Hiruk Pikuk Pasar Malam - Penjual Barangan Cetak Rompak vs Sindiket Pengemis?
July 21, 2007

Setiap petang Jumaat bermula jam 4.30 petang, jalan di Taman Seri Cempaka mulai sibuk dengan kenderaan dan orang ramai. Peniaga-peniaga mula mendirikan khemah dan membuka gerai. Inilah lokasi pasar malam popular dan disinilah tempat pelbagai lapisan bangsa, umur dan warganegara datang untuk membeli barangan keperluan kering dan basah.
Bermula dari simpang masuk hingga keluar simpang, gerai yang dianggarkan lebih dari 60 gerai ini menjadi tumpuan saya untuk datang membeli minuman dan makanan untuk malam. Kalau tiada ke mana-mana, pasar malam ini adalah destinasi wajib saya untuk berjalan-jalan. Seronok dapat melihat gelagat penjual dan pembeli dan bermacam-macam watak dan ragam dapat dilihat. Tempat ini saya rasakan sedikit istimewa kerana disini jugalah pelajar antarabangsa seperti warganegara Negeria, China, Arab membeli belah. Tak ketinggalan juga rakyat dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia.
Orang kita pun ramai juga ya..
Mungkin di tempat anda juga seperti ini kerana Malaysia memang amat popular dengan pasar malamnya. Sebab itulah banyak peniaga pasar malam boleh dikatakan orang yang berpendapatan lumayan. Kita ambil satu contoh, gerai yang paling popular sekali adalah gerai yang menjual aksesori telefon. Mereka ini bukan sahaja menjual aksesori seperti cover handphone, tetapi juga mengambil kesempatan menyediakan perkhidmatan muaturun lagu mp3 tempatan dan luar negeri.
Murah, memang murah… 5 lagu RM10.00 sahaja. 3 lagu RM5.00. Siapa lagi pelanggannya kalau bukan orang kita. Bayangkan betapa mudah menjual ‘produk yang tidak mengeluarkan banyak modal’ dengan harga lebih dari RM1. Kalau malam itu 10 orang pelanggan anda darabkan sahaja dengan RM5. Ya! jawapannya satu malam minima dia dapat RM50.. anda yang memiliki diploma berkerja dengan majikan pun dibayar minima RM40 sehari. Untung tak jadi peniaga macam tu? Itu baru 10 orang satu malam.. kalau 20 orang berapa? 30 orang pula berapa? Mereka hanya menjalankan perniagaan bermula 6.00 petang hingga 10.00 malam.
Andaikan malam itu mereka dapat pelanggan seramai 20 orang, kalau di berniaga selama 26 hari berapa sebulan dia dapat? Hanya menjalankan perkhidmatan muaturun tidak sampai dari 10 minit. Ermmmm… Mereka tidak perlu bayar sebarang royalti kepada pencipta lagu dan penulis lirik atau mereka yang berhak.
Melangkah lagi setapak, anda akan melihat satu lagi gerai popular iaitu penjual CD, VCD dan DVD cetak rompak.. satu CD minima RM5… kalau nak gambar lagi cantik, ambik sahaja DVD.. baru RM12.00. Bayangkan setiap malam DVD terjual 10 unit. Berapa penjual itu dapat? Anda kira pula selama 10 hari sahaja mereka bekerja. Itu adalah anggaran minima… hehehe.. bukankah mereka ini akan menjadi orang kaya pada satu malam? Mereka mengaut keuntungan mudah dengan modal yang entah berapa ringgit sahaja. Cukup… mungkin anda sudah jelak dengan situasi seperti ini…
Tetapi… adakah anda jelak dengan sikap peminta sedekah jalanan? Siapa mereka? Dari mana mereka datang? Kasihan ada.. menyampah pun ada…
Ada dua jenis peminta sedekah… pertama, mereka merayu-rayu meminta.. dan yang kedua, mereka bermain muzik menghiburkan orang ramai. Rakyat Malaysia bahagia hidup di negara yang aman damai, cukup makan minum.. tetapi masih ada lagi yang mengemis di jalanan. Mereka meraih simpati kepada masyarakat untuk menghulurkan bantuan. Kita tolak anggapan buruk sangka kepada mereka yang bermain muzik menghiburkan masyarakat.
Yang menjadi persoalan kepada saya adalah, darimana datangnya mereka yang kudung kaki, kudung tangan seperti kaki dan tangan mereka dipotong.. mata mereka dibutakan.. siapa yang menghantar mereka datang? Jika kita lihat pada hari-hari biasa, kita tidak pernah melihat mereka ini di kawasan itu. Dengan apa mereka datang? Adakah ini adalah sendiket mempergunakan mereka untuk mengaut keuntungan mudah? Ingin jadi cepat kaya?
Sedih.. memang sedih.. kenapa tidak ada orang yang bertanggungjawab membawa atau menyelamatkan mereka? Kenapa perlu diajar mereka ini untuk meminta sedekah? Sedangkan kalau dilihat, mereka ini masih mampu bekerja. Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bengkel-bengkel latihan. Kenapa mencemarkan suasana pasar malam ini dengan aksi meminta sedekah ini? Jika anda sebagai pelancong atau rakyat luar negara, apa pandangan anda jika melihat keadaan ini? Mesti anda berpandangan buruk kepada negara tersebut.
Begitu jugalah mereka yang datang dari Negeria, China dan Arab. Mereka beranggapan pemimpin Malaysia membiarkan orang-orang seperti ini terus merempat dengan meminta sedekah tanpa ada rasa untuk membantu mereka. Fikirkanlah..
Kesimpulan: Adakah suatu hari nanti, kita rakyat Malaysia akan terus menyokong mereka yang mengambil hasil kerja dan penat lelah orang lain untuk mengecapi kesenangan dan kekayaan dengan cara mudah? Adakah kita akan terus bersikap pemurah dan membiarkan sahaja orang-orang yang meminta sedekah terus berada di kaki-kaki lima di tanahair Malaysia ini?
Saya perlukan pandangan anda…
P.S: Mungkin pandangan anda kini sedang dibaca oleh pihak KHEDN & HEP, KEMAS dan RIM ![]()
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
20 Responses to “Hiruk Pikuk Pasar Malam - Penjual Barangan Cetak Rompak vs Sindiket Pengemis?”
Got something to say?





















































Rakyat Malaysia kena banyak berubah dari segi sikap & mentaliti dalam menghormati hakcipta dan intellecttual property. Mungkin kerana selama ini kita lebih banyak berfikiran sebagai pengguna sahaja, bukannya sebagai pencipta, pemilik & pengeluar produk.
Agaknya orang kita ni kalau dah ada produk sendiri, barulah tahu betapa sakit hati dan deritanya produk mereka dicuri atau dicetak rompak.
Komen yang bagus bro…
Benar, kita akan menjadi marah dan geram jika hak kita dicuri orang tetapi kita banyak membiar dan melepas pandang apabila orang lain mencuri hak orang lain.
Kita lebih banyak tengok daripada bertindak. Kita hanya mampu mendengar daripada bersuara lantang.
Memperolehi sesuatu yang percuma atau murah itu boleh tetapi biarlah ia diperolehi dengan cara yang betul…
Apa pula pendapat rakan yang lain?
memang tak larat nak tgk suasana camni kat Ipoh.Cuma yang boleh dibanggakan adalah wujudnya Memory Lane atau pasar karat yang mempunyai banyak barang yang unik..
Kalau kat Ipoh, ade satu van macam lori la..nama tempat tu Gerbang Malam, Penuh LCD skrin membolehkan org download lagu dengan kadar RM1 satu lagu.Nape penguatkuasa KDN tak ambil tindakan ye?Pelik..sian, orang nyanyi penat2, depa sedap je dapat duit setiap hari..
bayangkanlah kalau satu malam dapat 50 lagu,50 Video Clip,Repair Hp lagi..sebulan leh idup senang dah..hasil penat lelah orang..tak patut..
Mengenai pasar karat tu, nampak menarik.. jarang dapat lihat barangan antik dijual ditempat saya.
P.s: Pernah sekali pergi melihat orang jual barangan antik di sebuah pasar malam di kedah.
Tak sangka ada balik ye VCD cetak rompak ni… Boleh jadi jutawan hanya dengan menjual VCD atau DVD cetak rompak & ringtone.
Pernah ada kes dulu dalam paper.. sorang student kat negeri sebelah utara yang jadi kaya raya dengan jual dvd cetak rompak di internet. Dah kena tangkap pun.
tapi nape takde yang jadi kaya raya jual DVD ori ye?hehehe..tapi dulu memang aku jadi peminat setia CD atau DVD pirate..tapi selepas aku tgk yang ori, baru aku tau nape lagi best beli yang ori..10 kali ganda puas hati..
macam aku ade pinjam DVD Harry Potter yang lepas-lepas kat one of my fanatic Harry Potter films..wa..gambar,sound..semua masyuk gile dari yang pirate..siap ade special interview lagi, behind the scene..memang best.
p/s:agak tertarik dengan cadangan syed jual DVD ori dengan modal RM1000..hehe
cetak rompak memang tak real punya. kalo pengemis pun bukan real punya. dua-dua kaut keuntungan lebih. cara cari duit mudah yang paling popular. itu baru di pasar malam. belum lagi cetak rompak order online… mereka tetap akan menggunakan apa cara sekalipun untuk cetak dan rompak serta mintak duit dengan cara mengemis…
Ada tak pembaca kat sini yang tak ada simpan vcd/dvd cetak rompak kat rumah?
Kalau ada sila angkat mouse cepat.
confirm ramai yang ade..walau pun satu..(termasuklah aku)..hihihi..:)
mereka akan tetap dengan cara licik cetak rompak mereka itu. apa sahaja cara yang membolehkan mereka untuk menjualnya kepada orang ramai…
Susah gak nak cakap benda nih.
Tapi kan, memang kat pasar depan rumah aku tu. tiap2 minggu. Memang ada orang minta sedekah. Yang aku pelik. Diorang maintain tu tiap2 minggu. Siap tambah orang baru lagi dekat setiap penjuru. Kesian gak aku. Kadang2 hulur gak dan anak diorang tarik seluar aku. kang lucut, malu plak..
ade satu cite best yang pernah aku nmpak sendiri kat Ipoh..
ade sorang makcik ni, die ngan anak die gi mintak sedekah kat orang..kat merata pekan ipoh..(mesti korang familiar lau selalu datang ipoh)
member aku siasat la..follow makcik ni ngan anak die..pas abis die mintak sedekah,nak tau depa gi mana makan?gi McDonald tu..makan besar..pastu tahan teksi.balik..
kalo mintak sedekah dah tentu ada compeninya yang tersendiri yang mengawal mereka secara beramai2 untuk keuntungan diri sendiri. lain citer orang persorangan yang kutip duit ntuk diri sendiri… itu sahaja cara mereka nak cari duit lebih…
tapi banyak cara lagi nak cari duit selain dari mintak dan mintak dan mintak sedekah itu….
saya pun rasa, mesti ada sindiket kat tempat saya nih.. asal ada jer pasal malam.. tah sapa2 pengemis yang kita tak pernah nampak mesti ada diletakkan di sana…
pelik gak kan.nape la tak de org try siasat..tak pun polis ke?
sebelum mana2 pihak buat tindakan lanjutan, kita seharusnya mendalami kenapa masih ramai lagi yang membeli barangan cetak rompak.. memang tidak dapat dinafikan, ini berpunca dari sikap peniaga tetapi pengguna juga memang patut dipersalahkan kerana proses jual beli merupakan proses dua hala dan bukannya sehala…jadi,pengeluar patut dibanteras dan pengguna perlu diberi lebih pendedahan dan informasi tentang cetak rompak..kita harus sedar bahawa pengguna bahan cetak rompak juga boleh dikenakan tindakan undang2 kerana bersubahat dan boleh dianggap berkomplot dengan sindiket haram ini..jauhilah diri kita dari membeli barangan cetak rompak…
semoga fanie terus menyokong produk original!
Kebanyakkan masyarakat melayu yg beli cd audio (artis barat), vcd & dvd (hollywood) cetak rompak untuk menunjukkan protes terhadap kuasa barat (terutama US) yg banyak menindas umat Islam seluruh dunia dan Timur Tengah khususnya. Inilah caranya kita memerangi ekonomi mereka.
Akan tetapi saya syorkan sokonglah barangan tempatan (muzik & movie) dan belilah yg ori utk ekonomi pengusaha orang tempatan.
Anda yg menentukan, anda yg membeli, buat pilihan bijak.
Kuasa ditangan anda!
kalau tengok kat summit usj pun banyak kedai2 DVD cetak rompak luar negara dijual secara terbuka.