2007 2:44 pm

    anak jiran sekampung saya meninggal… hisap gam sejak kecik…paru2 malfunction.

    Ada jugak yang ketagih hisap taik lembu. Kenapa, tak percaya?

  3. Noorizam Shah on August 1st, 2007 2:57 pm

    hisap taik lembu? biar betul zul?

  4. Noorizam Shah on August 1st, 2007 3:11 pm

    buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali :D

  5. Zul on August 1st, 2007 4:45 pm

    Betul lah ni. Takde memain punya. Cuba try. Mana tau ketagih nanti.

    - yg tak penah cuba & takkan cuba

  6. abdfatah on August 1st, 2007 6:42 pm

    hahaa… memang betul laaa… nak tahu lagi kawww punya toot lembu itu? masa mula2 kuar tu yang depa kejarkan. masa panas2 orang kata, depa menghidunya… itulah cerita dari pemandu kereta sewa. ketawa terbahak2 beliau sambil cerita…

    gam satu hal… dadah apa lagi…

  7. Noorizam Shah on August 1st, 2007 8:40 pm

    komen paling kelakar pernah saya baca kat blog nih sampai ketawa terbahak2 saya.. hahahahaha

  8. reezluv on August 2nd, 2007 4:59 pm

    asapnya yang depa selalu isap..memang agak pekat baunya..taktau la nape sedap sangat depa rasa..sanggup berhabis duit psal nak isap..

    bayangkan kalau 3 hari punya stok..dekat RM300..kopak..sape yang manyak sen..lagi banyak la depa amek..sambil wat bisnes haram..pe nak jadi tah

  9. Amir on August 3rd, 2007 8:27 am

    Apa lah budak2 penagih tu, sampai taik lembupun diaorang nak dihidu, buruk perangai betul, kat tempat sy sorang budak kaki gam sy tengok dah gila dah jalan kesana kemari tidur tepi jalan..jahanam hidup..

  10. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 9:31 am

    ada ke orang jual najis lembu ni untuk buat bahan stim? saya tak pernah pula tahu?

  11. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 9:32 am

    Itu la yang peliknya manusia nih.. kepuasan apa yang mereka cari yer? :)

  12. Ali (37)@Starceleb.tv on August 3rd, 2007 6:00 pm

    yup, saya setuju sangat selain dari rosakan brain, anda akan merosakkan hidup anda, saya ader kawan yang tak pulih dari kami form 3 until now, dia tak kerja and asyik keluar masuk serenti je. sian dia but what can i do skrg?

  13. Noorizam Shah on August 3rd, 2007 6:21 pm

    yang penting anda sukses dengan kerjaya anda. Untuk kawan itu, semoga dia dapat memulihkan dirinya semula.

    p.s: kawan-kawan saya sewaktu disekolah rendah dan menengah apabila dewasa ramai juga yang terjebak dalam kancah dadah.. so bad..

  14. alongovtx on August 5th, 2007 5:33 pm

    Terfikir juga,dulu boleh sekarang tak boleh.Sebabnya menjahanamkan kehidupan.Maka undang-undang di kuatkuasakan.Woahhh…banyak lagi perkara yang perlu di percepatkan masuk ke dalam rang undang-undang,agar semua lapisan masyarakat bersama membanteras gejala “isi kepala” ni.Nak isi pun biarlah dengan perkara yang berfaedah.

  15. abdfatah on August 7th, 2007 11:07 am

    memang akan menjadi gila babun jadinya kalo dah kena dan tak reti nak balik ke pangkal jalan. kalo masih selamat masih ada jalan untuk kembali…

    kalo dah biol tak kenal dunia dah… nampaknya ucapan selamat jalan laa untuk mereka yang dah takleh nak diselamatkan…

    bayangkanlah kalo toot lembu itu dibotolkan dan dipasarkan untuk mereka, maka akan menambahkan lagi beban pasaran produk tak berguna kpd negara…

    peh… apohal produk negara pulak…

  16. abdfatah on August 7th, 2007 11:10 am

    orang dah nampak jalan untuk berniaga cara tersebut memang akan buat apa sahaja untuk mnarik untung. apatah lagi mencipta dadah palsu…

    wahahha… pengguna dadah kena tipu oleh dadah palsu… adesh…

  17. Noorizam Shah on August 7th, 2007 1:10 pm

    serius nampaknya alongovtx :)

  18. Noorizam Shah on August 7th, 2007 1:13 pm

    parah.. parah… kalau ada produk ‘tu’ lagi teruk la penagih ni.. ketagih ‘rumput’ hehehe

  19. alongovtx on August 7th, 2007 5:12 pm

    Bukan serius,kalau tiada penguatkuasaan terhadap perkara itu,contohnya “hidu gam.”

    Mereka yang terlibat tidak merasa perbuatan mereka salah.Sesiapa pun tidak boleh mendakwa mereka.Habis kuat atas dakwaan mengganggu ketenteraman masyarakat.Banyak la sangkut pautnya,kalau dah stim ni.Memang menyusahkan…

    Orang stim memang lah suka/ketawa,kita yang tengok tak kan nak ketawa juga.

  20. Noorizam Shah on August 7th, 2007 7:51 pm

    Itulah perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Penguatkuasaan perlu diteruskan dan mengambil tindakan kepada sebarang penyalahgunaan.

    Manusia, semakin ditegah, semakin bijak pandai. Terlalu banyak helah dan idea ‘kreatif’ datang dari mereka yang bermasalah ini. :)

  21. abdfatah on August 22nd, 2007 9:09 pm

    setiap hari ada sahaja mereka yang akan terperangkap dengan gejala dadah sedemikian rupa. pendek kata mudah terpengaruh…

    paling teruk keluarga mereka juga akan mempertahankan anak2 mereka… tidak ada belas kasihankah untuk keluarga mereka lantaran bersusah payah mempertahankan mereka?

    apa lagi yang mereka nak fikirkan kecuali diri mereka sendiri… bukan mereka nak pedulipun pasal orang lain jika sudah terjebak…

  22. yaya on September 18th, 2007 3:59 pm

    nak tahu,ganja nie ade effect tak kat org lain.maksudnye.jika kita konsi minum air ngan org yg hisap ganja,ada tak effect kat kita..

  23. Noorizam Shah on September 18th, 2007 9:09 pm

    ganja tiada effect kat orang lain kecuali kepada penggunanya. jika anda kongsi minum air, ianya tidak menjejaskan anda.

    biasanya yang ada effect tu, jenis pil. ganja tidak ada dalam bentuk pil :)

  24. f a k e on November 6th, 2007 12:36 pm

    SHUT U’RE F * # KING MOUTH BIT*H !
    ganja is mine !

  25. mika on July 22nd, 2008 5:33 pm

    mcm mane nak tau seseorang tu ambil ganja…?
    dan utk mengelakkan ambil ganja?
    ape kesannye…

  26. Noorizam Shah on July 22nd, 2008 7:42 pm

    susah juga nak tau seseorang tu ambil ganja melainkan dia melalui ujian air kencing. ganja ni cara hisap ni macam rokok juga.. rupa ganja macam tembakau.

    cara nak elak. jauhi pergaulan dengan mereka yang terjebak dan kuatkan iman anda.

    kesannya, daya tahan tubuh jadi tak kuat, mata kuyu nampak macam letih, khayal dan beberapa simpton lagi..

    maklumat lanjut anda boleh rujuk sini

Got something to say?