Stairway to Heaven - Drama Popular Korea kat Astro Prima

July 19, 2007

“Abang… abang… abang tulislah review mengenai cerita Stairway to Heaven kat astro prima tu…” pinta isteriku.

Adeh.. tak pernah lagi saya buat review pasal drama Televisyen kat blog nih… alih-alih dapat pula permintaan dari orang tersayang. Maklumlah, baru jer tengok gazet kat Astro Channel 8 (Prima) terus minta review. Cerita baru masuk episod ke-2 takkan dah nak review?

Oklah, bagi tidak menghampakan isteriku dan juga semua peminat-peminat drama Korea, ini Noorizam Shah dot com nak review sket cerita Stairway to Heaven.. kehkehkeh..

Bagi peminat drama korea, nama seperti Choi ji Woo (berlakon dalam cerita Winter Ballad/Beautiful Days), Kwon Sang Woo (Mamat nih popular dalam cerita Delicious Proposal dan Into the Sun) adalah dua watak utama dalam cerita nih. Watak-watak dalam cerita ini pula adalah Cha Song-ju (Kwon Sang woo), Han Jung-suh (Choi Ji Woo), Han Tae-hwa, Han Yuri dan ramai lagi… takkan saya nak sebut semua nama pulak? cukupla beberapa nama sahaja. ;)

Drama ini telah ditayangkan bermula kelmarin pada 18hb Julai 2007 di Astro 8 pukul 6.00 petang setiap hari.

Sinopsis

Song-ju adalah seorang anak lelaki tunggal dalam sebuah keluarga. Jung-suh pula ada seorang kawan sejak zaman kanak-kanak lagi dan mereka amat rapat sehingga masing-masing kehilangan seorang ayah dan seorang mak. Memang dari zaman kanak-kanak lagi mereka berdua berkawan rapat bermain dan berkongsi suka dan duka bersama.

Bila mana ayah Jung-suh berkahwin dengan seorang artis popular bernama Tae Mira, Tae Mira membawa dua orang anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan hasil dari perkahwinan pertamanya tinggal di rumah Jung-Suh. Ini telah menamatkah hari-hari bahagia Jung-Suh. Mana tak nya, Yuri jeles apabila melihat apa yang dimiliki Jung-Suh dan Yuri bertekad untuk memiliki apa sahaja yang ada daripada Jung-Suh termasuklah Song-Ju.

Sewaktu Song-Ju ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia telah memberikan Jung-Suh seutas rantai sebagai tanda cintanya kepada Jung-Suh. Nak tau lagi pasal sinopsis cerita ini.. ada.. tapi elok la tengok jer cerita tu sendiri.. nanti tak suprise.. so barulah feel macam isteri saya dok menangis sorang-sorang depan TV.. hehehehehe…

Udah-udah la tu buang air mata tu… apakata sesekali tengok rancangan uji minda ker? atau rancangan Donald Trump ker? tak pun pergi bengkel CashFlow 101 baru la tajam sket minda.. ;) tak gitu pakdi?

Nota kaki: Banyak sangat cerita cinta kat TV.. agaknya penonton suka tengok cerita kisah keluarga agaknya kot? Macam cerita Natasha 2, Manjalara, Durani dan bla.. bla.. bla…

=====================

Popularity: 21% [?]

Sphere: Related Content

Comments

21 Responses to “Stairway to Heaven - Drama Popular Korea kat Astro Prima”

  1. Maizul on July 19th, 2007 11:13 pm

    La kat astro ke… takleh la aku tengok….

    P/s : aku suka tengok drama jepun

  2. Noorizam Shah on July 20th, 2007 8:49 am

    kalau drama Jepun.. cerita apa lak tu? cerita maharaja ker? lawan-lawan tu ker? hehehe

  3. Zul on July 20th, 2007 11:40 am

    Lama dah tak tengok siri korea ni. Yg last tengok dah banyak tahun dah, Autumn in My Heart. Layan… skrang tengok manjalara jek eke ke

  4. Noorizam Shah on July 20th, 2007 12:02 pm

    Kenapa sekarang banyak sgt cerita luar dibawa masuk ke Malaysia..

    Jadi soalan saya adakah ianya baik untuk industri seni tanahair atau ia adalah tujuan perniagaan dan menaikkan rating televisyen sahaja?

    Komen sket..

  5. BAGAK on July 20th, 2007 3:45 pm

    saya minat menonton
    tapi tak minat nak tengok iklan

    buang masa ajer
    lebih baik cari dvd atau vcd, tengok dgn masa tersendiri

  6. ktom on July 20th, 2007 4:57 pm

    Ktom dah tengok ceritanya…hmmm besttt…

    Itu cerita jiwang2…bagaimana ikhlas dan cintanya seorang lelaki pada kekasihnya. Mereka bersahabat rapat dari kecil lagi sehingga mereka dewasa. Byk insiden ygberlaku sepanjang episod2 tersebut.

    Ktom memang suka cerita Korea…dan CD ni dibeli 2 tahun lepas…..

    Hehehe…cerita ni awal2 tak nangis ler tp benci sgt dgn Yuri tu…..

    CD yang ke 8…mula ler…jiwang2 dan bila tengok mesti nangis punya…

    Cerita ni lebih fokus kepada keikhlasan sebuah kasih syg…yg jahat tu tetap jahat ler….

    Tengok ler..best sgt2.

  7. Noorizam Shah on July 20th, 2007 6:21 pm

    bagak tak suka iklan yer? hehehe.. tapi kalau kat astro memang jarang iklan..

    p.s: dah lama tak nampak bagak kat sini.. selamat kembali! :)

  8. Noorizam Shah on July 20th, 2007 6:27 pm

    ktom.. orang perempuan ini suka tengok cerita korea yer? tapi saya sebelum kahwin lagi pun dah suka tengok cerita korea.. mungkin jalan cerita dia lagi best dari cerita philipina, indonesia atau mexico.. hehehe

    isteri saya kata kebiasaan cerita korea ni, jalan cerita dia mula-mula lembab sket.. tapi drama ini lain sket.. mula lagi dah best

  9. reezluv on July 20th, 2007 11:07 pm

    dah lama sangat aku tak tgk cite korea kat TV..coz aku nak mendalami bidang animation..kena tgk kartun manyak..hehehe

  10. Noorizam Shah on July 21st, 2007 12:58 am

    bidang animation memang popular kat Jepun.. kalau kat Malaysia nih masih baru lagi.. walaupun animation kita nih masih baru, sekurang-kurangny kita boleh berbangga kerana rakyat kita juga boleh buat kartun animasi.. tak gitu reezluv?

  11. Zul on July 21st, 2007 1:18 am

    Saya ada member sorang tu, tak suka tengok cerita, tapi suka tengok iklan. Bila time cerita sibuk nak sembang. Tapi bila iklan je mata terpaku depan tv. Pelik. Rupa2nya orang dalam creative industry.

  12. Noorizam Shah on July 21st, 2007 1:36 am

    hehehehehe… ada juga orang macam tu yer… cari idea la tu..

  13. indri on July 31st, 2007 12:42 pm

    Saya suka sekali dengan Film ni, Sampai menangis tu! Sapa ja yang punya info kirim ke email saya ya… di draco_sriech@yahoo.com, semuanya ya… tentang apa aja about film ni.. lagu-lagunya juga ok> please…

  14. anis on August 24th, 2007 5:51 pm

    aku memang suka cite korea.blh katakan semua la kat tv 8.
    jepun pun sama gak.

  15. abdfatah on August 24th, 2007 8:39 pm

    kalo gitu dengan menengok iklan dia akan mendapat idea untuk mengembangkan bisnessnya. kalo tengok citer apa yang dia dapat… dah tentu dia sukar nak pergi ke panggung filem kecuali yang ada penaja untuk filem itu membuat iklan dalam panggung tersebut… wuahahahahaha…

  16. nana on November 17th, 2007 4:27 pm

    weitzzzzzz…. gw suka banget sma drama korea, terutama klo tokohnya mati………………..
    RCTI harus puter drama korea juga, jangan mau kalah sama indosiar…maju terus drama korea……

  17. Noorizam Shah on November 17th, 2007 6:19 pm

    yeah… drama korea memang bermutu.. tapi banyak sangat emosi.. ahaha

  18. Fida on December 5th, 2007 3:30 pm

    Cara download film stairway to heaven pye?q gak tahu,bantu q ya

  19. Fida on December 5th, 2007 3:31 pm

    eh salah maksudku soundtracknya stairway to heaven

  20. Aishah on March 5th, 2008 5:37 pm

    Kalau beli dvd lagi mahal.Astro dah ada 100++ channel.Aku paling suka AFC-Asian Food Channel dan National Geographic .Yuran aku hanya 90++ sebulan.Seisi keluarga aku dapat enjoy rancangan hebat di Astro.Kalau banding dengan yuran air,elektrik,telefon dan hp,Astro lagi murah.Muak aku tengok cerita kat TV3,NTV7,TV1 (dah lupa pulak),TV2,TV8.

  21. starline on April 18th, 2008 2:28 am

    Tajuk macam lagu popular Led Zeppelin :)

Got something to say?