Saya nak kasi RM50 sempena ulang tahun ke50 Kemerdekaan Malaysia…

July 14, 2007

Idea ini datang secara spontan sejak semalam. Saya rasa inilah caranya untuk saya menghargai anda sebagai pembaca dan komentator yang setia sejak setahun lepas. Memang diakui, sejak beberapa tahun ini, banyak kelainan yang cuba disampaikan oleh blog ini demi melihat perubahan ke arah yang lebih baik.

Dalam masa setahun lebih ini juga, banyak juga masalah atau perkara yang tidak diingini menimpa blog kesayangan saya ni. Kehilangan data sebanyak dua kali. Plugin wordpress ada yang tidak berfungsi dengan baik (wordpress kerap upgrade version, saya pula masih guna version lama). Apabila nak guna pakai plugin tambahan, mulalah blog ini meragam. Akhirnya blog saya semakin suram, ia memang dilawati cuma tidak lagi ada atau jarang yang memberi komen.. :(

Mengenai template blog pula, saya rasa lebih dari 10 kali saya tukar template. Mungkin tidak berasa puas hati dengan template yang ada. Hari ini juga anda lihat ada perubahan sedikit dengan plugin blog ini. Ya! saya dah tambah plugin top commentor khas untuk blog ini. Saya puashati dengan blog sekarang!

Tetapi ada juga citer tak bestnya… Sejak pagi semalam saya dok sebuk try/test keberkesanan plugin ini. Mula-mula tu saya upload dan activated plugin, ianya still ok. Tetapi apabila saya cuba edit.. nahhhh…. ada error pula…

Jika anda adalah seorang fresh blogger ataupun masih lagi junior, mungkin situasi ini akan mengusutkan anda. Mana tidaknya… nak masuk ke admin panel pun tak boleh.. Serabut wooo kepala… tapi nasiblah saya nih ada pengalaman dalam membaca syntax dan error. Jadi langkah yang saya ambil adalah deactive dan install semula plugin tersebut. Mudah, jimat dan tak memeningkan kepala.

Nota: Kalau anda nak guna plugin ini, boleh dapatkan secara percuma di http://www.pfadvice.com/wordpress-plugins/show-top-commentators/ :)

Baiklah, menyentuh mengenai hadiah RM50 + RM20 = RM70 yang ingin saya berikan kepada anda, saya telah mengambil keputusan semalam untuk memberikan kepada sesiapa yang bertuah dan terpilih (semestinya saya yang memilih) memperoleh wang ini sebagai tanda penghargaan dan persahabatan saya kepada anda. Lebih menarik sekali anda memberi komen, nama anda akan berada dalam top 10 komentator aktif dan bagi anda yang mempunyai blog, anda turut mendapat faedah untuk menerima traffik dari pelawat blog ini.

Bagaimana trick mendapatkan pelawat ke blog anda? Mudah sahaja, dengan memberi komen yang bermaklumat, pelawat-pelawat ini pasti ingin mengetahui mengenai siapakah anda. Ini kerana anda memberi komen yang meninggal kesan kepad mereka. Jadi, selain dapat duit dari saya, anda juga menerima pelawat secara percuma ke blog atau laman web anda! Anda nampak keberkesanannya bukan?

Kepada yang berminat untuk memperolehi wang ini, mudah sahaja… sila baca apakah syarat yang perlu untuk memperolehinya:

1. Jika anda adalah seorang yang berumur 13 tahun ke atas dan merupakan rakyat Malaysia, anda layak untuk mendapat wang ini.

2. Wang RM50 akan diberikan kepada komentator yang memberi komen paling bermaklumat dan menarik perhatian saya untuk diisytiharkan sebagai penerima wang.

3. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja, samada anda mempunyai blog peribadi atau tidak. Terbuka kepada semua bangsa, agama dan negara opssss negara Malaysia sahaja yer! :)

4. Komentator aktif pula akan dikira bermula dari 13hb Julai - 31 Ogos 2007. Nama penerima akan diumumkan di blog NoorizamShah.com sahaja. Dan hanya seorang sahaja yang akan menerima wang RM20 sebagai komentator aktif.

5. Anda boleh memilih sebarang topik dalam blog ini dan setiap komen yang bermaklumat tidak semestinya menyokong pendapat seperti apa yang ditulis di setiap topik. Akan tetapi anda perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Sila lihat http://www.noorizamshah.com/adab-kita/ .

6. Keputusan siapa penerima adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. (isteri saya dikecualikan dari menerima wang tersebut.. hehehehe)

Apa yang saya cuba berikan ini adalah sebagai tanda penghargaan sahaja, tidak ada kena mengena dengan apa-apa peraduan yang memerlukan anda mengeluarkan wang kepada saya. Anda memberi komen bermaklumat dan saya bayar anda.

Nama penerimanya saya akan umumkan pada topik bertarikh 1hb September 2007. Ingat, walaupun ia nampak sedikit (tidaklah lumayan sehingga RM500..) ini tidak bermakna anda tidak perlu mengambil peluang ini, bayangkan dengan RM50 + RM20 itu mungkin ia dapat menyelesaikan bil bulanan anda? Memberikan anda duit untuk membeli makanan? Mengisi minyak petrol? Atau simpan duit tu untuk berkahwin? hehehehe….

P.s: Nak cuba tak?

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

Comments

31 Responses to “Saya nak kasi RM50 sempena ulang tahun ke50 Kemerdekaan Malaysia…”

  1. tian on July 14th, 2007 10:23 am

    Hoho..Nampak mungkin berkesan untuk tarik traffic ke blog nih. Tak apa, aku akan cuba beri masa 1 minit untuk jengok blog nih.

    Sorry, selalu bizi sekarang. Kerje dengan interbiew banyak sangat. Nak online pun tak selalu. Banyak dah blog yg terlepas pandang. Nanti aku letak link ke blog nih. Senang nanti.

    Apa2pun. Promosi yang bagus untuk tarik hits dan tarik pengomen yg setia.

    Ok. Nak gi keje..

  2. Noorizam Shah on July 14th, 2007 1:02 pm

    Itu adalah satu kaedah yang boleh digunapakai untuk menjalankan promosi dan periklanan.

    Selain subscribe blog, memberi ebook percuma dan sebagainya, memberi ganjaran lain juga boleh dipraktikan.

    Mungkin tian juga boleh guna cara pemberian saguhati ini kepada rakan-rakan lain. Mana tahu rezeki tian bertambah selepas ini. :)

    Seperti qoute blog ini “Kita tidak tahu apakah DIA akan memberi rezeki yang banyak atau sedikit kepada kita. Kita jug tidak tahu bila kita akan berjaya. Satu-satunya hal yang boleh kita lakukan saat ini adalah berusaha untuk mendapatkannya…”

  3. Maizul on July 14th, 2007 5:33 pm

    Nampak gayanya aku kene lepak hari-hari kat sini… ;)

  4. Izwan on July 14th, 2007 9:36 pm

    Suatu ‘insentif’ yang positif dalam usaha untuk meningkatkan komentar dan perbincangan antara pembaca-pembaca adalah dengan memberi komen dan mengulas tentang pos.

    Ini adalah sesuatu cabaran yang baru dan pertama kalinya dilakukan. Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua. :)

  5. Noorizam Shah on July 14th, 2007 11:28 pm

    barulah meriah bila ada komentator yang best macam izwan nih.. hehehe

  6. duez on July 19th, 2007 4:44 pm

    ini sudah menampakkan satu perubahan nih..ada reward tuh.reezluv sedang mendahului

  7. Noorizam Shah on July 19th, 2007 7:13 pm

    Masih awal lagi… ramai lagi yang berpeluang… :)

  8. reezluv on July 21st, 2007 12:06 am

    ya betul banyak masa lagi..aku ade tujuan lain..hihi..ye ke?

  9. Zul on July 22nd, 2007 12:41 pm

    Hi Noorizam, I perasan nama you termasuk dalam senarai top commentator. Maybe you nak exclude nama you sendiri, supaya org yang tak berapa banyak comment cam saya ni ada chance.. he he…

  10. Noorizam Shah on July 22nd, 2007 2:37 pm

    Zul, abaikan nama saya dalam top komentator.. pasal saya yang akan kasi duit.. so takkan nak kasi kat diri sendiri kot.. hehehe

    masa banyak lagi.. so sesiapa ada chance … :)

  11. Dr. Ariffaizal on July 26th, 2007 10:46 am

    Bagus idea ini, tapi terdapat idea untuk menagih trafik tanpa perlu mengeluarkan belanja, konsepnya sama tetapi free. Cuma perlu ada hosting untuk menyiapkan sebuah page. Domain name dia boleh pakai yang sedia ada daripada website kita. Seperti contoh dalam blog saya, saya minta pelawat memberikan soalan tentang kesihatan. Jika mereka berkesempatan membaca post saya yang terdahulu, mereka akan tidak sabar-sabar mendengar saya menjawab soalan mereka pula. Mereka boleh menyemak soalan yang di link kan di sebuah page. Di page tersebut terdapat status semua soalan yang saya terima. Nak terangkan panjang sangat, cuba lihat di bahagian pengenalan/selamat datang dalam blog saya di http://rawatankesihatan.blogspot.com
    Cuba lihat, baca dan klik sendiri dalam blog tersebut.

    Setelah 50 hari menulis blog tanpa henti, saya menerima lebih 800 pengunjung, 3 orang pesakit sedang dirawat, 3 aktif dalam proses soal jawab, 1 orang network, Alhamdulillah. Pengunjung akan datang berkali-kali ganda kerana mereka ingin melihat soalan mereka dijawab dalam post (bukan dalam replyed comment).

    Cubalah idea ini, insya Allah berkesan. Cuma, anda perlulah profesional dengan bidang atau perkhidmatan anda dengan menyediakan evidence base, fakta saintifik dan sebagainya. Jika tidak, anda akan digelar “Pak Karut” dan pelawat hanya datang sekali sahaja.

  12. Rahsia Buat Duit, Internet, Formula, menjana pendapatan, produk backend, usahawan internet » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi... on July 28th, 2007 12:22 pm

    […] Kedudukan terkini bakal penerima RM50 + RM20 dari saya […]

  13. Hamid on July 29th, 2007 12:00 am

    Alhamdulillah..
    satu aidea yang menarik untuk menarik pelawat..
    disamping dapat berkongsi ilmu bersama².
    Semoga berjaya rakan² semua.

  14. Noorizam Shah on July 29th, 2007 10:03 am

    selamat datang hamid. :) semoga kita semua dapat menfaat dari perkongsian ilmu disini. :)

  15. Hamid on July 29th, 2007 11:59 am

    hu hu.. seorang admin yang nice n ceria,
    good terus kan usaha anda.

  16. Noorizam Shah on July 30th, 2007 8:56 am

    hehe.. tenkiu tenkiu :)

  17. musnazdotnet on July 30th, 2007 11:40 am

    adakah sy yang pertama kali terjumpa blog NS ni masih berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai itu? he :D

  18. Noorizam Shah on July 30th, 2007 11:46 am

    masih awal lagi.. kalau nak RM50 tu kena la kasi komen da’best yang boleh menggoda hati saya untuk beri RM50 tu kat awak.. :D

  19. abdfatah on July 31st, 2007 2:26 pm

    hmmm… siapakah yang bertuah itu yer? komen yang terbestkiller yang terpaut erat oleh hati sanubari saudara noorizamshah…

    kiranya dah tersenarai pun ok jugak laa nampaknya kalo tak apat apa-apa pun…

  20. zool on July 31st, 2007 11:54 pm

    saya pun baru je buat top commentator…
    nak tgk dulu camner…
    hm nak bagi duit ye noorizam,,, komen yang terbest camner tu?? dari segi pendapat blog ker?? apahal pun bagus idea nie.. mungkin ada yang mengikutnya nanti…huhuhu

  21. Noorizam Shah on August 1st, 2007 9:30 am

    mulai hari ini semua berpeluang semula.. top komentator autoreset monthly..

  22. Noorizam Shah on August 1st, 2007 9:33 am

    untuk RM50 tu saya akan pilih komen yang terbaik sekali dan berjaya membuatkan otak saya berkata “ya dia berhak untuk dapat RM50 tu”

    dan untuk RM20 tu, sesiapa yang berada di ranking pertama dalam top komentator berakhir 31hb Ogos 2007! :)

  23. abdfatah on August 1st, 2007 6:53 pm

    rm20 tiap2 bulan ke? bulan depan kasi hadiah misteri pulak laa. orang akan tertanya2 laa nanti. wahahha…

    eh, catchai nomor takder ke? ari tu saya try antar komen tapi kena sekat. nanti tak pasal2 kena kompaun oleh wp, wp ni sensitif jugak yer…

  24. Noorizam Shah on August 1st, 2007 8:42 pm

    bukan tiap2 bulan. saya beri sempena bulan kemerdekaan nih jer.. hehehehe..

    pasal hadiah misteri tu memang dalam perancangan nak kasi.. so tunggu la..

    mungkin hadiah boleh jadi nilai RM20 atau RM10 atau RM100 atau RM500 hahahaha.. tengok pada sponsor la. hehehehe

  25. reezluv on August 7th, 2007 11:40 pm

    huuhuh..lama lagi rasanya nak tunggu pemenang:)

  26. titan on August 9th, 2007 7:07 am

    Ehm, idea ko memang berkesan. Aku dapat lihat ada pengomen wajib dekat blog ni. Syabas. Traffic regular dah ada. Hoho. Apa-apapun. Good luck!

  27. Increase your traffic blogs, yahoo messanger, shoutbox, advertlets » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi... on August 12th, 2007 12:35 am

    […] berlaku disini. Selain menukar themes, semakin hari bilangan pelawat terus meningkat dan bertambah. Mungkin penangan RM50 tu kot? Rangking di alexa terus melonjak dengan ketara […]

  28. reezluv on August 21st, 2007 9:59 pm

    ya..pasal tu la kot..:)tapi adakah visitor tu akan maintain bila dah abih tamat tawaran tersebut?erm..rasanya dah ade yang gemarkan blog ni..:)

  29. abdfatah on August 22nd, 2007 12:30 pm

    reezluv…

    kiranya berbaloi laa dapat hadiah sebelum hari merdeka… traffik dapat, untung jualan meningkat dengan produk nichenya ituuu… dapat pulak hadiah hari merdeka dari noorizamshah nanti… tahniah…

    dua tiga kali ganda untung…

  30. halimdanga on August 25th, 2007 11:13 pm

    Tahniah..
    RM 50 vs 50 Tahun Kemerdekan Negara tercinta..Sebenarnya kita harus bersyukur dengan kejayan negara..kita harus tahu erti kemerdekan yang sebenar ..MERDEKA bukan kita bebas melakukan apa saja…lihat aje masa kini Negara perlu menangani masalah sosial yang di ujudkan oleh anak anak Merdeka..Dadah,Mat Rempit….banyak masalah sosial ..yang perlu ditanggung kerajaan , bayangkan berapakah nilai untuk seorang pesalah sosial yang ditanggun kerajaan pasti lebih RM 50 seorang sehari…maka itu kiralah ? pilihan anda menentukan segalanya….Bukan Nilai RM 50 menjadi ukuran tapi hasil yang dapat dari RM 50 tersebut..

  31. senarai penerima RM50+RM20 dari blog Noorizam Shah dot com » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi... on September 1st, 2007 12:57 am

    […] sejak pagi tadi saya menyemak kesemua komen-komen di blog Noorizam Shah dot com dan akhirnya saya telah memilih penerima RM50 dari blog Noorizam Shah dot com. Penerima tersebut adalah pemberi komen yang menggunakan ID SuperCap. Berikut adalah komen […]

Got something to say?