Kenapa Title Tag amat berguna kepada blog anda…
July 15, 2007

Title Tag adalah amat penting di dalam blog bagi mengoptimumkan enjin carian (SEO). Ramai yang tidak menyedari mengenai kepentingan meletak tajuk “tag” yang sesuai di dalam blog. Dahulu saya memang tidak tahu mengenai penggunaan tag ini dan saya berasa pelik kenapa laman blog ata web saya ketika dulu amat sukar untuk berada dalam top rangking di setiap enjin pencari. Title Tag penting untuk menarik traffik ke sesebuah laman blog seterusnya menaikkan rating atau ranking.
Saya sentiasa berfikir apakah tajuk-tajuk title blog yang sesuai dengan blog ini. Apa yang saya tahu, title tag ini perlu atau seharusnya menarik, ringkas, bernas dan kena dengan apa yang ingin dibincangkan. Kita selalu ingin bersikap bijak (cuba melawan enjin pencari SEO ini dengan meletak tag-tag “panas” atau tag yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dibincangkan. Perkara itu pun bukanlah ingin saya tekankan disini, apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah bagaimana cara penyelesaian mudah untuk meletakkan tag-tag anda di dalam blog.
Hari ini saya menjumpai satu lagi plugin yang memudahkan saya untuk meletakkan tag-tag yang friendly di enjin pencari. Plugin yang saya maksudkan itu adalah SEO Title Tag 2.0 Wordpress plugin versi beta.
Untuk membina SEO title tag adalah amat mudah menerusi blog Wordpress atau blog-blog lain. Ianya bukan sahaja melibatkan post-post anda, bukan sahaja melibatkan segala isi kandungan utama anda, tetapi ia melibatkan apa sahaja tajuk tag di blog anda.
SEO Title Tag ini adalah ditulis oleh pakar SEO iaitu Netconcepts. Versi 1.0 nya dibina oleh presiden Netconcepts sendiri iaitu Stephan Spencer. Manakala versi 2.0 hari ini dibina secara kerjasama antara Stephan, Oliver Kastler, Mike Harding dan Elton John Fry. Anda pula tidak perlu bimbang untuk menggunakan plugin ini kerana ia dilesenkan sebagai “sumber terbuka”. Jadi sesiapa sahaja boleh menggunakan plugin ini, termasuklah saya! ![]()
Jadi jika anda nak gunakan plugin ini, anda boleh la buat bayaran kepada saya… hehehehe… acah jer.. plugin nih FREE la.. ya PERCUMA! nih saya kasi link kat mana anda boleh muaturun…
klik SEO Title Tag 2.0 Wordpres beta
dan untuk panduan bagaimana untuk install, nih kat sini link dia —> http://www.netconcepts.com/seo-title-tag-plugin/
Jadi lepas ini boleh la korang nak letak title tag panas seperti tag “betul ke mawi lalok?” “Hubungan Erra Fazira, Hans Issac, Engku Imran putus?” atau “Ning Baizura kahwin dengan mat salleh?” <– contoh jer tu.. hehehe
Jadi, selamat mencuba! ![]()
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentComments
13 Responses to “Kenapa Title Tag amat berguna kepada blog anda…”
Got something to say?





















































Tak kira aku nak bayar jugak
Saya pun sebenarnya masih kurang faham dengan tag nie. .. kat mana tag tu dipaparkan yer?.
Maizul: Nak bayar buat apa? plugin tu FREE jer la.. hehehe bukan saya yang tulis plugin tu…
Shuth: Tag tu akan dipaparkan dalam search enjin. Kita setup seo title tag nih dalam wp-admin kat options.. nanti saya terangkan lagi… saya nak pergi KL ini ada jemputan kenduri..
Shuth: Ok shuth, kalau shuth perasan.. apabila klik mana-mana post kat dalam blog nih, title tag dia mesti berubah-ubah.. jika kita tidak guna plugin ini, title tag tu tetap akan seperti biasa mengikut title tag dalam header.php
Dengan mengguna plugin ini, ia dapat membantu tag-tag dalam blog kita supaya lebih SEO friendly.
Saya pun baru je cuba plugin ini, nampak macam best jer. Yang penting kita kena bijak letak keyword menarik sebagai SEO tag title.
kalau tak paham lagi.. klik http://www.netconcepts.com dan tengok macamana SEO tag title ini berfungsi.
harap ianya dapat membantu.
Other tag yang u boleh guna ialah ‘Optimal TItle’ http://elasticdog.com/2004/09/optimal-title
title yang bagus amat penting..
cuba bayangkan kejap..
bila ko tengah gugel2.. ko nak cari pasal ‘cari duit’
bila list search tu.. title dia macam ni
Kamarulzaman Badrulzaman ‘Internet Yang Best Gile lagi SYahdu bla bla blahh’ | cari duit free!
dengan
cari duit free | Kamarulzaman Badrulzaman bla bla bla..
senang cerita, SEO ni penting untuk bawak masuk loyal traffic dan kuatkan listing dalam search engine.
Menarik Izwan, lebih kurang sama macam plugin yang saya gunakan..
thanks for sharing..
tak bape paham dengan Title tag..tapi tgk blog u ni cam seakan-akan blog Liewcf..hehee
nah… hambik ini terima kasih dari saya. akan saya mencubanya untuk blog saya. itupun kalo berkenan oleh enjin pencari…
Dalam blogger (hosted by blogspot) tidak menggunakan tag, tapi ia digelar label. Label memudahkan orang mengenalpasti penkatagorian setiap post.
Ramai orang mempunyai pelbagai tanggapan tentang cara untuk menaikkan blognya. Kadang kala ada orang merungut kenapa blognya tidak jadi top. Rahsia blog ialah, tulis.. tulis.. tulis.. dan tulis setiap hari. Jangan ada satu hari pun tak tulis.
Jangan tamak nak jadi top, nanti sebuk menguruskan banyak blog organiser sedangkan tak sempat tulis. Blog akan jadi seperti sampah yang penuh dengan gadjet, tapi trafik kurang. Yang penting tulis, insya Allah blog akan naik walaupun baru hanya 2 bulan menulis tanpa henti.
Tak salah cuba, tapi perlu seimbang dengan masa untuk menulis. Saya pun nak cuba juga saranan noorizamshah ni gunakan tag
Dalam blogger (hosted by blogspot) tidak menggunakan tag, tapi ia digelar label. Label memudahkan orang mengenalpasti pengkatagorian setiap post.
Ramai orang mempunyai pelbagai tanggapan tentang cara untuk menaikkan blognya. Kadang kala ada orang merungut kenapa blognya tidak jadi top. Rahsia blog ialah, tulis.. tulis.. tulis.. dan tulis setiap hari. Jangan ada satu hari pun tak tulis.
Jangan tamak nak jadi top, nanti sebuk menguruskan banyak blog organiser sedangkan tak sempat tulis. Blog akan jadi seperti sampah yang penuh dengan gadjet, tapi trafik kurang. Yang penting tulis, insya Allah blog akan naik walaupun baru hanya 2 bulan menulis tanpa henti.
Tak salah cuba, tapi perlu seimbang dengan masa untuk menulis.
Saya nak kongsi bagaimana untuk menggunakan Tag yang akan memberi keberkesanan yang paling optimun.
Caranya ialah jangan buat atau cipta tag sendiri. Cuba kita masukkan topik kita dalam sesuatu tag yang biasa dicari atau tag yang popular.
Insya Allah, berkesan.
impak maksima dengan kepelbagaian title tag untuk menarik trafik ke blog anda…
Customized Design Solutions…
I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting…