Kisah Pemandu Lori Peroleh Passive Income $2550
July 9, 2007
Semalam memang hari yang sibuk. Pagi-pagi lagi saya dan isteri menaiki kenderaan menuju ke sebuah destinasi yang pastinya akan membawa kehidupan yang lebih segar selepas ini. Minggu lalu, apabila saya mempelawa isteri saya untuk melalui pengalaman itu, dia sedikit keberatan. Apa perlu dia ke sana? Dia beranggapan seperti tidak akan memberi sebarang kebaikan. Setelah dipujuk, akhirnya isteri saya ambil keputusan untuk ikut saya pada hari yang dinantikan.
Ya… hari semalam memang hari yang dilalui dengan penuh kenangan. Hujan lebat di tengahari sehingga air bah mula naik sehingga ke paras buku lali, akhirnya kami bertemu dengan apa yang kami impian. Bermulalah kisah seorang pemandu trak mencipta kekayaan dengan menggunakan kaedah Casf Flow
Kisah Pemandu Lori..
Kehidupan seorang pemandu lori ini, saya sangkakan ianya adalah sebuah kehidupan yang sederhana. Tidak kaya dan tidak pula miskin. Tetapi siapa sangka, dengan hanya memandu lori setiap bulan, akhirnya dia boleh menjadi seorang jutawan yang memiliki wang dan asset malah mampu keluar dari belanja tanggungan bulan dengan cepat dan positif. Semua ini mengambil masa tidak sampai 3 jam! Perghhhhh biar betul?? Cuba baca lagi…
Meh kita tengok rutin kehidupan seorang pemandu lori ini. Seorang pemandu lori memperolehi gaji sebanyak RM2,500.00 tetapi mempunyai perbelanjaan RM1620.00. Bagaimana dia menggunakan duit simpanan beliau sebanyak RM880 itu untuk mencari peluang passive income? Sebagai permulaan, beliau mencari jalan untuk mengumpul modal. Apa yang dia nampak sekarang adalah, membeli hartanah kecil atau membuat pelaburan saham.
Sebagai permulaan, beliau membuat analisa produk stok saham di pasaran dengan melalui proses pengambilan gaji sebanyak tiga kali (andaikan 3 bulan gaji). Jika RM880 didarabkan dengan 3 bulan, beliau akan perolehi RM2640. Dengan simpanan sebanyak ini, dia mengambil keputusan untuk membeli stok pasaran saham dengan memilih harga terendah. Ini perlu kerana dengan harga rendah ini, ia boleh menjangkakan, andai harga naik dia boleh menjual stok-stok saham ini. Jadi, jalan yang diambil adalah dengan membeli stok dengan banyak.
Kini dia memilih stok berharga RM1 sesaham dan membelinya sebanyak 1000 share. Ini lah aset pertama pemandu lori tersebut. Walaupun sudah ada aset, dia masih lagi belum memiliki pendapatan passive income setiap bulan (Passive income bermaksud, dia memperolehi pendapatan bulanan walaupun dia tidak bekerja). Dengan melakukan sedikit kerja dia boleh memperolehi pendapatan berterusan setiap bulan tanpa terhenti.
Ini mungkin antara strateginya untuk membeli stok saham. Alasannya adalah untuk memperolehi modal bagi membeli asset yang lebih besar. Tidak lama kemudian setelah dia membaca dan melakukan analisa stok, harga pada waktu itu melambung tinggi sehingga RM10 sesaham. Lonjakan harga pasaran saham pada masa tersebut telah mendorong beliau untuk menjual kesemua stok-stok sahamnya. Kini telah memperolehi keuntungan 10 kali ganda melalui penjualan saham tersebut. Duit simpanannya kini sudah ada lebih dari RM10,000.00. Dia tahu, jika dia tidak melakukan ini pada masa akan datang dia tidak lagi akan dapat peluang seperti ini seperti mana sekarang.
Dengan simpanan yang ada, strategi seterusnya adalah dengan mencari hartanah untuk dibeli. Beliau memilih untuk membeli rumah 3 bilik 2 air. Tetapi apa yang menakjubkan dia dapat memiliki rumah berkos RM50,000 tanpa perlu mengeluarkan sebarang down pay pun. Hasilnya, dia dapat passive income yang pertama iaitu sebanyak RM750 dan dengan hasil dia dapat menambah savingnya seterusnya memberi peluang mencari hartanah yang lebih besar.. Di pendekkan cerita, hasil pembelian satu lagi hartanah, dia memperolehi passive income kedua yang membawa jumlah RM2550 setiap bulan melebih dari jumlah perbelanjaan bulanannya.
Inilah namanya keluar dari Ratt Race! Tapi betul ke cerita di atas? Pemandu Lori ini boleh jadi jutawan dalam masa satu hari sahaja?
Tidak-tidak!
Sebenarnya apa yang diceritakan diatas adalah watak permainan yang dimainkan oleh saya dalam bengkel CashFlow 101 anjuran BicaraJutawan.com semalam. Sebenarnya memang amat seronok apabila kita berjaya keluar dari Rat Race dan seterusnya dapat bermain Fast Track.
hehehe
Alhamdulillah, saya dan isteri dapat belajar sesuatu yang bermanfaat bagaimana kita ingin mencipta cash flow dan passive income yang lebih besar. Cabaran-cabaran yang dilalui seperti kehilangan kerja dan Doodads memberikan kita sedikit tekanan apabila kita lihat wang simpanan dan cash flow kita semakin sedikit manakala perbelanjaan pula semakin bertambah. Sehinggakan isteri saya mengeluh untuk tidak meneruskan permainan apabila dia melihat rakan lain telah ke Fast Track! (tapi dia juga yang jadi pemenang akhirnya) ..
Secara keseluruhannya, Bengkel CashFlow ini amatlah menarik bagi anda yang ingin belajar bagaimana untuk meransang minda untuk mengawal nafsu (apabila ada wang dalam simpanan) dan bersedia mengambil peluang apabila ia datang. Cara yang saya lakukan semalam adalah, bayar hutang (expenses) untuk mengecilkan tanggungan dan membesarkan cash flow bulanan. Dengan duit simpanan yang lebih saya buat beli stok berharga rendah dan jual apabila harga tinggi. Dengan modal yang ada saya gunakan untuk membeli asset hartanah seperti rumah. (Rumah 3 bilik tidur 2 bilik air nih, nampak gayanya popular sekali dalam permainan CashFlow semalam). Bila modal dah banyak mulakan ambil Big Deal dan rebut passive income yang berpulangan tinggi. Semakin tinggi passive income anda, semakin besar peluang anda untuk keluar dari Rat Race.
Tahniah kepada penganjur bengkel (Pakdi dan Rosyied) kerana berjaya mengadakan bengkel dengan jayanya! Terima kasih juga kepada En Hafiz (sanggup travel dari Kulai Johor semata-mata nak main Cash Flow), En Ikram, En Azri, En Samsir dan tidak lupa kepada isteri saya (pegang watak Secretary dalam permainan ini) kerana sudi tawar menawar sebutharga dan akhirnya semua dapat keluar dari Rat Race sebelum pukul 5.00 petang!
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
15 Responses to “Kisah Pemandu Lori Peroleh Passive Income $2550”
Got something to say?





















































hehe… wife tu dipaksa ke.. dia yg nampak paling teruja masa main
nampak gaya macam tu la.. mula-mula memang kena paksa, tapi yang jadi masalahnya, dia dah tak tahan duduk rumah.. dok pikir nak cari cash flow.. nak kerja katanya.. hehehe
bila nak main lagi?
Makaji: Insya-Allah, selepas ini kalau hari sabtu saya free saya akan datang lagi..
wah.. hehe… takpe, plan life properly
boleh datang ke klubhouse. boleh baca-baca buku.
pakdi: yup, dia tengah plan life properly. Memang kalau boleh my wife nak play the game lagi.
Lupa nak lepas suggestion dalam komen hari tu, apa kata bengkel tu diceriakan sket dengan hiaskan sket dinding dengan maklumat “kata-kata keramat” “mutiara kata” atau apa sahaja yang boleh memberi mood yang segar.
Mmg best main cash flow ni..dah mula terasa rugi dgn ‘doodads’ yg selama ni nana amalkan..tak bagus rupanya..:p anyway..mmg tak rugi dtg bengkel cashflow sabtu lepas.:)
kisah pemandu lori, siapa sangka yerkk…saya ada ramai kenalan pemandu lori treler @ muatan berat 40tan, pakai kereta hebat2, perdana v6, accord 2.0….dll
Anggaran pendapatan kasar dari RM 10K - 15K setiap bulan..perhhhh (pakai lori sendiri. Sekali bawa muatan 40tan.
kerja pula bukan hari2…1 minggu 3,4 kali trip jalan sahaja.
walaupun pemandu lori nampak selekeh, duit banyak tu beb..
shah : Memang kita akui, kalau kat Malaysia pun, sesiapa yang menjadi pemandu trak besar dapatlah peluang merasa pendapatan lebih dari RM3k sebulan. Tapi ada tak kawan-kawan seperti pemandu lori ini ada pendapatan passive income?
Kalau dia tak bawa lori, dia still ada pendapatan. Kalau ada sesiapa yang ada passive income boleh tak kongsikan kat sini?
wah, cepat tangkap konsep game tuu.. bagus2
pakdi: ini pun pasal main cashflow 101 tu.. lagi nampak dengan jelas bagaimana nak cari keluar dari rat race..
thanks bicarajutawan!
Hehehe… cerita pengalaman seorang GIKGU tak de ke?
Ingat balik kata-kata pujangga, ‘rezeki ada di mana-mana, selagi kita mahu berusaha pasti ada jalannya.’
nanti saya tulis pasal cikgu lak yer..
yup rezeki ada dimana-mana.. bagaimana caranya untuk kita mendapatkannya.. itu semua bergantung kepada usaha kita..