Angkara SwissCash, kesemua aset Amir Hassan, Albert dan Kelvin dibeku!
Mari kita baca laporan terkini dari sebuah akhbar hari ini
KUALA LUMPUR 10 Julai – Suruhanjaya Sekuriti (SC) berjaya mendapatkan perintah injunksi antarabangsa untuk membekukan semua harta milik tiga orang penganjur skim cepat kaya Internet SwissCash di dalam dan di luar negara.
SC memperoleh injunksi antarabangsa mareva ke atas para pengendali skim tersebut hasil tindakan guaman sivil yang difailkan oleh suruhanjaya itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Jun lalu.
Injunksi itu melibatkan defendan-defendan Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe dan Amir Hassan yang menguruskan Swiss Mutual Fund (1948) S. A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited.
SC dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, tindakan sivil itu merupakan susulan siasatannya ke atas skim SwissCash mengikut Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu tidak menyatakan sama ada semua defendan berkenaan sedang ditahan atau masih bebas.
Jumlah aset defendan-defendan berkenaan serta nilai pelaburan orang ramai yang dikutip oleh skim SwissCash di Malaysia juga tidak didedahkan.
Bagaimanapun, menurut satu sumber, kegiatan SwissCash yang terbongkar 10 bulan lalu menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan.
Skim itu dikatakan telah menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.
Injunksi mareva yang diperoleh SC pada 21 Jun lalu memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menyekat dan menghalang defendan-defendan daripada menyasarkan, mempelawa dan mengambil dana daripada orang ramai bagi pelaburan dalam SwissCash atau mana-mana skim pelaburan Internet.
“Injunksi mareva yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi mengkehendaki defendan-defendan memberi maklumat kepada SC berkaitan aset-aset mereka di dalam dan luar Malaysia dan juga syarikat-syarikat yang mereka tubuhkan serta akaun bank yang digunakan untuk operasi mereka,” menurut kenyataan SC.
======================================
Komentar: Akhirnya tersungkurlah Amir Hassan ketua sendiket, rakan partner dan programmernya dan bakal didakwa di mahkamah. Nantikan lagi kesudahannya apabila banyak lagi akan dibongkar…
======================================
Info: Pembongkaran dalang skim-skim cepat kaya lain disini
Popularity: 18% [?]
Sphere: Related Content





















































[…] mempunyai pilihan samada ingin membuka atau menutup ruang komentar secara manual. Terdapat juga blog yang menyediakan ciri-ciri keselamatan dengan menapis secara […]
Pindah RM35j ke Malaysia — Defendan SwissCash diarah bawa balik wang dari akaun luar negara
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Mahkamah telah mengeluarkan arahan supaya seorang defendan dalam skim pelaburan Internet SwissCash memindahkan semula kesemua wang berjumlah kira-kira RM35 juta dalam akaun bank miliknya di luar negara ke Malaysia.
Defendan terbabit, Amir Hassan diarahkan memindahkan wang tersebut yang kini disimpan dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun bank di Singapura.
Perintah mahkamah itu merupakan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet itu.
SC dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, wang yang dibawa balik itu akan dibekukan menerusi perintah Mareva, tertakluk kepada prosiding sivil yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada awal tahun ini terhadap Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Dynamic Revolution Sdn. Bhd., Swiss Mutual Fund (1948) S.A, SMF International Ltd. dan SMF (1948) International Ltd..
“Kejayaan dalam tindakan sivil SC ini memastikan wang SwissCash itu disimpan dengan selamat, dan dalam bidang kuasa mahkamah Malaysia, jadi wang itu tertakluk kepada sebarang perintah yang dibuat dalam prosiding itu.
“Pelabur-pelabur sekali lagi diingatkan bahawa kedua-dua Swiss Mutual Fund dan SwissCash tidak diberikan lesen oleh SC,” kata kenyataan itu.
Kegiatan SwissCash yang menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan terbongkar kira-kira setahun lalu.
Skim itu dikatakan telah menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.
Menurut SC, SwissCash merupakan sindiket Internet antarabangsa dan suruhanjaya itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di tujuh buah negara bagi memeranginya.
Katanya, sehingga kini, SC telah menyekat empat laman web berkaitan SwissCash iaitu http://www.swisscash.net, http://www.swisscash.biz, http://www.swissmutualfund.biz dan http://www.swisscashguide.com.
[…] surat khabar, mata saya terhenti sebentar membaca berita-berita menarik hari ini. Ingat lagi pasal SwissCash? Skim cepat kaya modern versi internet yang heboh beberapa bulan lalu? Dan pasti juga anda ingat […]
[…] dalam kancah SKIM CEPAT KAYAP. Saya juga tidak menjadi ‘gila’ seperti beberapa kaki-pro-fanatik yang menjadi tahi ’skim cepat kaya’ sehingga mereka tidak sedar betapa mudahnya mereka […]
kenapa berita mengenai swisscash tidak muncul lagi?ok,daripada kenyataan di atas swisscash illegal kerana tidak diberikan lesen oleh pihak SC.jika swisscash diberikan lesen adakah boleh beroperasi??sebab di sini sy tgk tidak ade pun memberitahu mengenai pelabur-pelabur di tipu cuma setelah di freeze oleh pihak mareva barulah pihak swisscash tidak dpt melakukan pembayaran…hanya dengan reason tidak diberikan lesen sahaja bukti nya….saya nk bertanya dgn awk mengenai komen sy ini.if diberikan lesen dan tidak ditahan oleh mareva so beertinya swisscash ni boleh beroperasi lah?di dalam tv sy tgk tidak ada seorg pelabur swisscash di temuramah dan komplen mengenai swisscash tidak membuat pembayaran..yang sy tgk kat berita yg ditemuramah ialah pelabur yg melabur dlm e-barrel,winlifund n etc yg terbukti scam sebab hanya beroperasi tidak sampai 3 bulan dan tidak melakukan pembayaran kepada pelabur mengikut masa..kenapa pelabur swisscash tidak di temuramah???seperti ada sesuatu tersembunyi…rakyat malaysia bukannya bodoh semua..
Saya pun setuju dengan Khairul. Saya tidak dengar pun swisscash tidak berjaya membayar kepada pelabur-pelaburnya. Selepas skim ini dibekukan kerajaan sahaja baru pembayaran dividendnya terhalang. Kenapa kerajaan tidak memulangkan semula semua wang pelabur-pelabur? Wang itu tidak hilang tetapi telah dibekukan. Adakah kerajaan takut skim ini akan menjejaskan deposit-deposit di bank-bank di Malaysia? Memandangkan pulangan skim ini lebih tinggi daripada yang bank tawarkan.