Manhattan Fish Market - Apa yang bestnya?
July 11, 2007

Anda suka makan Fish Chop? Ala.. yang macam kentang goreng tu? Pasti ada yang akan terliur kalau cerita pasal makanan laut ini. Hari itu saya pergi ke Mid Valley MegaMall dan singgah sebentar menjamu selera di Manhattan Fish Market. Setahu saya, Restoran ini baru sahaja di memulakan operasinya pada tahun lalu.
Memang pada mulanya saya sendiri agak ragu-ragu untuk menjejakkan kaki ke restoran ini kerana terfikir soal harga yang mungkin di luar kemampuan saya. Namun ternyata tanggapan saya salah sama sekali kerana apabila saya memberanikan diri untuk melangkahkan kaki di Manhattan Fish Market, ternyata harga menu di restoran ini amat berpatutan. Jadi kepada pembaca semua, jangan sesekali anda terpengaruh apabila melihat dari luaran sesebuah restoran itu dah menggambarkan harganya sekali.
Di Manhattan Fish Market ini, kalau dilihat dari susun atur dan kemasannya kelihatan agak eksklusif. Memang restoran ini menjadi pilihan ramai orang untuk menjamu makanan laut kerana harga yang ditawarkan bermula dari RM2.90 ke atas. Tak percaya cubalah!
Kenapa saya kata restoran ini patut anda singgah:-
1. Harga menunya amat berpatutan sekali. (nak tengok menu klik je kat www.manhattanfishmarket.com)
2. Restoran ini menjadi pilihan ramai pengunjung dan tempatnya juga amat strategik untuk pelanggan berkunjung.
3. Kepada anda yang membawa teman tetapi tidak ingin menjamu makanan laut, jangan risau di restoran ini juga ada menyediakan menu masakan barat.
4. Tayangan dari projektor tentang aktiviti menangkap ikan dan apa juga berkaitan dengan hidupan laut akan ditayangkan setiap masa di Manhattan Fish Market. Boleh jugalah belajar cara-cara memancing ya!
P.s: Lepas ini boleh la Josh Lim belanja saya makan. ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Manhattan Fish Market - Apa yang bestnya?”
Got something to say?





















































good info.. Thank you.. I will be there!
Tak silap saya, manhattan fish nie ada kat alamanda.. pernah makan kat situ, member yang ajak.. tapi tak perasan pula ada tayangan video pasal memancing kat restoran tu..
kat Alamanda saya tak pasti sebab tak pernah makan kat sana lagi. Kalau nak bandingkan dengan kedai fish chop lain, kat Manhattan ini dikira sebagai selesa juga… bila shuth nak belanja saya makan?
Macam pernah tengok je iklan manhattanfishmarket ni
Maizul: cikgu tengok kat mana? hehehehe.. saya tengok kat iklan advertlets, tu yang pie try cuba tu… memang lazat dan halal.
yes..the manhattan fish market mmg best..
my fav restaurants..
i luv to eat dory fish, mussel and oyster here..
semuanye fresh kat sini..
klu korg tak percaye try lah/.
pekena buka puasa kat manhattan fish market pasti menyelerakan.. bila la ada time nak pergi nih.. hehe
Thank you for your support towards us! The Manhattan Fish Market currently has 25 outlets throughout Malaysia, Singapore and Bangkok: 22 outlets in Malaysia, 2 outlets in Singapore and 1 in Thailand. We have also just introduced an array of new fishes into our menu. Please do come visit us again and we look forward to delighting your taste buds again!
-Sebastian, Assistance Operations Coach-
Hi Sebastian. Thanks for visit my blog!