Rahsia Pemasaran Untuk Peniaga Kecil
July 13, 2007

Bila kita cakap pasal pemasaran, pasti dalam kepala kita membayangkan kena berurusan dengan pelanggan yang adakala memberikan kita tekanan dan cabaran. Ada antara mereka yang dapat mengeluarkan produk yang baik tetapi apabila hendak dijual, ianya tidak laku. Gagal memasarkan barangan mereka kerana mereka tidak berketerampilan atau tidak berupaya untuk menjual.
Banyak juga kesilapan yang boleh dilakukan bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Samaada ianya perniagaan sepenuh masa atau tidak, ianya banyak berkait rapat dengan strategi rahsia pemasaran peniaga kecil.
Bagi anda yang menjalankan perniagaan kecil atau part time, aspek promosi dan pengiklanan selalu diketepikan dan tidak dilakukan. Sebab itu setiap bulan sasaran jualan tidak dapat dilakukan dengan baik kerana mana mungkin anda berjaya jual sebarang produk tanpa promosi dan iklan. Walaupun anda ingin menjual sebatang pen, dengan tidak memberitahu orang lain bahawa anda sedang menjual pen, pasti tidak akan ada seorang pun yang tahu!
Anda boleh menggunakan kelebihan internet untuk memaksimakan jualan produk anda jika anda mampu! Anda (peniaga kecil) perlu mencari jalan yang paling efektif untuk membuat promosi dan pengiklanan efektif dengan kos yang paling minimum. Jika ada cara atau kaedah yang percuma itu lebih baik. Tetapi janganlah jadi seperti sesetengah pihak menggunakan peluang yang ada dijadikan tempat anda menjalankan pengiklanan.
Jangan sesekali jadi vandalisme dengan menampal poster atau kertas mengenai iklan produk anda di pondok telefon awam, tiang lampu, tembok-tembok bangunan kedai, pintu-pintu restoran dan sebagainya. Pastikan apa yang anda lakukan itu setidak-tidaknya mendapat keizinan pemilik. Kalau TNB, Telekom atau tokey restoran mamak tidak beri anda buat pengiklanan, janganlah buat.
Sebagai menunjukkan produk anda itu adalah yang terbaik, apakata anda keluarkan sedikit modal untuk mengiklankan produk anda. Tidak semestinya perlu menggunakan medium pengiklanan yang mahal seperti iklan di televisyen atau radio, mendapatkan ruang artikel di surat khabar dan majalah juga boleh digunapakai. Malah di internet pun banyak kaedah pengiklanan berkesan yang boleh digunapakai. Yang pasti, anda perlu menonjolkan keunikan barangan dan perkhidmatan anda. Ada sesetengah orang menggunakan peluang menghantar artikel atau komen pembaca dengan memberi review mengenai produk yang anda jual. Secara sedikit-demi sedikit anda sedang mencipta branded “branding” untuk produk tersebut.
Jika anda perasan, di expo-expo terdapat banyak gerai-gerai atau both yang disediakan. Sedarkah anda, dengan membuka satu gerai di tempat-tempat seperti ini, ia dapat membuka mata dan minda orang ramai untuk mengetahui sesuatu produk tersebut. Inilah kaedah yang banyak digunapakai oleh peniaga-peniaga kecil khususnya bagi mereka yang menjual produk-produk kesihatan.
Apa sahaja tempat yang menjadi kunjungan orang ramai, anda tidak perlu mengabaikannya. Pasar malam, pasar minggu, stadium yang mengadakan persembahan artis atau perlawanan bola sepak adalah antara contoh yang baik untuk menjalankan promosi produk. Kalau di supermarket, kita pasti pernah melihat ada seorang promoter akan memberi kita minuman percuma. Ini semua ada bertujuan menarik minat pengguna membeli produk yang dipromosikan tadi.
Anda juga boleh mempraktikkan hukum 80-20 dalam memasarkan produk anda. Mengguna hukum ini, anda perlu menumpukan perhatian dan tenaga untuk melayani pelanggan-pelanggan anda yang ada sekarang kerana dari situ ia memberikan anda 80 peratus jualan yang anda ada sekarang. Anda perlu pastikan bahawa 80 peratus jualan tidak akan susut dengan memastikan mereka ini terus menjadi seorang pelanggan yang setia. Sebagai contoh, jika mereka membeli produk anda dengan jumlah nilai RM500.00 mereka boleh mendapatkan diskaun bernilai RM50 setiap produk tambahan.
Dengan kaedah seperti ini, anda mampu meningkatkan jualan anda seterusnya mengekalkan mereka dalam list pelanggan setia.
Untuk yang 20% lagi, anda boleh tumpukan kepada pelanggan-pelanggan lain.
======================================
P.s: Istimewa untuk semua pembaca blog Noorizam Shah dot com! Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun saya akan memberikan RM50 kepada seorang pembaca terpilih yang memberikan komen paling bermanfaat dan bermaklumat. Anda mahu duit ini? Mudah sahaja, bermula hari ini sila hantar komen di mana-mana topik di blog ini dan jika terpilih, anda layak untuk menerima RM50 dari saya! Manakala pembaca yang paling aktif (sila lihat di sebelah kanan anda) yang paling banyak memberi komen akan menerima RM20! Total keseluruhan jika anda pembaca aktif dan memberi komen paling bermaklumat adalah RM70!P.p.s: Mereka yang berjaya akan diumumkan pada 1hb September 2007 di blog ini. Jadi rajin-rajin la jenguk blog ini untuk ketahui siapa pemenangnya!
P.p.p.s: Setidak-tidaknya dengan RM70 itu lebih bermakna daripada tidak mendapat sesen pun! ![]()
======================================
Nota: Anda juga boleh melawat blog Tazilan untuk ketahui mengenai tips pemasaran
Popularity: 15% [?]
Sphere: Related ContentComments
16 Responses to “Rahsia Pemasaran Untuk Peniaga Kecil”
Got something to say?





















































TQ atas sharing yg bagus..
Zul, sama-sama zul.. jenguklah lagi ke sini..
sebarang cadangan sila klik http://www.noorizamshah.com/contact-me
Memang ramai peniaga kita selalu lupa atau mengabaikan aspek promosi dan pengiklanan, betapa ruginya sikap sebegini. Saya setuju dgn Hukum Pareto (80/20). Jika dirancang dgn rapi, usaha yg minimum mendatangkan hasil yg maksimum!
Betul tu bro tazilan. Ada betulnya hukum Pareto 80-20 tu. Saya pun masih lagi mempraktikannya. Kalau kita gunakan hukum pareto dalam mengukur kejayaan seseorang, hanya 20 peratus saja orang yang maju dan berjaya, iaitu yang gigih terus memperbaiki usahanya, sampai berjaya. Yang 80 peratus pula hanya seperti biasa-biasa sahaja sebab ada antara kita ini segan untuk mencuba, pasif, cepat menyerah kalau ianya ianya adalah sukar. Sebab itu 20 peratus mereka yang berjaya dapat menguasai 80 peratus dalam aspek promosi dan pengiklanan.
memang kagum dengan peniaga goreng pisang waktu aku tolong pakcik aku meniaga nasik lemak..huuhu..sampai boleh beli keter dan bertahan sampai 4 tahun sampai sekarang just jual goreng pisang dari tgh hari sampai petang je..pelik2…
kalo dari pagi sampai petang dan sambung hingga ke malam goreng pisang lagi pelik…
hehe..memang pelik..tapi nape dulu nasik lemak pagi tukar ke malam tak pelik?:)
roti canai dulu pagi je..sampai je mamak..pagi petang,malam..semua ade..hehe
itulah citernya perubahan… kalo dah ada yang nak makan, maka promosi dan jualan secara berterusan siang hingga malam pun orang tak kisah asalkan ada pembeli yang ingin menjamu selera, lebih2 lagi dalam bulan puasa antara berbuka dan sahur…
pendek kata jualan akan terus meningkat sekiranya ada kedai 24 jam. yang tak bukak 24 jam akan menjadi 24 jam…
nasi lemak satu….! untuk sahur…
meh kita sahur sebulan dalam bulan puasa nih di kedai 24 jam.
lumayanlah buat tambah2 info..thx yach..
selamat datang wulan. Terus datang lagi, pembaca dari indonesia ramai juga disini.
Salam untuk semua. Saya baru menyertai syarikat jualan langsung iaitu May First Gold Sdn. Bhd yang beroperasi di Shah Alam Selangor. Pada mulanya saya tidak berminat, namun setelah didesak oleh rakan baik, maka sata setuju menyertainya. Namun setelah sebulan menyertainya dan merasa produk-produknya, sekarang saya yakin May First mampu memberikan pendapatan tambahan kepada saya memandangkan produknya yang beitu hebat seperti Pronoton untuk kesihatan kelakian serta mencegah kanser prostat dan yang terpenting sistemnya amat mudah dan memberi lebih keuntungan kepada pengedar (kita(. Dan satu lagi sistem RSM atau pekerja syarikat yang berada di mana-mana dan bila-bila masa kita boleh memanggilnya untuk memberi penerangan produk jika kia tidak mampu untuk melakukkannya.. Apakata saudara mengkaji serta memberikan komen. TQ
Salam.Lupa pulak. Jika berminat hubungi saya di ainamirah3397@yahoo.com.
HI SEMUA. SYA ADA MENJUAL BUKU RESEPI RAHSIA MASAKAN YANG HEBAT.
BUKU RESEPI MASAKAN PERNIAGAAN INI YANG MANA ADA RESEPI-RESEPI HEBAT IAITU RESEPI CAKOI, CAKOI BERINTI, POPIA BASAH, CUCUR UDANG, APAM BALIK, KAYA BALL, WAFFLE, DADIH , KUIH TOKYO DAN TIPS MEMBUAT WANG RATUSAN RINGGIT SEHARI DARI DAPUR RUMAH ANDA. HARGA BUKU RESEPI YANG HEBAT INI CUMA RM 24.90 (HARGA TERMASUK POS PENGHANTARAN LAJU. CUMA HUBUNGI SAYA SECARA SMS DI 016 337 5527. OK JGN LEPASKAN PELUANG HEBAT INI!!!!!
JGN LEPASKAN PELUANG INI YANG MANA BUKU INI ADALAH RAHSIA PENIAGA KAKI LIMA MENDAPAT RIBUAN RINGGIT SEHARI. JANGAN HANYA MENUNGGU TANPA MEMBEBELI BUKU YANG HEBAT INI. HANYA LABURKAN RM 24.90 DAN DAPAT KAN BUKU RESEPI YANG MAMPU BERIKAN PULANGAN RIBUAN KALI GANDA CONTACT SAYA ATAU SMS SAYA DI 016 337 5527. JGN TUNGGU LAGI SMS SAYA SEKARANG!!!!
hai…tq 4 sharing…panduan yang diberi memang berguna…saya ni pelajar politeknik..rancang nak buat bisnes tp x idea..cyber cafe, tempat cuci keta,restoran…problemnya masa terhad coz kna study lagi…stil ada 1 tahun bru bis study dkat poli ni..