Baidu, Harry Potter, Captivity, Emma Watson, David Deckham
July 17, 2007

Bertemu lagi kita dalam episod ke 3251 (Cerita drama Natasha 2 dah sampai ke episod akhir hari ini, so korang tengok la pakaian pengantin warna purple tu nanti, itulah baju yang saya pakai masa berkahwin bulan 05 hari tu…
)… hari ini tayangan panggung Transformer berjaya mengutip jualan sebanyak berjuta-juta dollar setelah beberapa hari ia ditayangkan. Tahniah… (walaupun saya tak pergi tengok lagi… hehehehe)
Baiklah, hari ini pasti anda tertanya-tanya apa kena mengenai David Beckham dengan Emma Watson? Adakah David sedang menjalani hubungi sulit dengan Emma Watson? dan mungkin juga Emma Watson telah mengupah Harry Potter untuk mensihirkan David Beckham menggunakan tongkat saktinya agar menyerahkan segala harta yang dimiliki David kepada Emma? Dan akhir sekali Emma menggunakan Budu Baidu untuk meng”captivity” David sehingga dia melupakan Victoria “Posh” Beckham? hehehee…
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat ringkas mengenai keyword popular di enjin pencari popular untuk minggu ini. Senarai popular keyword ini diperolehi dari web Alexa.com iaitu sebuah laman web infomasi terkini. Bagi mereka yang mempunyai blog atau laman web, keyword-keyword ini seakan membantu laman-laman anda berada dikedudukan terbaik dalam enjin carian popular. Antara enjin pencari yang popular adalah baidu.com.
Baidu (bukan budu) adalah enjin carian popular berbahasa cina dan ianya adalah 99% menyokong keyword-keyword berbahasa cina. Ianya menjadi peneraju utama dari segi penggunaannya dan ia mengatasi enjin carian berbahasa cina lain.
“Baidu is the leading Chinese language search engine, provides “simple and reliable” search experience, strong in Chine” Kebanyakkan pengguna memilih beberapa keyword-keyword tertentu untuk mendapatkan maklumat mengenai enjin pencari baidu. Antara contoh adalah seperti berikut:
Related searches: baidu mp3, baidu ipo, baidu google, baidu com, baidu nasdaq, baidu stock
Selain dari enjin pencari Baidu, keyword yang begitu popular pada minggu ini adalah keyword Harry Potter. Cuba anda lihat di mana-mana enjin pencari dan anda akan mendapati beberapa keyword akan tertera seperti berikut:
Related searches: harry potter 4, harry potter movie, harry potter books, harry potter 6, harry potter 7, harry potter games
Harry Potter karya dari J.K. Rowling ini kini sedang sibuk ditayangkan di pawangan seluruh dunia dan macam biasa dari sudut perniagaan, pelbagai produk akan menggunakan nama-nama Harry Potter ini sebagai satu alternatif promosi dan melariskan produk. Nampak gaya makin besar royalti yang akan diterima oleh J.K Rowling diatas penjenamaan ini.
Dan kenapa pula keyword Captivity menjadi begitu popular pada kali ini? Sebelum ini saya pun tidak mengetahui kepentingan keyword Captivity ini sehinggakan apabila saya klik pada link-link yang mengaitkan keyword Captivity, saya mendapat bahawa ia adalah berkenaan review movie atau DVD. Menarik juga apabila dapat mengetahui mengenai ulasan-ulasan mengenai filem luar negara.
Sama juga seperti keyword Emma Watson, ia juga ada berkaitan dengan entertainment dan celebriti.
Lihat carian mengenai emma watson: emma watson hot, daniel radcliffe emma watson, emma watson pictures, emma watson wallpaper, emma watson pics, emma watson desnuda
David Beckham kini adalah satu jenama yang tidak boleh diabaikan kerana setiap hari ada sahaja carian mengenai keyword ini. Bermula dari kisah karier bola sepaknya seterusnya kisah peribadi hinggakan kepada carian mengenai majalah Beckham, kelab peminat online David Beckham, video dan audio, artikel, interview, profil, pengiklanan dan adidas boots. Semuanya akan melibatkan jenama David Beckham seperti carian berikut:
Related searches: david beckham wallpaper, victoria david beckham, david beckham pictures, david beckham tattoo, david beckham academy, david beckham photos
Jadi secara kesimpulannya, memilih keyword itu penting untuk menarik traffik ke blog atau laman web anda. Akan tetapi ianya biarlah berkait rapat dengan apa yang ingin anda sampaikan. Jika anda ingin menjual ikan kering, takkan lah anda perlu meletak keyword tiub basikal pula… nanti orang kata.. “Tipah Tertipu” hehehehe.. Jumpa lagi…
P.s: Dengar berita terkini, Nuri yang hilang empat hari lepas dah jumpa dan kesemuanya telah meninggal dunia. Dan diketahui, tempat mereka dijumpai adalah dekat sangat dengan Genting Sempah tempat yang dilaporkan helikopter itu terakhir dilihat. Percayakah anda dengan makhluk halus? Seperti mana kes nahas helikopter di Sarawak beberapa tahun yang lalu?
——-
Update 6.00pm: Sah! Mayat 6 orang anggota TUDM nahas Nuri di Genting Highland telah dijumpai. Takziah kepada keluarga allahyarham..
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Baidu, Harry Potter, Captivity, Emma Watson, David Deckham”
Got something to say?





















































hehe..mungkin ramai yang minat kat Emma Watson yang cute tu kot..tgk DVD ori..fuh memang layan..
p/s:saya dah letak link kat my blog..thanks:)
David Beckham eh? masih popular lagi rupanya. mesti sebab kes pemindahan ke galaxy tu.
makhluk halus… mmg ada, tetapi syarat yang Islam gariskan adalah, manusia adalah lebih mulia dari mereka. jgn over mistik
Popular lagi ke David Beckham ni?
lawakan Emma Watson? kepada lelaki-lelaki bujang kat luar sana terutama macam pakdi boleh la kot.. (gurau jer pakdi)
Tq reezluv.. nanti saya letakkan link awak yer..
popular lagi kot.. mungkin dah tak popular dalam arena bolasepak.. tetapi jenama dia masih lagi ada..
pasal makhluk halus ini memang kita kena yakin dengan kewujudannya.. manusia tu memang lebih mulia dari segala makhluk..
kalau ikut logik, macam mana boleh tak jumpa.. bawa sea hawk dari luar negara pun tak dapat jumpa.. last2 jumpa betul kat lokasi pertama mula2 nuri tuh terhempas.. Wallahualam..
[…] Efron Link to Article david beckham Baidu, Harry Potter, Captivity, Emma Watson, David Deckham » […]
mana popular NoorizamShah.com ke David Beckham? ;p hehhe
listen here YOU!!emma is NOT having any affair with anyone,so get over it,if she does it’s none of your business ok!!get that straight!