Iraq (Kalah Perang) Juara Piala Asia, Malaysia (tiada perang) juara apa?
July 30, 2007

Iraq Juara! Iraq Juara! Iraq Juara!
Riuh rendah seketika suasana di bandar Iraq. Mereka melepaskan tembakan bertalu-talu ke udara, rakyat mereka menari-nari dijalanan bersorak gembira merai kejayaan pasukan bolasepak Iraq meraih kejayaan sulung kejohanan bola sepak Piala Asia.
Dengan kejayaan ini, pasti akan membuka mata banyak pihak untuk mengetahui bagaimana pasukan bolasepak yang mewakili sebuah negara selepas perang boleh berjaya merangkul Piala yang menjadi rebutan.
“huyooooo.. Iraq menang Piala Asia, macam tak percaya!”, jerit beberapa orang mamat kat meja makan di sebuah warung mamak roti canai. “Aku tak sangkalah, diorg boleh menang, kan best kalau Malaysia (pasukan bola sepak Malaysia) yang main macam diaorang. Mahu penuh semula stadium dibuatnya” kata seorang mamat berbaju hijau.
Saya pun bersetuju juga dengan mereka jika pasukan Malaysia menunjukkan aksi permainan jitu seperti mereka. Lihatlah pasukan mereka memiliki semangat yang kental. Di bimbing oleh jurulatih import dari Brazil, mereka tidak pula menjadi pasukan belasahan. Lihatlah, pembangunan bola sepak mereka naik begitu pantas. Ini sama terjadi dengan pasukan dari negara Vietnam, Jepun, Korea Selatan dan China. Negara-negara ini suatu ketika kita tidak melihat kecemerlangan mereka tetapi hari ini mereka berjaya memberi saingan yang hebat di pentas dunia.
Untuk pasukan Malaysia, rombakan pasukan termasuk jurulatih dan kepimpinan perlu dibuat agar masa depan bolasepak Malaysia tidak terus malap.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
14 Responses to “Iraq (Kalah Perang) Juara Piala Asia, Malaysia (tiada perang) juara apa?”
Got something to say?





















































[…] House Contact the Webmaster Link to Article iraq Bezanya Pasukan Iraq dengan Pasukan Malaysia… Antara Salah dan Punca… » […]
Hmm… persamaan antara Iraq, Vietnam, China, Korea dan Jepun adalah mereka pernah berperang.
Adakah ini bermakna malaysia perlu…. ????
Harap2 taklah hendaknya.
Iraq bermain untuk negaranya..tapi player M’sia main untuk duit….takde gaji taknak main…
kita pun pernah berperang juga..
kita perlu bersemangat macam berjuang untuk negara. kita nampak pasukan kita kini tiada keserasian dan berlaku banyak kepincangan seperti contoh tidak dapat menyambut bola dengan baik, menghantar bola lambung terlalu banyak dan melepaskan bola terlalu kerap.
reezluv.. boleh jadi juga
jurulatih yang melatih Iraq hanya 2 bulan adalah
jurulatih yang sama untuk pasukan remaja Malaysia satu ketika dulu (berapa lama saya tak pasti)
berjayakah pasukan remaja kita dahulu?
bygkan kalau atlit Iraq ada kemudahan spt atlit Malaysia?
kalau ada history pasal jurulatih tu.. meh la kongsi kat sini bagak
nampak gaya, lagi bersungguh-sungguh diorang cipta kejayaan. Saya rasa jurulatih tempatan belum lagi berkemampuan untuk bimbing skuad negara kot?
hahaa… seandainya mereka bersungguh seperti hasbullah awang lagi bagus. betapa seronoknya mendengar pengulas sukan itu memberikan ulasan bolasepaknya itu…
hasbullah oh hasbullah…
Its simple,
Iraq= motivation (I wanna win, the reward after that!)
Malaysia= Incentive (I wanna something if i win.)
Mentality!
mentaliti kita nih kejap naik kejap turun macam motivasi la yer? ke pasal pemain dia sentiasa berubah2, so mentaliti pun berubah2?
aku kalau main ni satu sebab aje
nak tambah zuriat saja .. mesti menang punya
malaysia juara buat projek mega tapi terbengkalai (jambatan bengkok).. buat masjid kristal tapi tak ramai yang nak mengimarahkan..
suka mengagung agungkan rakyat asing (contoh sufiah yusof-siap bagi scholarship lagi)