Blogger memperolehi sesuatu di Blog Sabahan.com

July 30, 2007

Tahniah kepada Wayan wandira kerana terpilih sebagai pemenang Sabahan.com Contest Entries. Nampak dalam senarai top 5 ada web zul skoorcareer dan beberapa lagi laman blog. Tahniah dari saya. :)

================

Yeah, contest yang dilakukan oleh saudara Gaman memang menarik (sekali imbas sebutan nama gaman is gomen = government ;)) . Anda review blog sabahan.com, jika terpilih anda akan mendapat ganjaran!

Saya mula mengenali laman blog sabahan.com sewaktu linknya dipaparkan di laman forum wangcyber.com. Saya ingatkan domain ini adalah domain sebuah forum milik orang-orang sabah. Nyata tekaan saya meleset kerana sabahan.com diwujudkan sebagai blog yang memaparkan maklumat seperti mengenai komputer, blogging, buat duit online, pemasaran dan beberapa interesting stuff.

Templatenya ringkas, tetapi penuh dengan isi yang bermaklumat dan blog ini adalah antara blog buat duit online terbaik yang saya pernah lihat. Bahasanya lebih kepada bahasa Inggeris, akan tetapi anda tidak perlu risau kerana cara penyampaiannya mudah difahami dan tidak terlalu berbelit-belit. Ianya lebih straight kepada fakta atau topik yang ingin disampaikan.

Jika anda mengenali saudara Gaman, beliau ada seorang full time blogger dan memulakan sabahan.com sekitar tahun 2006. Beliau banyak menulis mengenai teknik buat duit di secara online (making money online) termasuklah berkongsi tips mendapatkan traffik ke blog dan trend pemasaran online, kisah-kisah peluang menjana pendapatan online dan banyak lagi.

Nota: Sila rujuk laman blog Sabahan.com

Untuk blog milik Gaman ini, beliau menggunakan wordpress sebagai platform. Jadi jika anda lihat blognya, nampak lebih kemas, tersusun dan cantik. Awek-awek pun boleh terpikat agaknya.. termasuk lah mael yang gila populariti… ehehe

Yang menariknya lagi, saya melihat satu peluang untuk saya atau blogger lain membuat pertukaran link (links exchange) dan ia telah membantu ranking saya di alexa naik dengan pantas! :D Menggunakan kaedah pertukaran links ini telah membantu blog Sabahan.com lebih dikenali dan promosi secara percuma terus berjalan tanpa sedar. Best tak?

Antara content yang menarik perhatian saya adalah How Top Blogger Earn Money dan 8 Tricks You Can Use to Increase Alexa’s Traffic Ranking dan ianya telah membantu ranking traffic saya di Alexa bergerak pantas. Saya akan tulis 8 trik ini dalam bahasa Malaysia di topik akan datang ye. :)

Secara keseluruhannya, saya sukakan blog Sabahan.com. Penuh infomasi dan anda wajib untuk subscribe melalui feed reader!

= = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Saya beri 5 bintang untuk blog Sabahan.com

= = = = = = = = = = = = = = = = == =

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Comments

9 Responses to “Blogger memperolehi sesuatu di Blog Sabahan.com”

  1. gaman on July 30th, 2007 7:33 pm

    Terima kasih kerana tulis review yang cool ini. Anda sekarang disenaraikan dalam draw free domain name.

    Good luck man!

    Gaman

  2. Noorizam Shah on July 30th, 2007 10:01 pm

    TQ Gaman … menarik topik hari ini :) That’s saya kasi credit :)

  3. BAGAK on July 31st, 2007 12:07 pm

    cepat2lah tempah

    pahangan.com
    perakan.com
    pinangan.com
    perlisan.com
    johoran.com
    melakan.com

    muahahaha

  4. Zul on July 31st, 2007 12:09 pm

    Pening dan tergamam baca translation tu

  5. Noorizam Shah on July 31st, 2007 12:23 pm

    zul.. saja jer copy and paste translation tu… itu saya translate dari citcat.com

    :)

  6. Noorizam Shah on July 31st, 2007 12:24 pm

    kalau domain selain sabahan bunyi dia macam tak sedap kot.. hehehe

  7. reezluv on July 31st, 2007 8:58 pm

    erm..tak pernah tau plak pasal Sabahan.com ni..ye la..saya pun jarang baca blog tentang perniagaan internet..

    masa surf tadi tgk..memang best blog dan padat dengan info yang berkualiti..rasanya tak salah die mempunyai ramai visitor..bile la saya punya blog akan jadi camtu:)

  8. Noorizam Shah on August 1st, 2007 11:21 am

    lepas nih kena la selalu jenguk sabahan.. hehe

  9. reezluv on August 9th, 2007 6:35 pm

    Insyaallah..saya amat minat kalau ade kena mengena ngan design..:)hehee

Got something to say?