Rahsia Buat Duit Gila-gila Kat Internet!
July 28, 2007

Sebentar lagi, rahsia ini akan dibongkarkan kepada semua tanpa perlu tapis-tapis lagi. Rahsia ini akan membongkarkan formula dan kaedah bagaimana anda berpotensi membuat duit dengan banyak di internet.
Diingatkan sekali lagi, jika anda mengabaikan mesej ini, anda pasti menyesal kerana tidak mengambil berat kepada tulisan yang bersifat teruja ini dan selepas ini anda pasti akan berkata; “kenapalah aku tak ambil berat apa yang orang lain ingin kongsikan, sekarang baru aku tahu berapa betulnya kata-kata dia, padahal aku masuk ke laman blognya setiap hari. Aku dok nganga jer…”
Saya tahu disini terdapat mereka yang telah pun pakar dalam buat duit di internet dan juga saya tahu ada yang masih lagi tercari-cari peluang buat duit di internet. Kita sama-sama melalui pengalaman itu. Ada peluang yang nampak mudah tapi memerlukan modal besar dan ada juga yang memerlukan cabaran untuk mendapat ganjaran.
Setiap orang pengalamannya berbeza. Tetapi bagaimana cara mereka yang buat pertama kalinya memperolehi duit melalui internet ingin mengekal rentak tersebut? Bagaimana mereka boleh terus bertahan untuk terus memperolehi duit melalui internet?
Untuk menjadi seorang yang konsisten (macam Nicol Ann David) dengan pendapatan yang tidak putus-putus (stabil la tu…) cabarannya amat besar sekali. Kalau silap langkah, perasaan tamak haloba akan terus menggoncang jiwa dan minda anda. Saya pun tidak terkecuali dengan itu, tetapi bagaimana mereka boleh mengawal sifat jahat ini? Duit mesti dicari, kerana komitmen semakin tinggi. Maklumlah sejak kahwin ini, komitmen terhadap kewangan tu dah makin besar. Jadi saya perlu mencari rentak untuk konsisten dengan pendapatan hari ini mestilah berada dalam tahap yang terbaik.
Jadi, bagaimanakah cara untuk mendapatkan duit yang gila-gila melalui perniagaan internet?
Nota: Formula ini amat sesuai bagi mereka yang ada produk dan perkhidmatan dan tidak sesuai sama sekali kepada mereka yang menyertai skim cepat kaya
Formula ini memang diketahui ianya adalah mudah dan senang dipraktikkan. Ramai dikalangan sahabat atau usahawan internet di Malaysia dan Singapore menggunakannya. Jika anda praktikkan dengan cara yang betul, saya pasti anda tidak akan rugi. Opssss… bukan tidak ada rugi, tetapi secara keseluruhan anda tidaklah rugi. Ya ke nih?
Ya! dengan kaedah ini anda dapat melipat gandakan keuntungan.. diulangi K.E.U.N.T.U.N.G.A.N
Jom mengira matematik!
Sebagai contoh, satu perniagaan saya memperolehi 50 pelanggan. Secara puratanya, jualan untuk per pelanggan adalah sebanyak 1 kali dengan jumlah transaksi setahun adalah RM300.00. Maka untuk produk ini saya akan perolehi sebanyak RM15,000.
Cara pengiraannya adalah 50 x 1 x 300 = RM15,000.
Jadi, bagaimana saya boleh membuat lebih banyak jualan? Kaedahnya yang perlu dipraktikkan adalah saya perlu mensasarkan keuntungan mesti melebihi dari RM15,000 setahun dengan menawarkan lebih banyak produk sokongan. Produk sokongan (backend) ini boleh jadi hanya pertambahan sebanyak 20% atau pun 50% sahaja atau minima 5%.
Anda teruja bukan? Ok, baca lagi…
Andaikan saya berjaya mendapatkan 5 orang pelanggan baru dan saya menambahkan 2 lagi produk tambahan dan menaikkan sebanyak RM50 purata jualan. Maka pengiraan baru adalah seperti berikut.
Formula = Jumlah Pelanggan + pelanggan baru x purata jualan + 2 produk baru x jumlah transaksi setahun + kenaikan RM50 purata jualan
Pengiraan matematik = (50 + 5) x (1+2) x (300 + 50) = RM38,500.
Jadi sekarang anda bolehlah gosok dagu sambil tersenyum…
Sedikit sahaja penambahan anda berjaya meningkatkan nilai jualan dan keuntungan anda. Nampak tak?
Kesimpulan: a) Tambahkan senarai pelanggan anda , b) tingkatkan saiz jualan purata bagi setiap pelanggan, c) ulang semula dengan buat banyak jualan kepada pelanggan sediaada dan pelanggan baru.
P.s: Amacam Zul dah ada backend product?
= = = = = = = = = = = = = == = = = = = = = = =
Kedudukan terkini bakal penerima RM50 + RM20 dari saya
- reezluv (39)
- Maizul (12)
- abdfatah (12)
- Zul (10)
- Izwan (8)
- Dr. Ariffaizal (7)
- pakdi (6)
- BAGAK (5)
- bishop (5)
Popularity: 12% [?]
Sphere: Related ContentComments
11 Responses to “Rahsia Buat Duit Gila-gila Kat Internet!”
Got something to say?





















































salam,
bagus tips yang diberikan ini.tapi mungkin bagi mereka yang mempunyai mailing list yang ramai serta produk yang bermutu boleh mencapai keuntungan dan sales yang menggila camtu:)Kekadang bile promosi kurang dan marketing pun sambil lewa, memang sales jatuh la coz takde orang tau tentang produk tu.Memang kuasa pengiklanan menjadi faktor utama sales meningkat.
Bagi perkhidmatan pula, saya menyediakan perkhidmatan mereka logo, mungkin agak sukar bagi saya hendak mendapatkan kira-kira 50 pelanggan sehari, mungkin boleh, tetapi jika saya terima kesemuanya tanpa memikirkan kemampuan, rasanya..masak dibuatnya.:)Coz saya hanya ade dua orang designer sahaja.So buat duit melalui perkhidmatan juga boleh tapi nak menggila tu, maybe kena ade perkerja yang ramai la kot:)
kelebihan adalah pada produk digital kerana mudah dibuat dan mudah untuk dihantar kepada sasaran pelanggan, hanya memerlukan download link.:)
sekian, just my tips..
Wah… banyaknya angka… poning eden dibueknyo… tapi tak tahulah adakah kepeningan ini disebabkan pada waktu ni saya menonton cerita hindustan lakonan Salman Khan dan pada masa yang sama membaca akhbar The Star dan jugak blog ni…
Produk back end memang bagus tapi perlu hadir setelah kita kenal pasti produk (atau servis) utama kita benar benar berkesan dan dipercayai oleh pelanggan. Ini cabaran yg paling utama. Jika produk utama lingkup, maka lingkuplah produk back end yang lain.
Formula baru itu betul jika kita membuat andaian back end produk adalah produk supplementary yang datang sekali dengan produk utama. Jika produk back end dijual secara optional, hanya beberapa peratus tertentu pelanggan (e.g. 30-40%) yang akan beli jadi formula pun turut berubah.
Lagi satu, angka RM300 per transaksi adalah angka yang agak besar utk produk atau servis yang dijual dipasaran internet di Malaysia. Tapi yang pasti, Noorizam telah buat saya belajar semula asas kira kira yang dah berkurun ditinggalkan!
jauh lagi nak menerima RM50
nampaknya…kena komen artikel2 yang terdahulu
Memang banyak angka dan memang bagus jika angka-angka macam tu kita yang punya. Sasaran 1 usd setiap hari. Itupun dah memadai.so, rahsianya formula nih leh curik nampaknya. Hoho..
sapa yang ada mailing list memang berpotensi untuk buat backend product. Ada juga rakan-rakan yang gunakan mailing list untuk promote produk milik orang lain dan peroleh komisyen daripada setiap pembelian tersebut.
Bagak, usaha tu tangga kejayaan
mula yang kecik2 dulu.. lama-lama jadi bukit.
wah! banyaknya…
hmmmm… memang mudah nak kira kalkulator matematik nih. dapatnya belum tentu lagi… apohal pun jangan jadi tergila-gilakan duit sudah laaa…
kalo begitulah cara kiraannya dah lama jadi orang kaya dalam masa yang singkat. memang berbaloi benor kalo dapat ribu-ribu setiap hari…
itulah cara buat duit di internet masa kini. banyak pakar-pakar pemasaran internet berjaya memasang perangkap dengan menggunakan autoresponder untuk mengumpul list. berbagai tawaran akan diberikan secara percuma untuk menjerat mangsanya. kebanyakkannya adalah ebook percuma. inilah taktik yang betul? tak salah apa-apa pun.
terima kasih untuk blog ini.
Saya tak paham oleh terankan dengan lebih lanjut?
Yang penting iklan dan promosi kena power itu la Main Thing