Pasukan Bola Sepak Malaysia Memalukan! Tak Layak Main di Piala Asia?

July 16, 2007

Memang memalukan! Ke mana pergi maruah pasukan bola sepak Malaysia sehingga kini terus menunjukkan permainan mendukacitakan malah semakin hari terus menjadi pasukan belasahan oleh pasukan negara luar. Sebab itulah saya tidak lagi ingin menonton perlawanan bola sepak Malaysia tidak kira samada perlawanan di peringkat negeri atau negara. Lebih baik saya menonton perlawanan futsal tempatan sahaja kerana apa yang saya lihat hanyalah cakap-cakap “besar” pasukan dengan memomok-momokkan sesuatu yang sudah basi.

Kepada pasukan bolasepak Malaysia dan orang kuat FAM, anggaplah apa yang saya tulis ini sebagai satu kritikan yang jujur dan sememangnya ia datang dari isi hati kebanyakan pembaca blog ini. Saya tidak terkejut jika pasukan kita kalah tetapi amat terkejut apabila pasukan kita terus kena belasah! Kena belasah kat gelanggang sendiri pula tu… dan tidak pula saya terkejut dengan isu perletakan jawatan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Memang wajar Tengku letak jawatan dan semua yang ada dalam FAM pun perlu meletak jawatan kerana saya tidak nampak dimana fungsi keberkesanan untuk membawa pasukan Malaysia gah di mata dunia. Jika untuk mutu permainan bolasepak tempatan pun sudah kelihatan seperti liga kampung, bagaimana mereka nak melangkah jauh.

Mungkin pemain-pemain sekarang tidak lagi sehebat pemain dahulu seperti Abdul Ghani Minhat, Dollah Salleh, Hassan Sani, Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Santokh Sigh, Serbageth Sigh, Soh Chin Aun, Syed Ahmad dan Zainal Abidin Hassan ataupun mereka sebenarnya tidak akan keserasian dalam pasukan seperti pasukan lain. Entahlah… Jangan pula kita terkejut andai suatu hari nanti kita juga akan kalah dalam permainan bola sepak dengan pasukan kerdil dari negara Timur Leste…

Selepas ini, jangan pula disalahkan penonton, jika mereka tidak lagi datang ke stadium menonton perlawanan bola sepak dengan mengatakan “penonton dan penyokong tempatan tidak patriotik untuk menyokong pembangunan bola sepak negara”

==================================

Itu kesah, pasukan bola sepak Malaysia kita… ini pula bagi penggemar permainan futsal tempatan. Kepada kengkawan team n9online.net apalagi.. bila lagi nak main futsal. Ni ada tempat baik punya untuk anda melepaskan gian bermain futsal. Kalau saya ada masa terluang saya juga akan bermain futsal di Nilai 3 bersama rakan-rakan. Biasanya kami akan bermain dari pukul 1.00 pagi hingga 3.00 pagi.

Dan untuk review kali ini, saya ingin berkongsi info bersama anda dengan satu gelanggang Futsal yang saya rasa antara gelanggang yang terbaik di Malaysia. Nun jauh kat Pulau Pinang, gelanggang SAFIRA SPORT PLANET menawarkan gelanggang bersaiz FIFA International. Memang kalau tengok di laman web sportsplanet.com.my memang gelanggang ini lebih besar dari gelanggang di Nilai 3 tempat saya bermain.

Kalau di Nilai 3 ada 4 gelanggang futsal sahaja, di Safira pula menyediakan 5 gelanggang futsal biasa dan satu gelanggan bertaraf FIFA. Bezanya, gelanggang ini memang nampak lebih selesa dengan adanya cafe dan galeri dan gelanggang dibuka sehingga jam 2 pagi sahaja. Safira Sportplanet juga menggunakan promosi menarik golongan wanita untuk turut bermain dengan menawarkan harga RM50 bagi satu pasukan wanita (minima 5 orang bermain untuk satu perlawanan). Jadi, kepada semua kaki-kaki Futsal yang berminat untuk adakan perlawanan di sana boleh la hubungi saudara hendry di hendry@sportsplanet.com.my atau klik sportsplanet.com.my.

=======================================

Berbalik kepada kisah pasukan bolasepak Malaysia, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Adakah pemain dan pasukan? atau ahli jawatan kuasa FAM? Apa pendapat anda?

Popularity: 18% [?]

Sphere: Related Content

Comments

38 Responses to “Pasukan Bola Sepak Malaysia Memalukan! Tak Layak Main di Piala Asia?”

  1. reezluv on July 16th, 2007 12:19 pm

    erm..sesungguhnya aku tak bape suka budak bola..coz aku pernah jadi atlit for state..memang depa mempunyai ego yang tinggi dan disiplin yang leh kata agak teruk..igt state player memang camtu..sekali aku tanya mmber aku yang wakil M’sia(game memanah)pun sama je..harap banyak duit je..

  2. Noorizam Shah on July 16th, 2007 12:40 pm

    Saya pun bekas atlit juga.. tapi peringkat daerah jer la.. Saya ada rakan yang main peringkat negeri.. iaitu seorang penjaga gol negeri Perak. Siapa dia tu? hehehe tak perlu sebutkan nama..

    Tapi memang diakui, motivasi pemain adakala turun naik dan kebanyakkan prestasi lebih banyak menurun daripada menaik. Tak taulah kenapa.. mungkin gaji tak cukup kot? ;)

  3. Maizul on July 16th, 2007 8:25 pm

    Pernah sekali je main kat gelanggang fulsal. Norizam duk kat nilai 3 ke?

  4. Noorizam Shah on July 16th, 2007 8:51 pm

    Saya tak duduk kat Nilai 3.. cuma main kat sana jer.. itu pun kalau free.. kawan-kawan ajak baru pergi.. sesekali main futsal best juga..

    Cikgu maizul ada team futsal ker? :D

  5. Zul on July 16th, 2007 9:07 pm

    Noorizam, saya tak rasa kalau diorang dapat gaji tinggi pun diorang akan perform.
    Tak tau ada gelanggang futsal kat nilai 3…. ingat ada gudang kain jek :-)

  6. Noorizam Shah on July 16th, 2007 9:45 pm

    Itulah.. dah puas saya tengok sejak pertengahan 90an.. mutu bola sepak negara dah makin merosot, ker kita nih dah kekurangan bakat terpendam? Apa guna myteam waktu diorg cari bakat dulu?

    Waktu perlawanan Malaysia dengan Myteam pun diorg menang tipis.. macam mana? Myteam pun diorg tak leh belasah ker? hehehehe.. (sekali lagi pasukan Malaysia, ini kritikan membina dari saya.) :)

    Zul, kat nilai 3, bukan sahaja ada gudang kain, gudang perabot, barang-barang perkahwinan, hiasan dalaman semua ada.. jom jalan-jalan :D

  7. Fai on July 16th, 2007 11:05 pm

    Org dulu main bola peringkat antarabangsa, seluruh jiwa bermain untuk negara.. Org skrg ni ntahlah.. Hmm..

    Takper.. Bina balik skuad Malaysia yg betul2 bgus dan rombak blk apa yg perlu.. Apa yg diperlukan ialah revolusi baru.. :)

  8. Noorizam Shah on July 17th, 2007 12:34 pm

    Harap FAM dapat dirombak dan yang mana tak memainkan peranan pun elok la lepaskan jawatan..

    agak2nya boleh tercapai ker wawasan baru paklah nak lihat pasukan bola jadi pasukan terbaik asia pada 2050 nanti? ;)

  9. reezluv on July 17th, 2007 5:25 pm

    gaji tak cukup ke?rasanya elaun depa lagi berkali banyak coz manyak sponsor..

  10. reezluv on July 17th, 2007 8:15 pm

    cadangan aku la. Patut tumpukan pada game yang leh dapat pingat Olympic..itu yang sepatutnya.Sebagai contoh cuba lihat New Zealand..apa yang korang fikirkan pasal New Zealand kalau sukan?Sudah tentu ragbi..tapi kalau Malaysia?Apa plak dalam fikiran?Macam Brazil sudah tentu Bola..Kriket,Pakistan atau India..kita masih tak ada LEGEND..memang tak dinafikan dulu bola memang gah..tapi nak compare dulu, memang tak patut, coz bidang sukan sudah meningkat maju ke arah Biomekanik..disebabkan ini la sukan di negara lain amat maju jika dibandingkan dengan negara kita..Pakar dalam bidang ni amat sedikit..

  11. Noorizam Shah on July 17th, 2007 10:56 pm

    Tapi pada saya, kita ada nicol david kot.. eh tu skuasy laaa.. hehehe

  12. RSLCHA on July 18th, 2007 11:23 am

    Pemain bolasepak kebanggsaan tidak kreatif,dapat bola langsung tak cari idea bagaimana nak gol kan bola yang ada di kaki.apa yang dia nak buat nak tiru Ronaldo punya skill nak sepak gaya macam David Beckham,tapi tak kemana pun bola tu pas tu di rampas oleh lawan.Inikah yang dikatakan pemain terbaik yang ada di Malaysia ketika ini tandus sangat bakat-bakat yang ada di Malaysia.Sampai bila pemain pemain kita berfikiran begini??

  13. RSLCHA on July 18th, 2007 11:31 am

    FAM kalau di rombak pun tapi pemain punya mentality harap nak bergaya belatih teruk kata kena dera takkan kemana.Pemain -pamain kita terlalu manja dan tak nak kerja keras.Kenapa peringkat bawah 18,15 dan 13 kita ada kemajuan tapi bila masuk wakil negara terus menjunam.Tak cukup gaji ke atau tak cukup kah elaun?????

  14. Nahas Nuri di Genting Sempah vs Pasukan Bola Sepak Malaysia » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi... on July 18th, 2007 12:13 pm

    […] Kisah sedih yang kedua mengenai pasukan bola sepak kita. Kekalahan bukan bermaksud anda semua tidak lagi kembali, memang kehidupan anda harus diteruskan tetapi anda perlu bangkit semula dari kekalahan dan kesedihan. Buktikan anda juga adalah wira negara.. Saya tertarik dengan satu komen pembaca blog NoorizamShah.com. Pemain bola kita kategori bawah 18 tahun sememangnya tiada sangat masalah untuk mengukir kejayaan. Tetapi apabila diserap masuk ke dalam pasukan negara prestasi mereka terus merundum. Inilah yang persoalannya. […]

  15. zurikh on July 23rd, 2007 4:02 pm

    emmm…saya tak tau ape nak ckp lg dgn pasukan malaysia…dulu saya ada cita2 nak main dgn pasukan malaysia sebab alhamdulillah saya da main sampai peringkt yg tinggi.tp tgk keadaan sekarang…x tau nak ckp…x semgt da…masalah sebenar pasukan malaysia bukan pe..pemain dia…kita mementingkan fizikal berbanding mental…SALAH suma ni…cube kita lihat taraf akedemik pemain kita…majoriti hanya spm je…memang fizikal kuat..tapi mental?bagaimana mereka gunakan otak mereka ketika belajar,mcm tu la diorg guna otak mereka ketika bermain…so…tahap pemikiran pemain terlalu rendah..tak dapat nak berfikir dgn rasional dan tenang ketika di dalam padang…ini penting…sebab itu Cina makin maju…bukan bola je,negara,ekonomi,kenapa?sebab cara diorg berfikir matang…saya rasa ni masalah pasukan kita…harap FAM pilih pemain bukan dari bakat sahaja…tetapi dari segi kemajuan dalam akedemik sebab ia mempengaruhi tahap pasukan dan pemain itu untuk jangka masa yg pnjg…saya teringat apa yg ayah saya ckp sebelum saya masuk padang…masa tu form2…pertama kali saya dapat wakil bola dan pergi jauh…dia kata”kau main bola bukian guna kaki je…guna OTAK!OTAK!OTAK!itu pasal jgn marah kalau org kata kat pemain bola kepala otak letak kat kepala lutut sebab oatk penting ketika dalam padang….betul x???

  16. bishop on July 23rd, 2007 8:34 pm

    jangan di hina pemain2 kita…mereka tetap bersalah.tapi yg patut disalahkan adalah beberapa kerat org2 FAM,mereka hanya mahu jawatan utk kepentingan sendiri…kalau setakat nak makan duit,aku pun reti…sikap pilih kasih terlalu berluasa,contoh berapa kerat pemain2 dari KEDAH?aku bukan org kedah,aku org perak…tapi aku hairan kenapa pemain2 kedah kurang dlm team malaysia..adakah kerana mereka org negeri dato ahmad basri?aku berharap sangat la pada duli yg maha mulia sultan pahang,buang ajelah 2 tiga org kaki ampu dan yg mengabiskan duit dlm FAM tu,contohnya raje ahmad dan ibrahim saad.setakat otak dia org tu,belambak lagi ceredik dlm malaysia ni..kenapa?kalau dia org tak ada,boleh musnah ke bolasepak negara.aku minta maaf…terus terang aku cakap,bolasepak negara akan maju kalau tak ada org politik terlibat dlm FAM.Selagi ada LAHABAU2 tu dlm FAM,selagi itulah malaysia terus mundur…

  17. bishop on July 23rd, 2007 8:41 pm

    apa kata malaysia menggunakan khidmat jurulatih dan pengulas sukan negara yg tak kurang bodohnya(sheby singh)utk melatih negara pada masa akan datang.kita tengok boleh ke team kita menyerlah….sebab benggali tu ingat dia bagus sangat..bagi la peluang pada benggali tu,sian kat dia.dari ambil karam singh valia lebih baik ambil dia..betul tak..

  18. bishop on July 23rd, 2007 8:48 pm

    hello berahim….hang berambus je la..idak ke kamu malu,tak ada sape nak jadi hero..nasib baik hang tak jadi mejar atau kapten dlm askar,kalau tak,tentu ramai askar mati di medan peperangan..hang asyik cakap pasal fifa…kalau hang nak tahu,hang ni layak pimpin persatuan daerah je..hang tak reti malu ke..hang ingat FAM tu opah hang punya ke?kurang2 la jilat,nampak sangat…

  19. bishop on July 23rd, 2007 8:55 pm

    satu lagi aku nak tegur…rambut pemain negara panjang sangat…permainan cam hampeh,rambut je yg cantik,kalau nak nampak cantik,jadi model je la…gaji sampai 10,000.cara main cam budak sekolah menengah…hoi malu la sikit…tengok zaman mohktar sampai lah zaman azizol,depa main cam na…gaji masa tu tak sampai 5 ribu.tapi cara dia org main jauh beza ngan hampa..kalu hangpa hidup zaman depa,jgnkan main utk negara.nak main utk negeri pun belum tahu lagi….malu ooooo

  20. bishop on July 23rd, 2007 10:07 pm

    aku heran camna FAM dan norizan boleh pilih akmal,indra,fazli,shukor,kapten,sharul dan hairudin.pelik betul aku,dalam liga m pun main cam gampang,nak main piala asia.belambak lagi player lagi bagus dari mereka.tapi dlm aku heran pun aku puji narizan kerana ambil fauzi(kadah)tapi tak guna gak kalau tak kasi main.apa yg bagusnya shukor dan fazli dibahagian tengah,tengok apa jadi ngan selangor,no berapa dlm liga?tapi malaysia berjaya melahirkan kapten yg suka makan gula2 getah.macam monyet tengah padang..aku harap kapten tu tukar sukan.dari bolasepak ke sukan tomai.dengar cerita kaji puluh ribu,tapi pada aku korang layak terima gaji bawah 2 ribu je..harap2 ada org sokong aku punya comment…majulah sukan bolasepak utk poket berahim saad dan raja ahmad…norizan,nasir dan lim bagi aku kesalahan korang cuma 10% je.palyer juga 10% dan yg sebihnya adalah salah FAM.nasihat aku pada FAM,lepas ni cuma player berambut pendek yg dipilih dan tak ada player makan gula2 getah dlm padang.sebab kalau main cam gampang,lebih baik makan rumput tengah padang jadi lembu..nasihat buat kapten dan shukor yg pengulas kata dia perancang malaysia.tolongla kapten gaban oii,berhenti dari makan gula2 getah,baik lu makan getah skrap.dah tentu lu bagus…reti

  21. Noorizam Shah on July 23rd, 2007 10:44 pm

    nampak panas topik mengenai bola sepak malaysia nih yer? sabar-sabar..

  22. Ibrahim Saad on July 24th, 2007 11:36 am

    Ramai orang nak jadi hero dengan mempelecehkan orang lain…

  23. Noorizam Shah on July 24th, 2007 10:55 pm

    Sapa yang nak jadi hero tu Ibrahim? :)

  24. Ojai on July 25th, 2007 2:24 pm

    Semmgnye pemain & pasukan yg harus dipersalahkan, sbb dr apa yg kita lihat di Piala Asia br nie mmg cukup mengaibkan. Pemain sendiri x menunjukkan semangat & disilpin yg tinggi. Lihat saja pd jaringan2 gol yg dihasilkan pasukan China & Uzbekistan, semunya dgn cara yg cukup mudah. Pemain x berdisiplin ketika bermain, kenapa saya kata begini sbb semua gol yg Malaysia bolos adalah disebabkan kegagalan pemain berada pd posisi yg sepatutnya (OUT Of Position) termasuk penjaga gol kita.

    Norizan Bakar ternyata gagal dlm setiap keputusannye. kesilapan pertama yg saya lihat bagaimana dia masih boleh menyenaraikan Akmal Rizal dlm pasukan sedangkan bukan ke Akmal br saje pulih dr kecederaan. Seseorg pemain memerlukan sekurang2nye 1 bln utk pulih sepenuhnya dr kecederaan lutut (tanpa pembedahan). Dr keputusan ini jugak sudah menunjukkan pasukan negara kita tidak professional. Kalau kita lihat diperingkat antarabangsa, pemain yg cedera atau br pulih tidak akan disenaraikan utk pasukan kebangsaan mereka.

    Kesilapan kedua Norizan ialah dr segi taktikal, boleh ke Malaysia menggunakan formasi 4-3-3 utk menentang pasukan yg berkaliber seperti China (Finalis Piala Asia 2003) dan Uzbekistan (Juara Sukan Asia 1994). Apa kekuatan pemain kita dgn menggunakan formasi 4-3-3, oleh sbb ini la kita mudah dibolosi.

    Byk lg yg nk saya katakan, tp cukup la dgn pandangan saya ni. Terima Kasih.

  25. En.FarSEer on July 26th, 2007 9:04 pm

    Teruk!!Teruk!! Teruk!!memalukan Malaysia

  26. titan on July 28th, 2007 8:20 pm

    Salahkan diri sendiri. Lebih baik. Susah gak nak kata sape yang salah…

    Bukan pemain negara tak nak menang. Depa pun dah buat yang terbaik. Tapi still kalah dan siap kene belasah lagi. Aku tengok 1st game aritue kat kedai. Terus tak selara satu keluarga nak makan bila tak sampai bape minit aku dekat kedai. Dah sumbat 3 gol !!

    Haiya. Satu aje. Bagi balik la Khairul Azman Muhammad jadi Gol Keeper..Sian aku tengok Penjaga Gol tu, tak pasal2 kene kritik habis.

  27. reezluv on August 21st, 2007 9:48 pm

    yela..selagi attitude pemain tak diubah..sampai bebile pun tak kemana..

  28. abdfatah on August 22nd, 2007 12:52 pm

    nampaknya penjaga gol perlu diberikan perhatian yang serius dalam arena bolasepak negara nih. kalo sekadar melatih pemain bolasepak sahaja memang tak cukup…

    kena tubuhkan akademi penjaga gol taraf antarabangsa baru best agaknya… hantar ke mana sahaja untuk berlatih menjadi penjaga gol bertaraf dunia… apo macam?

    kalo jadi penjaga gol tak bertauliah (tak berpengalaman) memang akan kena kritik…ngeh4…

    mereka, apa cara sekalipun tetap akan membuat yang terbaik untuk negara…

  29. FILZAH on August 29th, 2007 4:53 pm

    Semekom..jgn lar kutuk team kte..diorang pown de ati ngan prasaan..diorang dh wat terbek utk malaysia..diorang men sbb nk jge maruah malaysia gak..kalau diberi plhn,musti diorang dh wat yg terbek nyer..tp nk wat cene..dh nasib..pttnyer kite kenalah bg support kt diorang skit..bknnyer hentam diorang ceni..pd pemain malaysia,truskan usaha..tnjukkn yg korang mampu m’bangkitkn kmbali nama bola sepak negara kte..skaligus m’buktikan pd rkyt malaysia yg korang bkn pondan yg mcm diorang ckp 2..

  30. wancheh on August 29th, 2007 4:56 pm

    tahniah kpd team malaysia bwh 23 coz b’jaya gi final..hope zaquan ngan aidil akn score..huhu..zaquan teruskn aksi lincah anda di pdg..cayalah!!

  31. fatin on August 29th, 2007 4:58 pm

    pe korang merepek ney??

  32. slamber_boy89 on September 4th, 2007 2:28 pm

    saya adalah salah seorang drp penyokong negara dan skuad kenari.saya berbangga dgn prestasi skuad bwh 23 thn negara krn menunjukkan semangat juang yg tinggi dlam memperjuangkan martabat bola sepak negara.saya turut berbangga dgn prestasi skuad sang kenari yg telah merangkul dua piala.

  33. abdfatah on September 4th, 2007 3:15 pm

    cerita pasal bola laaa. maka mereka telah membuktikan bahawa bolasepak masih mampu untuk menjulang nama negara. usaha perlu dipertingkatkandari semasa semasa dan bukan sekadar mengharapkan pasukan pilihan negara sahaja untuk berjuang memenangi satu2 perlawanan…sekian terima kasih…

  34. abufaris on October 26th, 2007 9:18 am

    Hmm, apa yang boleh saya katakan mengenai pasukan bola sepak Malaysia ialah kena balik ke asas (back to basic).
    Untuk jadi pemain yang baik kedua-dua kaki mesti boleh digunakan dengan optimum. Pemain mesti boleh menyepak dengan baik dengan kaki kiri atau kaki kanan. Kaki mestilah cukup kuat untuk memberi sepakan yang bertenaga kalau tidak passing tak sampai pada rakan.

    Mata mestilah cekap memerhati gerak-geri kawan dan lawan supaya bila passing tu sampai ke rakan.

    Kalau pemain Malaysia tidak boleh jaga dua perkara asas ni, tak hairanlah kalau pasukan Malaysia kita terus kena belasah.

  35. Ariesa Rahardjo on November 11th, 2007 4:57 pm

    Sekedar informasi, kalo mau lihat score bola dengan cepat dan lengkap bisa akses ke http://mobitrek.com/soccerscore

    Bisa dari HP, Komputer atau PDA

    Thanks.

  36. mas iwan indra on December 5th, 2007 10:06 am

    NONTON BOLA BERSAMA
    CAFE/RESTO KURNIA NONTON LIGA BOLA BERSAMA DI KOTA PATI
    JL TONDONEGORO NO 12 pati

  37. zack on December 20th, 2008 1:34 pm

    pemain bola sepak negara bukan x boleh main betul2 cuma bila beraksi di atas padang teringan isteri kat rumah.

  38. zack on December 20th, 2008 1:36 pm

    lepas ni suruh shebby jadi jurulatih pasukan bola sepak Malaysia,dia tu selalu komen pasukan liga inggeris,ha skrg suruh dia latih pasukan negara kita.

Got something to say?