Nahas Nuri di Genting Sempah vs Pasukan Bola Sepak Malaysia
July 18, 2007
2 hari ini beberapa keyword popular naik mendadak secara tiba-tiba. Keyword Nahas Nuri, Genting Sempah mula mengatasi carian mengenai biasiswa yayasan Al-Bukhary. Begitu juga keyword mengenai pasukan bola sepak Malaysia di Piala Asia turut menjadi keyword popular untuk mencapai blog Noorizam Shah dot com.
Secara kasarnya saya melihat kisah-kisah panas dan terkini atau isu yang hangat diperkatakan sepanjang minggu ini merupakan antara maklumat yang amat diperlukan pembaca. Saya juga tertarik untuk mengetahui mengenai beberapa kisah terkini ini selain kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shariibu.



Semua ini adalah kisah berbeza.. pertama, kita sedih dengan pemergian 6 orang wira negara iaitu juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd. Arof, 27; Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin (kuarter master udara), 34; Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin, 35; Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Ramai pengguna internet mula berpusu-pusu mencari maklumat terkini atau berita semasa mengenai kisah duka ini. Kepada keluarga semua wira negara, tabahkan hati dan cekalkan iman. Hidup kita mesti diteruskan. Yang pergi pasti tidak akan kembali.
Kisah sedih yang kedua mengenai pasukan bola sepak kita. Kekalahan bukan bermaksud anda semua tidak lagi kembali, memang kehidupan anda harus diteruskan tetapi anda perlu bangkit semula dari kekalahan dan kesedihan. Buktikan anda juga adalah wira negara.. Saya tertarik dengan satu komen pembaca blog NoorizamShah.com. Pemain bola kita kategori bawah 18 tahun sememangnya tiada sangat masalah untuk mengukir kejayaan. Tetapi apabila diserap masuk ke dalam pasukan negara prestasi mereka terus merundum. Inilah yang persoalannya.
Apa-apapun kepada semua pembaca blog NoorizamShah.com terima kasih kerana menurunkan komen membina dan nampak gayanya anda semua telah memberikan keyakinan semula kepada saya untuk terus menulis dan memberikan idea-idea yang segar.. anda semua masih berpeluang untuk menerima wang ringgit keseluruhan berjumlah RM70 dari saya. Teruskan memberi komen-komen anda. Saya juga dalam perancangan untuk memberi wang tunai dengan nilai yang lebih besar akan datang. Semua ini akan diperolehi dengan penyertaan secara percuma anda di blog ini.
Jadi nantikan makluman dari saya dari masa ke semasa!
================
Top komentator setakat ini:
- reezluv (9)
- Izwan (8)
- Maizul (6)
- pakdi (5)
- shuth (3)
- titaniumhijau (3)
- RSLCHA (2)
- pipit (2)
- jennifer (2)
- Anda bila lagi nak kasi komen?
liewcf <– akhirnya Liew jenguk juga ke blog saya.. Thank you!
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Nahas Nuri di Genting Sempah vs Pasukan Bola Sepak Malaysia”
Got something to say?





















































takziah kepada keluarga mangsa.
dari mann,
kajang
Alfatihah ……
P/s : Liew tak pernah jenguk blog aku ;(
nanti suruh la liew jenguk blog cikgu maizul pula..
Mari kita beramai-ramai turunkan komen disini untuk ucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas nuri..
Takziah dan Al-fatihah…
ya…sama2 lah kita membaca AlFatihah dan takziah kepada sumer kepada keluarga mangsa nahas nuri..
Semoga roh pemergian 6 orang wira negara tersebut dicucuri rahmat…
Amin
al-fatihah buat keluarga mangsa semoga dicucuri rahmat hendaknya…
amin…
buat team bola sepak… usah berputus asa. bertekuk lutut melantun kembali…
takziah pada keluarga mangsa..Al-Fatihah
Kesilapan juruterbang punca Nuri terhempas
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kesilapan juruterbang dikenal pasti sebagai punca helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Gunung Bunga Buah, Genting Sempah dekat sini pada 13 Julai lalu.
Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Bashir Abu Bakar memberitahu, keputusan juruterbang membuat penerbangan rendah pada ketinggian 15 meter ketika cuaca buruk dengan jarak penglihatan dua kilometer merupakan punca utama pesawat itu terhempas.
“Keputusan yang dibuat oleh juruterbang itu menyebabkan pesawat itu melanggar tiga kanopi pokok dalam tempoh beberapa saat sebelum terhempas dalam percubaan untuk melepasi kawasan Genting Sempah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bersama Brigedier Jeneral Che Akmar Mohd. Nor dan anggota pasukan penyiasat di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Pasukan penyiasat diketuai oleh Leftenan Kolonel Syed Islam Shahajam dari TUDM dengan dianggotai oleh Leftenan Kolonel Dr. Zuki Othman, Mejar Yee Ching Choy TUDM dan Mejar Muhd Noorafzanidzam Frienney Salleh.
Pada 13 Julai lalu, helikopter Nuri yang dinaiki enam anak kapal yang dalam perjalanan ke Pangkalan TUDM Kuantan terhempas di kawasan hutan tebal di Gunung Bunga Buah, Genting Sempah dekat sini.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9.24 pagi itu iaitu beberapa minit selepas helikopter tersebut meninggalkan Stesen Udara TUDM di Sungai Besi di sini.
Ia meragut nyawa juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27 serta empat orang lagi.
Bashir memberitahu, mengikut prosedur apabila cuaca buruk, juruterbang tidak boleh meneruskan penerbangan dan seharusnya berpatah balik ke pangkalan.
Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya juruterbang itu ingin meneruskan penerbangan, ia perlu menggunakan sistem navigasi pesawat dengan terbang di dalam kabus pada aras ketinggian yang tepat.
Beliau menambah, siasatan juga tidak menemui bukti berlaku masalah teknikal pada pesawat sebelum ia terhempas seperti enjin meletup atau terbakar.
“Siasatan kejuruteraan serta hasil analisis ke atas beberapa komponen helikopter tersebut juga tidak menunjukkan sebarang masalah teknikal sebelum pesawat itu terhempas.
“Kita telah menjalankan analisis ke atas sampel minyak, cecair hidraulik serta pelincir yang digunakan helikopter tersebut dan mendapati ia berada dalam keadaan baik,” ujarnya.
Katanya, pasukan penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu disebabkan kesilapan juruterbang membuat keputusan berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa.