Yahoo! - enjin mencari dan jenama paling terkenal di Internet.

July 8, 2007

Yahooooo…

Akhirnya saya punyai idea lagi untuk menulis. Syukur…

Yeah.. bila kita laungkan yahoo.. orang mesti berkata; Wah, budak ini sukanya hati, kena nombor ker? hehehe..

Bukan… bukan.. bukan kena nombor… saya laungkan yahoo pasal kucing saya beranak lagi… yahoooooo…

Opsss… hari ini saya taknak cerita pasal kucing saya beranak.. tetapi ada cerita pasal berkaitan internet.
Topik hari ini adalah berkenaan enjin mencari yahoo. Anda kenal apa itu yahoo? Anda tahu apakah maksud Yahoo sebenarnya?
Siapa pemilik sebenar portal web terkenal ini? Anda kenal siapa Jerry Yang?

Ya Jerry Yang adalah salah seorang taikon portal web terkenal Yahoo
Dialah orang yang memperkenalkan yahoo dengan partnernya David Filo. Apapula maksud Yahoo sebenarnya? Dari apa yang saya faham, Yahoo bermaksud “Yet Another Hierarchical Officious Oracle” dan ia mula menjadi terkenal pada tahun 1994. Mana mungkin web yang baru sahaja diperkenalkan telah menjadi semakin popular.

Jika kita sebut sahaja Yahoo, semua orang kenal, boleh dikatakan 100% pengguna internet kenal apakah itu Yahoo. Bezanya terjemahan mereka kepada Yahoo sahaja yang berbeza-beza. Bila kita tanya apa itu Yahoo, ada yang akan jawab;

“Oh.. ala tempat nak baca berita hal dunia tu, kita cari jer kat yahoo”
“Kalau nak chatting, kita chatting kat yahoo kan?”
“Kalau engkau tak tau nak cari laman web, kau pergi je kat search enjin yahoo, kau cari je kat situ”
“Saya ada email yahoo, kau ada email yahoo?”

Banyak fungsi dalam yahoo ini, pernah ketika, yahoo mengambil alih geocities yang dahulu adalah komuniti laman-laman web milik orang Amerika dan menjadikan jumlah perniagaan milik yahoo sebanyak USD11 billion. Kenapa laman web yahoo menjadi begitu popular di dunia? Jawapannya adalah ia adalah percuma! Semua orang sukakan percuma! Apabila ia menjadi sasaran pengguna, Yahoo telah mendapat keuntungan kerana banyak iklan masuk mencurah-curah. Hari ini, Jerry Yang bernilai USD7.5 billion. Banyak tu… Kayalah Jerry Yang!

Meskipun Jerry Yang ini tidak arif dalam pengurusan perniagaan, namun dia seorang yang bijak kerana berani melantik pengurus-pengurus berkebolehan yang ada pendidikan untuk menguruskan perniagaannya. Macam Goh Tong, tokey Genting Highland, beliau ada anak-anak yang berpendidikan tinggi, walaupun beliau tidak tahu menulis dan membaca tetapi seorang yang kaya raya di Malaysia. Jika Goh Tong tinggalkan tanah besar China datang ke Malaysia, Jerry Yang juga telah meninggalkan Taipei, Taiwan berhijrah ke Amerika untuk memburu cita-citanya. Cuma bezanya Goh Tong sudah lanjut usia manakala Jerry ini masih lagi 30an. :)

Hari ini yahoo telah mendapat persaingan yang hebat dari google. Walaubagaimana pun ia masih lagi relevan kepada pengguna internet dan terus menjadi pilihan pengguna hari ini. Sebab itulah nama Jerry masih lagi terpahat dalam senarai jutawan dunia Forbes dan menduduki tangga 293.

P.s: Hari ini saya ada di Bandar Baru Bangi nak main Cashflow 101. Nanti saya kasi review mengenai bengkel ini setelah saya pelajarinya.. Tunggu…

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Yahoo! - enjin mencari dan jenama paling terkenal di Internet.”

  1. University Update - Yahoo - Yahoo! - enjin mencari dan jenama paling terkenal di Internet. on July 8th, 2007 12:57 am

    […] Link to Article yahoo Yahoo! - enjin mencari dan jenama paling terkenal di Internet. » Posted […]

  2. reezluv on July 16th, 2007 12:00 pm

    erm..kalau nak ikutkan pure search engine adalah Google..coz Yahoo lebih dikenali sebagai Portal..:)

  3. ahmad on October 8th, 2007 3:31 pm

    baik & patut di teruskan

Got something to say?