Pentingnya blog anda memiliki “About Page”
July 31, 2007

Umpama anda menjalankan satu perniagaan, pelanggan anda membuat pembelian melalui laman web anda. Akan tetapi kita tidak tahu siapakah pemilik perniagaan tersebut. Jika produk atau perkhidmatan anda baik, kenapa perlu anda sembunyikan diri?
Samalah dengan blog, page mengenai diri (About Page) adalah sesuatu yang amat penting kerana pembaca perlu tahu siapkah pemilik blog yang mereka hari-hari datang dan membaca artikel yang ditulis. Saya lihat masih banyak blog-blog yang tidak memiliki About page dan ada pula yang menggunakan default About page di blog wordpress.
About page yang bagus adalah anda mengenalkan siapakah diri anda paling tidak pun anda letakkan satu gambar atau ceritakan pengalaman anda menulis di blog atau pun ceritakan apakah konsep atau tujuan anda berblog, bagaimana pelawat boleh menghubungi anda atau tawarkan links untuk RSS Feed bagi memudahkan pelawat melanggan topik anda.
Bagaimana anda boleh wujudkan link mengenai About page anda?
Anda boleh gunakan beberapa pendekatan seperti meletakkan about page di muka utama blog atau anda juga boleh menulis setiap topik dan diakhir topik anda tinggalkan link ke “about page“. Pastikan ianya mestilah mudah dicapai oleh pelawat anda.
Anda boleh semak contoh bagaimana untuk menulis mengenai about page disini. About page yang bawa boleh membantu anda untuk menukar pelawat yang pertama kali singgah ke blog kepada pelawat yang kerap.
Sekarang,
Sudahkah anda menyediakan About page untuk blog anda atau anda masih lagi berfikiran bawah About page itu tidak penting kepada pembaca dan pelawat anda?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Pentingnya blog anda memiliki “About Page””
Got something to say?





















































Ya..memang penting about page ni..pada mulanya agak berat nak letak..tapi bila fikirkan balik why not kalau org tahu pasal kita?Mungkin menampakkan ketelusan kita kan?Kekadang kita pergi ke blog atau site yang amat menarik tapi malang sekali tidak dapat mengenali siapakah pemiliknya..
so nak tau pasal saya?kunjungi blog saya dan pergi ke about page saya pula ye?thanks:)
oleh kerana saya buka topik ini hari ini, ada orang dari advertlets msg saya…
good article.. i will add you to my roll. thanks
Tq wmafendi