Bagaimana Top Blogger Buat Duit kat Internet…
July 20, 2007

Menulis di Blog adalah satu perkara yang masih lagi hijau di bumi Malaysia. Bidang penulisan blog mula bertapak di Malaysia pada pertengahan tahun 90′an awal tahun 2000 dan ketika itu tidak ramai di kalangan rakyat Malaysia mengetahui manfaat sesebuah blog.
Pada awalnya, kebanyakan daripada kita membina blog adalah atas dasar suka-suka sahaja. Membina blog kemudian tidak berapa lama meninggalkan begitu sahaja. Blog, blogger, blogging hanya satu istilah janggal bagi mereka yang tidak mengetahuinya akan manfaatnya.
Ianya bukan sekadar menjadi tempat meluahkan perasaan, bercerita mengenai hal-hal politik tanah air malah kini blog telah dijadikan platfom untuk buat duit. Sewaktu dibangku sekolah dahulu, langsung kita tidak pernah mendengar mana-mana rakan mengucapkan cita-cita untuk menjadi seorang penulis blog. Tiba-tiba hari ini blog membuka mata pelbagai pihak sehinggakan Menteri Kabinet juga menggunakan blog sebagai senjata politik mereka.
Berbalik kepada topik mengenai di atas, siapakah top blogger yang berjaya buat duit di internet sehingga mencecah ratusan ribu dollar sebulan? Sebelum saya terus memberitahu anda siapakah mereka, saya ingin nyatakan disini bahawa mereka ini menjadikan penulisan artikel bebas dan melalui penulisan artikel inilah mereka menjana pendapatan di internet.
Dalam akhbar BusinessWeek ada tersiarnya kisah bagaimana top blogger ini menjana pendapatan dan seramai 14 orang disenaraikan ini termasuklah nama seperti ShoeMoney, Darren Rowse dan Perez Hilton. Michael Arrington adalah antara individu yang berpendapatan $200,000 sebulan melalui blognya.
Kebanyakkan daripada penulis blog terkenal ini bukanlah dari Technorati 100 club. Akan tetapi masih ramai antara mereka tetap menjana pendapatan $5,000 sebulan.
Saya rasa setiap apa yang ditulis bukanlah mengenai betapa popularnya blogger ini sebaliknya perkara yang ditulis adalah bagaimana mereka boleh menjana pendapatan di internet. Jadi ini bermakna mereka tidak menulis untuk suka-suka. Mereka meletak matlamat dengan menulis ini mereka dapat buat duit.
Inilah perkara yang mungkin saya perlu banyak belajar kerana jika hendak dibandingkan antara saya dengan top blogger ini ibarat langit dengan bumi. Antara Malaysian Blogger yang saya suka adalah blog Alang dan Sabahan.com .
Selain Google Adsense banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk buat duit kat internet seperti PayPerPost, Adbrite, Kontera dan lain-lain.
Untuk cerita penuh mengenai Top Blogger ini sila klik : How Top Bloggers Earn Money
Tips: Tachnorati pun penting juga untuk menarik traffik ke blog kita.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
22 Responses to “Bagaimana Top Blogger Buat Duit kat Internet…”
Got something to say?





















































Berblog pun mempunyai matlamat bukan hanya suka-suka saja.
artikel yang bernas…ni komen kali pertama saya dalam blog ini…tq
Matlamat tu terletak pada diri masing-masing. Lagi best kalau matlamat tu dicatat di atas kertas, lagilah membara semangat nak capai matlamat.
Terima kasih bizmalaya dan selamat datang
erm..pernah terpikir gak nak wat semua tu dulu..tapi wat masa ni nak try increase trafik dulu dan tarik unique visitor..baru best kan nak wat semua tuh.
pernah terbaca pada blog Joel Comn tentang Kontera.Refer guna nama die dapat senang je daftar..taktau la betul ke tak..tak tanya die pun..heheh
Artikel yang bagus bro
tapi rasanya info kurang pada tahun
blog di Malaysia hanya berkembang sekitar 2003 (kalau tak silap)
sebelum itu org malaysia hanya kenal laman web
teruskan menulis
thank bagak, kerana betulkan kesilapan.. ya pertengah tahun 90an adalah waktu web browser seperti yahoo mula diperkenalkan bukan blog.. so.. salah fakta..
dah ubah..
welkum…kita sama-sama cari ilmu
lambat tidur…idea datang mencurah2 ker?
malam tadi dok buat kerja sket.. habiskan baca emel-emel dari rakan.
Terbeliak biji mata keja dok tgk orang putih saja dok kaut untung puluhan ribu @ ratusan ribu dari blog…
saya memang suka gak ngk problogger.net oleh Darren..
memang simple namun memang mengkagumkan bile beliau berjaya mendapatkan earning ribu2..
harap2 dapat mencapai 10% dari angka yang dia dapat…
saya pun suka blog darren.. banyak info pasal blog boleh diperolehi di sana…
erm..memang bagus problogger tuh..dah add jadi one of community kat Mybloglog:)
Rezeki Allah amat luas, sesiapa pun boleh memilikinya. Selepas 28 hari menulis blog kedua, saya dapat maklum balas patient dan dapat menjalankan perkhidmatan rawatan melalui perantaraan blog hingga ke hari ini. Jumlah patient pula semakin bertambah. Saya telah mencuba menjalankan perniagaan melalui website, tetapi semuanya gagal kerana perniagaan perkhidmatan hanya sesuai dan berkesan dijalankan melalui blog. Cuba lawati blog saya untuk melihat contoh blog untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan rawatan alternatif. http://rawatankesihatan.blogspot.com
saya suka artikel dalam blog rawatan kesihatan ni..
ada ke tempat bersalin dalam air ais tu?
di beberapa negara barat dah lama ada. di negara ini pun ada tetapi tidak dikormersialkan. mungkin pusat rawatan saya akan jadi yang pertama dikormersialkan, insya Allah (nak melepasi kelulusan kementerian kesihatan ni banyak cerewet). So far, legally tak salah
Salaam n howdy??
Bagus2 ada satu matlamat yang jitu!! Dan jarang2 wanita Malaysia berblog untuk make money hehe, pape semoga kita tak mudah putus asa. Berblog ni memamng lambat dapat apa yang dihajat, bukan jalan pintas atau skim cepat kaya, tapi kalau tak putus asa dan terus maintain, insyaAllah dapat buat duit yang cukup banyak nanti.
Dan semoga kita dapat duit banyak pn kita guna ke jalan yang betul, bantu sesama kita, All the best!!!
Best regards

Forumer @ Taker
BUkan payperpost saja. Ada banyak lagi selain kontera. Macam reviewme.com dan blogsvertise pun boleh tahan jugak. Alhamdulillah. Adalah 10-20 dollar tiap2 bulan sekarang dari diorang..
kira ni professional blogger la nih… hmmm - info yang memberangsangkan minda dan minat, thanx!
kalo gitu saya nak buat duit dengan lebih banyak lagi dengan blog lah. memang rugi kalo takleh buat duit dengan blog yang cukup popular masa kini… wahahha…
minat nak sertai kontera..erm affiliate pun nak gak..hehe..semuanya nak..mana leh kan?kena la concentrate satu-satu dulu bukan?baru la senang nak manage
memang betul! gunakan blog untuk buat duit. cara mudah letakkan link affialite dan google adsense kalau tk tahu nak jual apa.