Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50 Malaysia!

August 31, 2007

Saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian ingin mengucapkan selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun. Ya! 50 Tahun. Dah setengah abad dah Malaysia ni.. makna tidaklah terlalu tua dibandingkan dengan umur ayah saya.

Yang pasti, saya dan anda tidak dapat merasai perit getir orang terdahulu berjuang untuk memerdekakan tanahair apatah lagi mereka ingin bergembira menyaksikan persembahan konsert dan bunga api. Anda, anda dan anda hargailah tanah air tercintai ini! Jangan rosakkan hubungan akrab kita selama ini!

Selamat hari MERDEKA!

Ikhlas,
Noorizam Shah dot com

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

China perkenal polis internet

August 30, 2007

Wohooo.. best la kalau Malaysia pun buat macam negara China. Cuba anda bayangkan, semasa anda sedang best-best melayan internet, anda didatangi oleh pegawai polis ‘maya’ dan memberikan anda peringatan mengenai peraturan keselamatan internet.

“Anda Ditegah Melayari Laman web Mykakis dan Rumah Tumpangan Sabul”

Jadi jangan sesekali mengidamkan nasi lembik dan ikan kering dalam lokap jika anda tidak ingin dicekup. haha. Kepada semua admin dan pengendali blog dan laman web yang berunsur menghairah, memberahi dan menggalakkan perkara tahyul, judi dan pemalsuan, berhati-hatilah anda dalam pemantauan pegawai polis ‘maya’ ini.

Tapi semua tu berlaku kat negara China sahaja, di Malaysia belum lagi kot.. hohoho (bila nak buat macam tu?).

Di China, mereka akan memantau 13 portal berita utama dan semua halaman web serta forum online berpejabat di Beijing bermula Sabtu ini (1 September 2007 la tu…)

Bagaimana rupa polis tu? Pegawai polis maya itu adalah imej seorang lelaki dan seorang wanita yang muncul sama ada menaiki motosikal, berkereta atau berjalan kaki di bahagian bawah skrin pengguna komputer setiap 30 minit.

Bagaimana undang-undang itu dikuatkuasakan, itu saya tak pasti sebab dalam keratan akhbar bharian.com.my tak pula terangkan macam mana. Tetapi ia melaporkan, berkata pengguna boleh menekan ikon untuk disambungkan ke pusat pemantauan internet yang melaporkan semua aktiviti mereka.

Pada pendapat anda, semua ini boleh dipantau ker?

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

Menanti Debaran di Pasir Gudang?

August 30, 2007

 
*Gambar dari blog Minda Kembara*

Ahad lalu saya menerima sms mengenai akan terjadinya ’sesuatu’ di sekitar Masai dan Pasir Gudang pada 30hb ini. Jadi sepanjang 3 hari lalu saya cuba mencari info apakah yang dimaksudkan SMS mengenai kekacauan terbabit dan hasilnya saya terjumpa satu cerita mengenai kisah yang berlaku di Pasir Gudang dan Masai, Johor di blog Kembara Minda Perjuangan.

Apa yang perlu sekarang ini, kita sebagai rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan propaganda beberapa pihak. Semoga kita dapat meraikan hari ulang tahun kemerdekaan ke 50 Malaysia dengan aman dan harmoni.

Berikut adalah sms yang saya terima pada ahad lepas

SMS 1,

Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,

A’kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Keadaan di negeri Johor yang semakin tidak selamat dengan isu jenayah sebelum ini menjadi berita utama kepada kebimbangan rakyat di Johor ditambah lagi pula dengan penyebaran SMS ini.
Ketua DPPK Pulai memaklumkan kepada saya pagi tadi bahawa terdapat banyak ‘road block’ oleh pasukan keselamatan terdapat di JB menambahkan lagi kebimbangan penduduk di sana. Selanjutnya

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Belajar Memahami dan Bertindak Seperti Dia (Mereka Yang Bergelar Jutawan)

August 29, 2007

 

Semalam saya ambil sedikit masa menyemak kotak email. Saya mengambil masa hampir 2 jam mengklik, buka, baca dan simpan. Jika ada emel ’sampah’ saya buang dalam tong yang sentiasa dibersihkan. Dalam banyak-banyak emel saya tertarik dengan satu kandungan yang saya rasa penuh maklumat untuk dikongsi bersama. Ia pasti amat sesuai bagi diri saya kerana saya sentiasa inginkan kejayaan dan kecemerlangan dari segi kewangan.

Dari apa yang saya baca, maklumat dalam emel itu merujuk kepada seorang penulis buku terlaris “The Millionairs Mind” iaitu Dr. Thomas J Stanley. Kepada pengirim emel ini memilih penulis buku ini adalah kerana penulis telah membuat penyelidikan atas beratus-ratus jutawan untuk memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kewangan.

Sebentar… Selanjutnya

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Merdeka Promotion! Nike Stainless-Steel Bracelet offer to you!

August 28, 2007

SPECIAL OFFER !!!

CODE: STEEL 0850-2
NIKE DESIGN

Magnetic Series Notch-Link - 316L Stainless-steel Magnetic Bracelet NEW! Stylish and fashionable. This excellent piece of Stainless-steel Magnetic Bracelet is brought to you minus the high price.

Normally retails at hundreds of Ringgit, now you decide the price.

Modern and Contemporary Design! A gift that will last very long, will not tarnish or fade.High quality workmanship makes this piece superior to others. The Ferrite Magnets in the bracelet are believed to assist in the relief of back and shoulder stiffness.

Clinically tested and proven to help provides relieve for rheumatism, arthritis, headaches, blood pressure, insomnia and physical fatigue.

Specification: Embedded infra red With removable links to fit all wrist. Stamped Stainless-steel at clasp. Free Gift Box.

Retail Price: RM80!
Promotion Price: RM34.00 (please added RM10 for shipping cost) 

Payment information
Local Buyers : Maybank /CIMB Bank ONLY!

Stok kat kami ada 3 jer lagi.. sapa cepat dia dapat!

- - - - - - - - - - - - - - — - - - - - - - - - — - - - - - - - - — -
Sebelum saya umumkan siapakah pemenang RM50 + RM20 sempena bulan kemerdekaan, saya ingin memaklumkan kepada semua jejaka-jejaka macho, kini anda boleh dapatkan gelang idaman anda dengan harga istimewa dari saya. Saya berikan anda harga yang istimewa dari biasa yang ada kat shopping complex. hehehe..

Kepada awekz, dapatkanlah hari ini dan pastikan ia menjadi salah satu hadiah kemerdekaan untuk diri anda sendiri, pakwe, ayah, abang, atau suami anda. hohohoho

P.s: gelang ini adalah gelang kesihatan kerana ianya ada Infra-red sesuai untuk tubuh badan! Design paling laris bulan ini!

P.p.s: kalau berminat nak bid, boleh la bid kat sini, kalau taknak beli sahaja dengan harga RM34.00 hari ini :D

P.p.p.s: Tawaran ini akan tamat apabila saya mendapat 3 pembeli terawal! ;)

Hubungi contact-me untuk pembelian!

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Video Percuma Untuk Anda!

August 27, 2007


http://www.videopercuma.com/r/noorizam

Pendaftaran Nama Domain (Domain Name)
  • Video 1 - Pengendalian Nama Domain- Bagaimana anda dapat mendaftar nama domain.- Bagaimana anda dapat menukar nama pelayan (name server).- Bagaimana anda dapat mengurangkan kos pendaftaran nama domain dengan menggunakan kupon diskaun.

Pengaktifan Akaun Hosting Kiosk - 10 Video
  • Video 2 - Kenapa Pilih Kiosk?
  • Video 3 - Pengaktifan Akaun
  • Video 4 - Bagaimana caranya untuk membina akaun email persendirian yang profesional
  • Video 5 - Bagaimana caranya untuk membina ‘email forwarder’
  • Video 6 - Bagaimana caranya untuk muat naik fail
  • Video 7 - Bagaimana cara mudah untuk memasang blog WordPress dengan hanya 1 klik
  • Video 8 - Bagaimana cara mudah untuk memasang forum dengan hanya 1 klik
  • Video 9 - Bagaimana caranya memasang pengkalan data (database)
  • Video 10 - Bagaimana caranya untuk mengunci folder atau direktori dengan kata kunci (password)

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »